THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
buat semua kaum kerabat keluarga & saudara mara tersayang
para sahabat & kenalan
yang dekat mahupun yang jauh
semoga Aidilfitri kali ini mengukuhkan lagi ikatan yang terbina

jari disusun maaf dipinta
di hari mulia ini
agar ukhwah ini senantiasa di bawah naunganNya

# lambatnya ucapan hari rayakan? raya kan sebulan dan bermaaf-maafan pun tak semestinya pada hari raya saja kan? he he he...hari yang sangat sibuk. banyak perkara yang belum siap.

duit raya? mesti la kena bagi. dan mesti la dapat duit raya daripada Enchek suami tersayang. kalau bukan suami, bukan saya orangnya yang jenis meminta-minta dan mengikis duit orang. dah jadi suami, kena la tolong cukur sikit-sikit. jangan bagi botak sudah. 

janji sayang!

Aidilfitri pertama kami sebagai suami isteri dengan tema kuning. kasut & tudung saya rembat barang baru mak beli. hakhakhak....perkara biasa dan ayat biasa adik-adik lelaki saya.

'mak tu beli-beli lepas tu sume bagi kat anak perempuan dia'

hakhakhak





No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena