Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 6, 2013

Kisah raya II

Alhamdulillah, Allah masih bagi saya kekuatan meneruskan Ramadhan kali ini. hari-hari terakhir ini amat memenatkan menguji kesabaran & kekuatan saya.

rentetan demam & selsema, saya terkandas di ofis di bawah meja dengan demam & migrain yang bukan main kepalang. kalau tak mengingatkan laporan yang perlu dihantar saya memang dah EL. tapi the end of story my boss said, please postpone dis report first. owh..owh...owh....cukup saya menghangatkan suasana ofis hari khamis yang lalu dengan berita 'Ami pregnant'...hahaha...amin. opismates saya memang. sampai boss siap whatsapp. lepas raya nak tengok buku pink. adoi. ngokngek. saya cuma demam dan selsema yang masih berlarutan hingga hari ini. saya rasa saya kepenatan yang amat sejak kebelakangan ini. kerja dan tekanan yang makin menjadi-jadi ditambah dengan urusan majlis kesyukuran yang bakal berlangsung tidak lama lagi. banyak benda yang hendak difikirkan.

tapi bila hari Jumaat saya dah masuk ofis dengan muka gembira & suara ceria saya, opismates saya menarik nafas lega. pak guard bangla depan ofis siap tegur lagi, 'are you okay today mam?' dan I said 'yeah, sure...' sambil tersenyum. ini gara-gara nampak saya muntah kat parking semalam la tu. ha ha ha...saya demam memang havoc la.

dan semenjak balik kampung semalam saya diterjah dengan persoalan,

'kenapa makin kurus?'

ho ho ho...honestly i lost about 2kg after having fasting. I may loss weight easily but gain weight hardly. saya pun risau, orang lepas kawen baju tak muat tapi saya baju makin longgar. cincin beli hari tu bajet gemuk tapi sekarang tak boleh pakai. baik simpan sebab takut hilang. asyik jatuh je. hek hek hek

tapi semalam bila saya jumpa Dr Saiful di UniSZA, saya diterjah tatkala masuk menghadap lecturer saya di biliknya dengan pertanyaan.

'why you so slim, Masyitah?'

ops!

sungguh menggamit kenangan bila saya kembali ke kampus lama. tapi tak sempat jumpa lecturers lain sebab saya sedang rushing, hanya sempat tinggalkan kad-kad jemputan di fakulti.

sebelum saya keluar, tawaran sama masih berlegar.

'Masyitah kalau sambung master cari saya. i need student.'

adoi. degree. scholarship. master. my passion. kalau saya masih belum mensyukuri, sayalah manusia yang masih tak reti bersyukur dengan nikmatNya. insyaAllah. impian & cita-cita saya masih belum berkubur. saya harap masih ada kesempatan itu. masih menyusun tangga.

dan hari yang panas makin menyemarakkan demam saya yang masih bersisa. masuk Mydin, tak ada yang menarik. beli ubat gigi & berus gigi untuk saya dan en Hubby.

owh, teringat kat Abang yang di Kuala Lumpur keseorangan. harap-harap Abang baik-baik saja. seronok la dia, boleh sahur dan berbuka di mamak. ha ha ha....al kisah dapat bini yang tak suka kedai mamak. tapi kadang-kala layan jugak angin Abang masuk mamak. tapi bukan selalu. kenapa? ada la....hak hak hak

masih sempat menghupdate blog dengan barang gubahan dan goodies bag yang masih tak siap-siap. takde la special sangat sebab kami hanya buat majlis kesyukuran dan bagi buah tangan untuk tetamu. bukannya majlis grand tapi sepertimana yang saya cakap dekat Abang awal-awal dulu. saya cuma mahu yang basic sahaja. kad, pelamin, bunga telur dan seangkatan dengannya. cukup ada. yang penting purple.

hak hak hak

saya harap saya sihat pada hari majlis nanti. mai migrain saya, abis la. takde mood nak wat outdoor photoshoot nanti. dan saya harap majlis kesyukuran ini berjalan lancar dan diberkatinNya.

nervous? saya masih macam dulu. biasa ja. cuma kepenatan sahaja.

dan paling penting, saya berdoa agar rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga bersama zuriat yang soleh solehah. insyaAllah

# isi sampul duit raya. next entry ...... apsal tahun ni sampul raya besaq2? duit kecik ja neh. hu hu hu

Kisah Raya II versi Majlis Kesyukuran

rindu Abang. rindu sangat-sangat. depan orang kontrol, saya kebal. ha ha ha...ok, poyo!



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena