Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 9, 2011

kasut VS selipar

sebab tu saya cakap 'PLEASE DON'T LET ME MAKING THE DECISION'. owh....saya masih rasa menyesal neh. tapi kakak saya asyik dok ulang.

'Redha je la.......' 

secara jujurnya, saya suka pakai kasut sport pergi kuliah ataupun pergi kerja. zaman pakai selipar zaman-zaman belajar di mana saya nak pergi meeting. yang lain, kasut adalah pilihan saya. skema je minah neh kan? dah biasa orang panggil lagu tu. selipar yang saya pakai hanya RM15.00. murah dan tahan lama. paling penting mesti tahan lasak.

semenjak masuk kerja neh, dah lama tak beli selipar. macam dah tak reti pakai selipar dah. tapi entah macam mana kakak saya bawak pergi Nose Warehouse Sale. gulp......ingat ada kasut sport tapi, selipar adalah. TUMIT TINGGI. erm....tak pernah pakai. pakai sekali pinjam yang mak kat kampung hari tu. enough untuk buat saya sakit pinggang dan jalan macam itik je rasa. hahaha...

tau tak...pakai tumit tinggi ni tak elok untuk wanita. dari pembacaan saya la, berkasut tumit tinggi ni..... 
  • boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan zuriat. owh.....saya nak anak kembar. hehe.......
  • menyebabkan keguguran rambut. erm....saya banyak tension. cukup untuk menjadikan kepala botak nanti kang.
  • boleh menyebabkan sakit kepala & gangguan haid. erm........
berkasut tumit tinggi ni memang cantik dan seksi lagi elegan kononnya. ye ke? orang cakap. saya rasa tak. hahaha...

al-kisahnya, kami ke Giant selepas itu. berhenti kat satu tempat yang kononnya buat sale baju babies. tetiba ada jual selipar. rasa nak beli membuak-buak. dah lama tak pakai selipar. selalu masuk kedai nak beli selipar, keluar bawak kasut jugak. 

RM30. tanpa banyak cakap saya bayar. jangan tanya brand dengan saya. saya tak reti. entah-entah hantaran kawen nanti laki saya letak kasut jenama BATA pun saya tak tahu. (BATA jangan eh. saya selalu pakai BATA & BUM). kasut budak-budak tuh. hehe....

saya naik atas. nak cari tudung tapi kakak saya nak beli selipar anak dia. saya follow. then tiba-tiba saya nampak selipar yang saya beli tadi. hanya RM15.00. sebijik macam yang saya beli kat bawah tadi. owh...owh...owh..... lain kali nak suruh mak je beli selipar. saya beli kasut je. titik.

*kasut VS selipar........syaratnya, saya mesti pakai stokin. jangan tanya kenapa. tapi boleh tanya, kenapa pakai stokin lagu tu. haha...

*terjumpa stokin lama 'BAD BOY'....teringat masa masuk kuliah kat bilik tutorial FRIT. memori betol. huhu......

~cuba cari mana kasut cinderella saya~

3 comments:

Niena Muhammad said...

wahh..pakai kasut tumit tggi leh menggugurkan rmbut? hmmm... sy mmg keja pkai kasut yg agak bertumit...rmbut pn bnyak gugur hehe

Ameena Muktar said...

huhu...saya tak pakai tumit tinggi pun rambut gugur jugak.

the point is, saya sebenarnya tak reti pakai kasut tumit tinggi. takut masuk longkang...=)

Ameena Muktar said...
This comment has been removed by the author.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena