Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 28, 2011

my first Ramadhan without him

hari ini, selepas bersusah payah menyerah diri kepada doktor gigi. dapat MC. tak tunggu lama terus ke JPJ kat shah alam, renew lesen P. kalau tak esok hari terakhir masyitah bawak si kuning pergi kije. maunya next week berbuka puasa di ofis menunggu Mrs. SuperBizi tu balik kije sama....alhamdulillah, As first first person congrates me. akhirnya dah dapat lesen besaq. haha.....

bila dah dapat, jalan laju-laju macam kambing putus tali masuk kereta. haha...bukak balik dompet tengok lesen P dan lesen baru. 2 gambar pasport yang berbeza. of course pic sekarang lagi manis ye....haha......

but tetiba ada rasa sebak yang hadir. ini macam keadaan boleh bawak sampai pagi esok. iye, sampai balik umah dok depan laptop nipun dok teringat lagi. 

2 tahun yang lepas, dia masih ada. ada di sisi masyitah menemani masyitah jatuh & bangun. masih ingat dulu masa ambik lesen L cikgu memandu bawak pergi sekolah memandu yang mana it takes about 1 hour dari rumah jugak. yang malangnya, sana takde kedai....you know what he did to his 'anak manja' neh? sanggup ayah datang jauh-jauh ambik anak perempuan bongsu dia ni pergi makan. mak kat umah dah bising risau 'kak nak makan apa nanti?' Alhamdulillah sebab kurniakan ibu bapa yang ambil berat pasal aku.

itu cerita 2 tahun yang lepas. selepas dua tahun, here I am. di bandaraya Kuala Lumpur ini. alone without a man named ayah. He left me.....untuk pulang pada Pemiliknya. bukan tak redha, namun rindu ini masih menghantui. 

first Ramadhan without him....sungguh hati kak pilu. rindu ayah!


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena