Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 6, 2012

saya yang ting tong!

wah, lama gila melayan perasaan sampai aku hampir terlupa. almost 3 minggu di UTHM. walaweh! orang tua masuk belajaq balik. memang otak saya beku. jujur mengaku. kalau tanya formula voltage pun aku nak agak-agak lupa. gila seh!

penat menangis? penat jugak tapi kawan saya ni masih tak mahu tinggalkan saya je. asyik nak keluar air mata je. susah betul jadi wanita seperti aku ni. sampaikan ada sorang kawan aku ni(younger than me) panggil aku 'Yimmy'.....adeh, itu anak sedara aku je yang panggil. ada jugak yang panggil 'Kak Long'. owh, tolong la. saya terasa sangat tua, tapi masih muda remaja.

masih mengumpul semangat untuk belajar neh. kadang-kala rasa macam nak balik je. malasnya nak belajar benda yang aku tak minat. susahnya nak belajar. dan banyak benda yang bermain kat kepala neh dengan emosi yang tak berapa nak stabil neh. natijahnya:

saya tido bila saya tension.....memang tido je. pantang free. saya tak mahu fikir masalah yang sedang saya alami dan rasa yang membelenggu diri saya.

saya asyik makan bila tension.....sebab saya nak lupakan masalah saya. bila makan banyak, esoknya saya akan sakit perut. haha....itu lebih baik bila saya tension, saya tak mahu makan terus(pelik, kenapa sampai sini aku jadi lagu neh). saya sedang nak jadi chubby neh!

assignment dah mula masuk. pening aku. tak tahu nak buat yang mana satu. inipun tengah layan assignment yang perlu dihantar esok di library tapi masih sempat layan blog. takde mood nak buat assignment. hujung minggu ni nak balik kampung, tapi ada kelas ganti di malam hari. adakah saya perlu gembira? huwaaaa.......

next week saya dan beberapa mahu ke negeri Kedah. untuk kajian Warisan Etnik. ambik kau, berjalan jauh neh with the mood yang tidak menentu. sudah lama tidak ke negeri Kedah. dulu selalu ke UUM. ingat nak further kat sana, tapi aku tercampak ke selatan pulak. ingat nak dapat calon suami dari utara, tapi aku pulak yang kena campak. ops! hahaha.......gelak2. nanti nangis!

owh.....orang lama yang terkena kejutan masuk kelas balik. aku la neh!  saya tak suka bunga sebenarnya, tapi saya suka bunga warna purple. sebab saya suka purple. titik. =)


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena