Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 4, 2011

Selamat Kembali ke KL


Alhamdulillah. bertolak 3.00pg tadi sampai lebih kurang 11.45 pg di KL. terselamat daripada terperangkap dalam jammed. hari ni tak drive. tetiba jadi banyak nak tido. bila mintak nak drive abang cakap.

'tak apa. tolong tengok lembu kalau-kalau ada yang nak melintas jalan. nanti bagitau'

rasa macam nak tergelak je. dah takde kije sangat ke nak bagi kat adik dia neh? takpa. aku pun bukan dalam mood nak driving. jiwa tengah kacau sebab nak balik KL. masyitah tak mahu balik KL!

selalunya susah nak tido bila orang lain memandu tapi entah apa yang kena hari ni, rasa nak tido je. masuk Karak makin kuyu mata neh. siyes.....hati saya sudah tertinggal kat umah di kampung.

apa nak jadi dengan MASYITAH AMINAH neh.....not in mood untuk bercerita tentang raya yang baru berakhir aku kira. raya berakhir bila dah kena naik KL. huhuhu.....

walau apapun, Alhamdulillah. pertama raya tanpa lelaki itu di sisi. memang janggal. memang masih terasa hidupnya dia dalam suasana pagi raya itu namun yang menyedarkan aku bilamana aku menyelusuri rumput-rumput itu menuju ke pusaranya.....
kak beraya tanpa ayah rupa-rupanya. dan melihat tangisan mak. kalau sedih hati aku yang hidup dengan ayah hanya 22 tahun, apa kiranya kesedihan hati mak yang bersama ayah lebih daripada 30 tahun. 

kak tak boleh tunjuk sedih depan mak lagi, sebab mak lagi sedih sebenarnya daripada kak. tapi mak kuatkan & tabahkan hati.....kenapa kak takde kekuatan seperti itu mak?

saya tengah nangis neh! =(

senyuman di pagi raya....my beloved mom

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena