Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, March 15, 2012

cerita balik nikah I

ini kawan baik saya yang nikah. bukan saya.
tak sangka. dah tua rupanya kita kan? kan?
tapi, masyitah rasa macam muda je lagi. sebab tu tak kawen-kawen lagi. 
calon lak melarikan diri. sadis sungguh.
hahaha

seminggu sebelum majlis, saya betol-betol berbelah bahagi. nak balik ke tak. antara keinginan melihat hari bahagia sahabat terbaikku atau menghadiri kelas.
dengan bebanan rasa dan masalah yang menikam.
aku bingung(ceh!)
tapi demi sebuah persahabatan,
aku jejak batu pahat untuk cari tiket last minit. 
pastu.
nangis tengan-tengah stesen.
(tapi tak keluar air mata)
tiket malam abis. pagi esok baru ada.
huwaaa......nak balik jugak

pagi jumaat. 9 pagi.
time jaa akad nikah.
aku baru terkedek-kedek naik bas.
terima kasih untuk juniors saya Baim & Syahid sebab hantar akak pagi-pagi.

gile weh Batu Pahat-Kuala Terengganu (9 jam)
Kuala Terengganu-Jerteh (2 jam)
tahukah betapa keletihan saya pada waktu itu?

tapi, saya tetap balik.
balik peluk mak.
itu memang niat saya. 

*cerita majlis nikah next entry. ini citer saya nak pi balik nikah. eh...eh saloh. saya nak balik pi majlis nikah.
gedik2. gelak2. pastu nangis2.

tak sampai 24 jam dok umah.
huwaaa...huwaaa

sebelum balik kampung hari tu saya teringin makan ABC.
pas balik umah jaa.
saya beli 6 bekas ABC.
ingat nak balik makan ngan anak-anak sedara.
sedeh...
diorang dah balik Kuala Terengganu.

natijahnya.
aunty mie baham 3 bekas ABC petang tu.
wah, saya makin chubby.
saya ingat saya cuma mengidam nak makan satu sudu.
macam selalu tu.
separuh bekas pun tak abis.
 ini 3 bekas weh!

malam nak naik bas.
saya sedeh.
mak buat macam-macam kat saya.
lagi anak mak terharu.
masa nak naik bas.
mak peluk kak kuat-kuat.
pesan 'kak pergi untuk belajar'
(saya menangis neh)

driver bas lak sibuk tanya.
tak mahu balik dah ka neh sampai lagu tu?
mak jawab.
'tak boleh la. anak manja sore neh'
huhuhu....
kata-kata mak mengingatkan kak pada kata-kata seseorang.
kata-kata ayah.
'anak manja ambo sore neh'
saya dikurniakan orang-orang yang amat menyayangi saya.
Alhamdulillah.

naik bas.
sorang pakcik TUDM dok tepi saya. tak lena tido weh.
selalu saya risau saya peluk orang.
walaweh.
kol 1 pagi saya sedar.
apa kes sodap pakcik tu landing atas lengan saya weh.
astaghfirullah.
tak tido sepanjang pagi sebab pakcik tu asyik melentok je.
aish!
marah bakal zauj saya kang!
tapi saya lagi marah.
tak pasal-pasal kol 8pagi kena sound dek saya pakcik TUDM tu.
hahahah.
masyitah ni betol la!

perbualan panjang saya dengan pakcik TUDM pagi tu
mengingatkan saya pada seseorang yang istimewa
kenapa dia masih hadir
setiap kali saya mencuba untuk meninggalkan rasa itu.
apa rahsia pertemuan ini.
ada sesuatu yang menyapa di benak.

jaa. ini cerita perjalanan aku untuk menengok mung nikah. jangan aku nikah mung tak balik. siap la. haha. nikah ke masyitah aminah nanti?

itu rahsia Allah.

wah...panjang melalut!

moral : saya perlu berani buat keputusan. bukan last minit. tengok la kesannya. perjalanan jauh buat saya makin banyak berfikir. 

 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena