Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 24, 2011

Senyumlah Seindah Suria

saya bangun pagi dan tolong jemurkan baju-baju anak sedara saya. tertengok baju yang baru dibeli semalam oleh mamanya. sudah tertulis ngan maker 'FATNIN'. hahaha....saya senyum. macam-macam betol bila sudah jadi ibu. itu baju mesti nak bawak pergi nursery.
balik kije saya menyanyi. kakak saya akan pandang dan menggelengkan kepala. nak-nak kalau kami tengah jammed. saya nyanyi sepuas hati. semalam saya tanya kakak saya.

'as, aku hairan la. kenapa sume orang naik kete ngan aku bole pandang je aku nyanyi. even abang din pun. sepanjang perjalanan balik kampung, tahan telinga korang eh?' sambil sengeh-sengeh.

'orang malas nak layan' jawab kakak aku sambil sengeh jugak.

aku tersenyum. suara aku sedap kot. taknak mengaku la tuh. hahaha
saya suka melayan anak-anak sedara saya. yang paling best bila diorang kiss pipi saya. bahagianya. dan yang lagi paling best bila diorang cakap...

'cantik macam aunty mie'

sume dah tersengeh mendengarnya sebab sakit telinga mendengarnya. dan saya la yang paling lebar sengehannya. yeah!
 hari tu supervisor saya datang dan tanya

'Ami, u mau confirm tak?' soalan penuh ujian neh.

aku tersenyum makna. angguk tak. geleng tak. sebab saya ada agenda tersendiri. tapi masuk opis petang semalam, senyuman itu sudah berakhir. supervisor saya dah approve confirmation saya. huwaaaa.......
 
satu hari, saya dan dua orang kakak senior pergi lunch kat kantin. hari tu ada makcik yang jual barut perut untuk baby. disebabkan dua orang kakak senior saya adalah ibu mengandung lantas saya mengikutlah mereka untuk menengok-nengok apa yang ada.

turut membelek-belek barut perut yang ada. tapi entah di mana silapnya saya tertanya.

'warna purple tak ada ke?'

dua orang kakak seniorku tersenyum simpul. haa sudah......haha...tolong la masyitah. jangan la kronik sangat dengan warna purple. sampai anak sedara saya pun selalu tanya.

'kenapa aunty mie suka warna purple'

erk......senyum. tak perlu kata apa-apa
lagi buat saya tersenyum bila Terengganu melangkah ke Final Piala Malaysia. lama tak tengok Malaysia julang Piala Malaysia selepas 2001 kalau tak silap untuk terakhir kalinya. 

senyum je. menang turut gembira. semangat kesukanan. kalah. senyum je. tahun depan lak. hehe
satu kisah benar berlaku ketika saya masih di UiTM Shah Alam. baru register hostel. saya berjalan masuk ke lif untuk ke bilik. terserempak dengan seorang gadis yang tidak bertudung. memang daring orangnya. takut jugak tengok. saya kan budak kampung yang baru menjejak kaki di bandar besar neh.

dia senyum. hati saya masa tu tiba-tiba terdetik, cantiknya senyuman dia. tau tak, rupa-rupanya dia roomate saya. haha...she's very friendly one. dan dia seorang roomate yang baik hingga kadang-kala saya pulak yang segan. aci demam, dia takkan berhenti tanya saya sihat ke tak. terima kasih Burn (i know her name....haha...saya pun pelik masa mula-mula dengar. tapi she is girl ok. mati saya sebilik dengan kaum bukan sejenis). hanya kerna senyuman.

owh...entry senyum ini sekadar coretan boring di hari saya diarahkan bercuti pada hari bekerja. saya pun sekarang kena penyakit senyum sorang-sorang.

senyum itu satu sedekah. ye dop?

Senyumlah Seindah Suria. 

*tersenyum bila dengar he said 'can not go la dengan budu'. hari ni makin bertambah senyuman saya bila boleh makan nasi dengan budu setelah diarah oleh kakak saya berhenti makan budu hampir sebulan. alhamdulillah. best...best...cancel nak makan cheezy wedges kat KFC. ngeh3

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena