Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 19, 2013

Petua Untuk Memujuk Hati Suami

 

Petua Untuk Memujuk Hati Suami

a. Berikan lelaki ruang untuk bersendirian - Bila seorang lelaki merajuk, bererti dia memerlukan ruang untuk bersendiri. Dalam erti kata lain, ingin mencari ketenangan fikiran. Bersendirian membolehkan lelaki mencari punca masalah dan cara mengatasinya. Lelaki akan mencari semua pilihan penyelesaian yang ada untuk mengatasi perkara yang merunsingkan fikiran. Jadi anda kenalah beri ruang untuk lelaki.

b. Sentiasa memberikan lelaki sokongan - Jika anda lihat dia sedang berdiam diri sambil menghadap televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan saja. Jangan tukar rancangan yang dia sedang tonton ke rancangan yang anda gemari. Biarkan dia dengan dunianya. Biarpun pada pandangan kasar dia seperti menonton tv, hakikatnya dalam diam akal fikiran lelaki sedang berfikir dan mencari jawapan terhadap apa yang merunsingkan fikirannya. Apa yang terbaik ialah anda tunjukkan kasih sayang anda pada masa ini. Biarkan dan hormat apa lelaki sedang lakukan. Semakin anda fahami dan tidak mengganggu lelaki, semakin cepatlah hilang merajuknya.

c. Jangan banyak bertanya - Di kala lelaki sedang merajuk, jangan cuba menunjukkan anda simpati dan ingin tahu apa masalah lelaki. Jangan bertanyakan soalan-soalan kenapa dan mengapa kepada lelaki. Anda hanya akan mengganggu lelaki dalam tumpuannya untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya anda degil, lelaki akan lebih menjauhkan diri dan tidak memberi respon.

d. Buat sesuatu yang dapat menggembirakan hati - Sementara lelaki sedang di dalam tempuh “merajuk”, iaitu fasa ingin bersendirian tanpa gangguan, cuba anda lakukan perkara-perkara yang dapat menggembirakan hati anda. Contohnya, membeli-belah bersama rakan-rakan atau keluarga, membaca novel kegemaran anda, menonton rancangan televisyen yang anda suka, memasak atau menjahit. Dengan berbuat sebegini, anda memberi kerjasama atau pertolongan secara tidak langsung terhadap lelaki yang anda sayangi itu. Sememangnya lelaki ketika itu ingin bersendirian dan tidak ingin diganggu.

# bab a, okey ja. ruang bersendirian abang. erm...saya bagi je abang baca komik. baca dan baca. pastu saya kena kutip dan kemas.

# bab b saya tak bape gemar. beri sokongan tak kesah tapi bagi abang senyap saja tak boleh. nak-nak time abang memandu dan bagi alasan kononnya nak fokus. jadi saya tak boleh bercakap banyak-banyak. macam mana saya boleh duduk diam tak cakap apa-apa. tak boleh tu. hek3

# bab c, jangan banyak bertanya. hak3...before getting married i told him, 'im the one who full of questions. why. what. when. who. where. how. 5W1H.' abang selalu buat-buat nak fokus kerja time dia penat nak menjawab. 

# bab d cantek. merajuk sokmo la, boleh shopping. heee....tapi abang tak pernah merajuk lagi sepanjang kami nikah. erm...tak merajuk pun saya still shopping sampai dia lenguh kaki. hek3...abang tak suka shopping & window shopping. titik! itu result yang saya dapat setelah kajian dibuat. hahaha

# tapi saya lagi suka saya yang merajuk. untung-untung dapat bonus runtuh. malam semalam ada orang toloh basuh pinggan mangkuk dalam sink dah.hehe...terima kasih. rasa nak merajuk lagi la. hahaha

saya belajar menghargai apa yang berada di hadapan saya. yang berlalu, biarkanlah. i believe in Allah. everything happens for a reason. Allah pertemukan saya dengan dia dulu mungkin untuk jodohkan saya dengan abang. kalau tak jumpa dengan dia dulu, mungkin saya dah terbang ke Jepun dengan orang lain kot. makluma la,masa tu saya pencinta yang setia . hakhakhak..... tapi sekarang pun saya setia tau. setia pada yang satu. abang comel saya yang makin bambam.

'sayang rasa, abang makin besar la lepas bulan puasa ni. sayang tak masak sedap pun. hairan'

abang sengeh sambil bajet hot. hahaha


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena