Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 8, 2012

Ada Apa Pada Namamu

Apa yang kita luah kat mulut tu, umpama doa. sebab itu nabi bagi gelaran dekat kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda dengan gelaran yang baik-baik. macam isterinya Saidatina Aisyah, dipanggilnya Humaira yang bermaksud kemerah-merahan. sebab orang cakap Aisyah ni putih dan kemerah-merahan. cantik. haaa.....buat calon suami saya tu, jangan taruk panggilan manja untuk saya keungu-unguan ye. pening saya. =)

sebab tu bila nak bagi nama dekat anak-anak atau nak panggil seseorang, panggillah dengan gelaran yang baik-baik. bila berulang-ulang kita dok panggil dengan gelaran tak elok, ia umpama doa. sanggupkah kita mendoakan yang tak baik untuk orang-orang yang kita sayang? sebab saya berbulu dengar orang memanggil 'hey, tolol!'

satu lagi, pernah dengar satu ceramah dekat radio kenapa orang-orang zaman sekarang mudah sakit. katanya, nama yang diletak terlalu panjang hingga takde maksud nak diterjemahkan. teringat kat anak-anak sedara saya, nama diorang sumenya panjang-panjang. sampai aunty mie pun kadang-kadang lupa. tapi nama pendek pun kena hati-hati. cuba try Maimun. pendek je kan? tapi try check apa maknanya. beruk? ops.......

tapi trend sekarang letak nama biar gempak satu alam. nak lain dari yang lain. syarrul bariyyah. wah nama, arab je bunyi. cantik je eja kan.tapi cuba tengok sikit kat nama-nama terlarang.....'sejahat-jahat manusia'. alamak. nauzubillah. setiap cahaya mata yang lahir, kita mahukan yang terbaik untuknya di dunia akhirat. tapi kalau dari kecik dah doa macam tu, macam mana tak terbantut perkembangan akhlak budak tu.

kadang-kala jugak, kita suka gunakan nama gelaran bila create blog, twitter, facebook or so on. ada yang letak pelbagai nama termasuk aku. haha...actually nama Ameena Muktar tu nama yang aku gunakan masa presentation final project dulu. al-maklum la, nak buat kelainan but Alhamdulillah. we are the best group! yeah!

ok. back to issue. ada yang suka letak gadis malang, bujang tua, lonely boy, and so on....haaaa....ambik la kalian jadilah gadis malang selama-lamanya. bujang sampai ke tua la jejaka-jejaka tu dan teruslah dibayangi kesunyian untuk mereka yang suka taruk nama-nama samaran yang berbaur kekecewaan, kegagalan dan lain-lain. itu doa wahai sahabat. wake up, dear! selalulah berdoa yang baik-baik untuk kamu dan orang lain.

kenapa saya tetiba bercakap pasal nama panggilan hari ni? sebab petang tadi tengah bosan dok umah sorang-sorang tertonton Dikir Zikir di TV AlHijrah. diorang bercakap pasal nama. saya terpikir, saya ni yang ada banyak nama neh. kat umah orang panggil KAK. kat opis orang panggil Ami. mak sedara ada yang panggil Kak Mien. juniors aku kat UDM panggil aku Kak Tah(nama ni seniors pun baham sekali panggil. bagilah nama glamour sikit weh!). kawan-kawan panggil Masyitah, Masyi....adeh.....saya sebenarnya tak suka orang panggil nama saya tak penuh. mak ayah saya bagi nama cantik-cantik tau. dan ada jugak yang panggil Aminah(ini geng kawan-kawan kakak2 aku. biasa la kalau sume ada plat 'MASYITAH' gak)......

saya harap nama-nama singkatan yang diberi tu membawa makna yang baik-baik ye. yang saya tau makna nama saya...ehem-ehem....

MASYITAH = TUKANG SISIR(Sila rujuk kisah tukang sisir firaun. keislamannya terbongkar bilamana Masyitah tersasul menyebut nama Allah ketika beliau menyisir rambut puteri firaun waktu itu. Allahuakbar, wanita yang dijanjikan syurga neh yang mana makamnya berbau harum.)

AMINAH = AMANAH/YANG DIPERCAYAI(nama wanita yang menjadikan rahimnya untuk mengandungkan Rasul Allah dan beliaulah ibu buat nabi seluruh umat, Nabi Muhammad)

Wah, bukan sebarangan orang yang namanya dipinjamkan padaku. ya Allah jadikan aku wanita sepertimana wanita-wanita di dalam sirah yang terdahulu itu. jadi sahabat-sahabat panggilah saya dengan nama penuh saya ye. teringat seorang junior pernah menegur saya.

"kak tah tahu tak, selain Baim akak la orang yang suka panggil nama penuh saya. FARIHAH."

saya senyum. ye, maknanya KEGEMBIRAAN. akak mahu Farihah sentiasa gembira menghadapi hidup ini dan akak sebenarnya tak tahu apa makna 'AH' yang dipanggil orang lain. silap sebut, lain bunyinya. seram akak. hehe...gurau2. Farihah jangan marah.

*satu tips mengeratkan hubungan suami isteri yang aku dengar dari Dato' Dr Fadzhilah Kamsah. jangan panggil pasangan anda mama/papa/umi/abi or apa sahaja yang mana digelar oleh anak-anak anda. hilang keistimewaan panggilan untuk anda nanti. menghambarkan perhubungan katanya. wah, saya nak panggil apa nanti ye? ngeh3(mood gedik2 neh)......ini punya tips, saya terdengar. bukan sengaja dengar. tapi, inikan ilmu. tak berdosa pun nak dengar kan2? =)

*pening bila anak-anak sedara aku bukan panggil aunty mie je, tapi pakat sedap taruk je. 

ATI MIE!

AMIE!

MIEMIE!

YIMIE!

dan Fatnin pernah cakap;

'lepas ni tak nak panggil aunty mie dah. nak panggil purple'

haaaa....tolong la!

CUBA TENGOK 'ADA APA PADA NAMAMU'

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena