Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 8, 2012

Jangan Pernah Mudah Lupa


Seringkali dalam perjalanan menyusuri hidup ini, kita terlupa. kita leka. kita alpa.
saya tak tujukan pada kamu. pada awak. atau pada dia. 
tapi pada saya sendiri jugak.
kadang-kala seronok melayan lappy sampai lupa, zohor dah nak abis. 
alamak!

dan seringkali dalam melangkah onak duri kehidupan ini.
kita lupa melihat orang-orang yang setia di sisi kita.
kita hanya nampak mereka yang di hadapan kita. 
menoleh kadang-kala ke belakang.
sungguh.
walaupun saya sedar dia sentiasa di sisi.
kadang-kala saya juga terlupa.
asyik dengan dunia sendiri. 
maafkanku.

 
kak nak balik peluk mak.
dia yang senantiasa di sisiku.
senantiasa mendengar tangis resah hati anak gadisnya.
setianya tiada tara.
saya mahu menjadi wanita seperti ibu ini.
dan saya mahu Allah pinjamkan ketabahan yang dimilikinya.
padaku.....
 
selamatkanlah perjalanan pergi balikku ini.
dan saya nak tinggalkan kekecewaan & kelukaan yang saya bawa hingga ke sini.
saya serahkan segalanya kepada Allah.
tiba masanya,
Allah akan jawab setiap doa yang saya alunkan selama ini.

sukar.
namun saya yakin, ada hikmahnya.

hati saya senantiasa menyayangi mereka yang berada di hati ini.

jangan pernah mudah lupa.

"aunty mie rindu anak-anak sedara aunty mie."





No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena