Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 13, 2011

Warkah Rinduku

ayah,
saat yang kita nantikan akhirnya tiba. hari Ahad nanti majlis konvokesyen kak. walaupun hanya segulung diploma, ayah & kak tahu nilai yang harus dibayarnya kan? kak kan anak perempuan 'istimewa' ayah. haha...alhamdulillah. walaupun tiap kali kak fikirkan majlis ni, hati kak makin kuat berdetak. jauhnya ayah dari kak. sayunya dalam hati ni ayah, hanya tuhan yang tahu. sebab kak rindu ayah.

ayah,
kadang-kala kak rasa macam kurang betul lak. betapa kak cemburu melihat orang lain memiliki ayah. tengok orang cerita pasal ayah, hati kak sayu ayah. sayu sangat. sampai kadang-kala bila terserempak dengan pakcik tua kak rasa macam kak ada di samping ayah. bukan menolak takdir ini ayah, tapi makin lama makin kak sedar. kak masih tak mampu untuk hidup tanpa ayah. sebab dari dulu sampai sekarang, kak selalu rindu ayah.

ayah,
menulis warkah rindu ini ayah, buat air mata kak berderai untuk kesekian kalinya ayah. masih terasa kekosongan itu ayah. mengingatkan memori kita bersama buat kak rasa, banyak benda lagi yang kita masih belum buat ayah. ayah belum tahu yang kak ni dah boleh bawak kete dalam jammed, xmacam dulu dah. kak dah start training masak Laksa Penang, bukan jadi assistant tapi Chef. masak tanpa bantuan mak. ayah belum tunaikan impian kak nak beli Suzuki Swift. haha...dan ayah takkan mewalikan pernikahan kak andai kata Allah takdirkan kak bertemu jodoh suatu hari nanti. kak menangis membaca artikel ini dulu. adakah ayah merasakan sebegini tatkala melepaskan kak suatu hari nanti? tapi rupanya kak yang merasakannya. BUKAN TIDAK TEGA, TAPI KERANA TERLALU CINTA.....


ayah,
sesuatu yang menghidupkan lagi kenangan ayah dalam hidup seharian kak adalah Si Kuning tu. Sentimental value. bagai terasa selalu bersama bila melayan Si Kuning tu yang sejak kebelakangan ini makin banyak ragamnya. mungkin tak betah tinggal di KL kot. macam anak ayah ni. haha.....nak balik kampung kan, kak masih ada impian yang nak dikejar. perjalanan cita-cita kak masih jauh. sebagaimana yang ayah inginkan, kak sedang merencanakan kehidupan kak walaupun kadang-kala pincang sana sini. bagai hilang tempat bersandar bila ayah pergi tinggalkan kak. sudah sekian lama, namun kak masih rindukan kasih ayah.

ayah,
warkah rindu ini melayang di sini bila mengingatkan tarikh ini. 13 september. setahun yang lepas pada tarikh ini, hari terakhir kita bersama. paling kak takkan lupakan, lepas kak bagi ayah makan tengah hari tu. Arif tukarkan baju ayah. kak peluk ayah. rupanya itulah pelukan terakhir kita ayah. yang terakhir rupanya. lepas tu takde lagi lelaki bernama ayah yang akan memeluk kak. kak rindukannya ayah, sebab kak terlalu sayangkan ayah.

ayah,
kak rindukan ayah.
 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena