Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, November 9, 2013

Bila Dia Jodohku

Alhamdulillah. dalam sedar ataupun tidak, usia mahligai kami sudah 4 bulan lebih namun yang pasti perkenalan ini belum menjangkau usia setahun lagi. dan semestinya masih banyak yang perlu dipelajari dan difahami dalam hubungan ini.

saya ingat, pertama kali mengenali Abang soalan pertama yang mula berlegar adalah 'kalau kita kahwin bulan 6 macam mana?'. ok, pasai apa lelaki ni?

bulan 1 awak jumpa mak saya,bulan 2 saya bagi keputusan, bulan 3 mak awak datang merisik, bulan 5 kita bertunang dan bulan 6 kita officially sah sebagai suami isteri. Alhamdulillah, tak cepat dan tak lambat. bulan April? its our birthday. cadangnya nak bertunang bulan 4 tapi abang sibuk dengan kuliah dan cuti yang tak cukup. tapi sebenarya, majlis pertunangan kami itu pun diawalkan daripada perancangan asal. bila hati dan niat kita memang untuk membina masjid bukan sekadar untuk berpeleseran, mencari barakah di sebalik pertemuan ini insyaAllah.

Allah bagi jalan pada mereka yang berusaha. Nabi saw berpesan akan tiga perkara yang jangan dilewat-lewatkan iaitu solat apabila masuk waktunya, segera mengkebumikan jenazah apabila selesai memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya serta menyuruh ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka apabila sudah ada yang sekufu meminangnya.

Usar gusar, Allah akan hadirkan seseorang buat kita apabila tiba tepat pada masa dan ketikanya. kalau ikutkan saya, memang sejak belajar di universiti saya nak kawen. berdoa saban hari namun akhirnya Allah kabulkan doa saya di kala saya menceburi bidang pekerjaan. saya takut terjebak dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. malahan saya pernah berhadapan dengan sahabat-sahabat yang bermasalah dalam percintaan menghadapi hari-hari yang mengacau emosi. malahan ada yang lebih tegas, couple tidak dibenarkan dalam Islam. Alhamdulillah......dengan siapa, persiapkan diri menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu untuk mengharapkan seseorang sepertimananya.

dan dalam perjalanan membina mahligai, apatah lagi di alam pertunangan bukan dinamakan hidup kalau tidak dilambung ombak. perbezaan pendapat dan cobaan luar itu akhirnya dapat jua kami hadapi. bukan berpaling pada belakang namun kadang-kala itu juga yang datang mendepan dan saya anggap ujian Allah untuk menguji kesabaran saya.

memang diakui, rancangan asal kami sepatutnya diijabkabulkan pada 10 Ogos 2013, tarikh majlis kesyukuran diadakan. namun satu demi satu perkara mendatang. membuat saya banyak berfikir. dan saya bernazar sekiranya keputusan yang saya 'tunggu' memihak pada saya insyaAllah saya akan menerima cadangan Abang untuk mempercepatkan tarikh ijabkabul kami. Alhamdulillah, Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. saya akur dengan ketentuan Illahi dan saya tunaikan nazar saya. 30.06.2013 akhirnya termeterailah lafaz akad antara saya dan Abang.

saya senyum syukur tatkala saat sahnya saya sebagi isteri SANUSI MOHD NOR. namun saat yang paling sebak adalah tatkala saya mendakap dan dicium mak sementelah saya sedar ayah tiada di sisi saya tatkala ini. ketentuan Illahi, ayah pergi terlebih dahulu dan saya sedar hakikat itu. doa kak buat ayah tidak akan pernah berakhir sepertimana kasih sayang mak dan ayah yang tiada berpenghujung.

dan yang paling saya takkan lupakan, saya dah hantar baju nikah untuk dijahit dan sudah pesan baik-baik. majlis akadnya 30hb bersamaan 11.00pagi. percaya atau tidak, saya sampai di kampung pagi sabtu bersamaan 29hb. pukul 5.30ptg saya ke rumah tukang jahit baju nikah saya. rasa nak pitam bila makcik tu tiba-tiba terkesima. hari ni nak nikah? bukan lepas raya ke? masyaAllah.....sebutir manik pun tak berjahit malahan kain saya masih berbungkus cantik tak dipotong pun. huwaaaa.....baju nikah saya tak siap.

sebelum balik kampung saya dah sound Abang, 'make sure baju awak siap kalau nak nikah dengan saya'. hek3.....saya balik, saya agak hangin satu badan jugak. mak saya pujuk saya untuk bersabar dan adik saya hanya terdiam. jangan dijolok sarang tebuan. dan abang din saya lagi best, bagi wallet dia. katanya, dalam tu ada RM500. tak cukup pi ambik kat akaun bank dia. kad kredit pun ada tu. owh....abang saya ni ingat saya ni puteri diraja ka nak kawen pakai baju nikah ribu riban. masalah saya adalah, mana nak beli baju petang-petang cam gini?

Alhamdulillah, dalam pukul 9.00mlm saya akhirnya jumpa sepasang baju kurung moden yang sesuai dengan baju melayu Abang. sampai ke Kota Bharu kami pi mencari. memang family saya dan mak mertua saya cakap, baju saya nampak sedondon dengan Abang walaupun bukan pilihan asalnya. sesuai dengan citarasa saya, saya tak suka manik penuh bergemerlapan satu badan. saya sukakan sesuatu yang simple dan menutup aurat. dan saya takkan lupakan saat laungan azan Maghrib di Wakaf Che Yeh, dalam hujan renyai. sungguh detik itu amat membuat saya sayu dan terfikir, benarkah dia jodohku? namun melihat semangat mak, adik dan kak nor yang membantu saya membuat saya kembali ke alam nyata. ini hanya ujian kecil, Allah nak uji kesabaran MASYITAH AMINAH sebenarnya.

ye, everything happens for a reason. memang baju nikah kami kainnya dibeli asing. kain nikah saya beli sendiri dan kain baju melayu  Abang mak saudara saya yang belikan berdasarkan cebisan kain yang dikirim. bila 'baju nikah tak jadi' saya dah siap, baju tu memang ketara tidak sesuai dengan baju melayu Abang. bagi yang mengerti, setiap kejadian yang Allah berikan pasti ada terselit hikmahnya. kita tak dapat apa yang kita nak sebab Allah nak bagi yang terbaik untuk kita.

Diakui majlis ijabkabul kami diawalkan daripada perancangannya namun apa yang pasti, sepertimana dianjurkan oleh Nabi saw kami telah mengadakan walimah untuk ijabkabul ini. jangan silap pada yang menganggap, majlis walimah selepas akad nikah mesti ada persandingan dan tetamu yang penuh sampai ke dapur beserta muzik yang memenuhi setiap ruang. mengertilah hikmah di sebalik majlis kesyukuran yang dianjurkan salah satunya adalah untuk memaklumkan tentang pernikahan agar tiadanya fitnah selepas itu disamping sebagai jamuan kesyukuran.

sehari selepas majlis akad nikah, kami sudah kembali ke KL seperti sediakala. oleh itu, kami meneruskan perancangan sepertimana yang dirancang. tidak salah meraikan hari bahagia kami bersama saudara mara dan sahabat-sahabat yang tidak dapat bersua dengan pengantin yang tak berapa nak baru kan selagi mana tahu batas-batasnya apatah lagi di sambutan Aidilfitri yang mulia. waktu tu la ramai perantau yang pulang ke kampung. apa yang penting raikan dalam kesederhanaan.

bagi saya, lebih baik disegerakan berbanding dilambatkan untuk perkara yang sebaik ini. sayalah manusia yang menolak nikmat Allah sekiranya saya masih berkeras waktu itu untuk menunggu saat ini berjalan seperti yang dirancang sementalah kedua belah keluarga mengaminkan saat itu dipercepatkan. banyak kebaikannya bila dah kawen ni. nak beli barang keluar berdua dah tak dosa dah, duit pun boleh jimat, dan apa yang paling saya rasa selepas kahwin kita akan nampak keluar masuk duit yang diperlukan. maka, setiap perkara kita akan pikir panjang. perlu ke masa majlis nak itu nak ini sedangkan selepas kawen kita boleh gunakan pada keperluan yang lain. haaaa.....saya tak percaya pada formula ini tapi bila saya dah hadapi sendiri. yup. percayalah wahai orang yang selalu jawab 'tunggu duit cukup baru kawen'.

dan tips paling utama, wang bukan diguna pada waktu majlis tetapi wang sebenarnya lebih berguna selepas majlis.

dan seikhlasnya, terima kasih buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat yang membantu menjayakan majlis ini dan mendoakan kebahagian kami. sejujurnya tidak pernah terlintas perasaan cemburu di hati saya sementelah kami sudah memandang pada kehidupan yang kami miliki. bila merasa fitnah itu satu dosa besar, maka jauhkanlah diri daripada terjebak.

sekadar perkongsian pengalaman dan mengimbau memori. tak sangka, saya kawen jugak dengan orang yang saya cakap kat kak Farrah 'saya taknak dia kak'. hahahaha......malahan saya pernah nak satukan Abang dengan Kak Farrah dulu tapi dua-dua taknak. tapi sekarang, NO. NO. NO. hehehe....

Ya Allah, bahagiakan mereka berdua hingga ke syurga. Sanusi & Ameena.

bila dia jodohku, ku pohon semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga



No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena