Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 10, 2011

Isu Nikah 2

kadang-kala bila baca balik older entries aku tengok mesti ada isu nikah.
kadang-kala aku pun naik boring. bosan.
kadang-kala aku naik geram pun ada.
kadang-kala boleh tak saya invisible automatically bila orang sebut 'nikah' depan MASYITAH AMINAH?

bukan menolak perkahwinan (saya nak kawen ok) tapi kadang-kala naik segan silu bila orang bercakap benda alah neh. saya neh zaman belajar, saya belajar. zaman kije, saya kije. ada rezeki nak further lagi, belajar lagi. hahaha...saya akan half insane bila kena mengadap buku. teringat kata-kata kakakku yang berjaya menamatkan zaman bujangnya sebelum tamat degree bila menengok cara aku belajar.

"tak boleh ada pakwe dia neh. asyik hadap buku je. cuba tidur tu lupa sekejap tentang belajar"

hahaha....belajar & kerja. sama je. macam tu jugak kepala aku ni. tengah nak tidur boleh teringat impact analysis petang tadi. dalam tidur boleh mimpi boss & engineer2 aku tu.

balik cerita nikah neh.....sebelum ni aku penah tulis entry oh mak, aku Pengantin Tak Jadi . baju kurung tu aku pakai masa majlis kesyukuran Syahamah sempena kejayaannya mendapat tempat ke-3 dalam tilawah Al-Quran di Qatar pada raya ke-4. aku jarang pakai sebab warna putih, aku kan ganaz. nanti kotor. huhuhu....mak yang beli baju tu untuk aku. aku reti pakai je.

al-kisahnya, bila di kenduri kesyukuran tu pun orang cakap 'pengantin ke ni?'. hoho....mungkin seri pengantin terpancar dah kot tapi tak jumpa jodoh lagi. haha...but dont tell me that i'm 'andalusia'. saya muda lagi ok. =) even abang saya cakap saya tak laku. umur 23 takde calon. =p...pergh ayat dia. 

hallo pakcik...bercinta bertahun-tahun bukan jaminan ke jinjang pelamin apatah lagi hingga ke syurga because I believe, Allah dah ciptakan setiap sesuatu itu berpasangan. kalau bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat.saya masih tak cukup solehah untuk mak & ayah saya, macam mana saya nak menjadi isteri solehah?

tapi memang aku perasan yang sejak tahun ni orang asyik menanyakan bilakah tarikh keramat aku? ayooo.....jodoh ni urusan Allah, masyitah serah semuanya pada Dia. sesungguhnya, tawan hati my family first. insyaAllah 'awak' akan dapat my heart as a bonus. hahaha.....

diteruskan cerita buat pertama kalinya aku pakai baju kurung tu pergi ofis semalam. masa aku tengah juling-juling mata menghadap & membaca email yang memenuhi inbox aku yang satu pun aku malas nak paham, kakak senior aku sampai. belum duduk kakak tu dah sound aku.

'Ami, baju nikah ke?'

gulp.......

dan pukul 2.30 petang aku berjalan menuju ke lif selepas solat Zohor di surau. owh...ramainya orang menunggu lif. masa dalam lif aku jumpa seorang engineer, Kak Ros. cantik orangnya malahan lemah lembut. boleh buat calon isteri this girl. tiba-tiba dia
tanya.

'baju kawen ke neh?'
owh...lif sunyi sepi tu terdengar soalan Kak Ros. segannya saya.

kenapa baju tu aje yang kawen. baju nikah. baju kawen. tapi tuannya tak kawen-kawen lagi. ngeh3

bila masuk opis baru nak duduk tiba-tiba ada kakak admin kat belakang tanya lak.

'Ami, baju kau kawen ke neh?'

isy....isy....hari Jumaat. saya ambik sebagai doa ye kakak-kakak semua. amin...hehe

  • I told my sister and my ex-roomate mase di UDM 'boleh tak saya nak baby tapi tak nak kawen lagi?. my sis replied 'gila'. haha...and my ex-roomate said 'gane nak bulih baby kalo tak kawen adik sayang oi'. huhuhu....hati saya berdebar-debar pelik bila saya pegang baby since orang dok sibuk-sibuk tanya bila aku nak kawen. meroyan ke atau jawapan doa aku selama ini? mana tau dapat baby macam kisah superman yang kena buang ke bumi masa kecik2 dulu......ngeh3

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena