THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 9, 2011

Cerita Syawal Saya & Dia

salam aidilfitri maaf zahir & batin
pertama syawal tanpa ayah. belajar menguatkan diri. walau masih ada sebak bertamu. masih terbayang gelagat ayah di pagi raya namun bila terpandangkan mak, aku menahan rasa. sebab aku tahu, rindu seorang isteri lebih menebal daripada rindu seorang anak ini. maka jadilah aku si murai tercabut ekor di pagi raya.

dan bangun pagi-pagi menggosok baju melayu 4 jejaka hensom dalam rumah tu. macam-macam ragam. al-maklum la mak tempah baju mereka sedondon kain yang sama. makanya bila nak basuh dan iron baju tag nama masih tak buang sebab nanti tertukar. diorang sama besar je. haha.....maka cadangan abangku.

'lain kali buat la baju melayu cekak musang sepasang. cekak kera sepasang. baru tak tertukar.........kain sama pun' ...... dia punya ayat tak boleh blah betul la. kita tengok tahun depan.

aku lak di pagi raya boleh mamai bangun ingatkan dah pukul 7pagi, rupanya baru 5pagi sebab dok teringat dapur tak kemas habis lepas masak. kepenatan yang amat. maunya tak mamai, bangun-bangun tido tengok dapur dah licin. sapa pulak yang rajin kemas neh? tengok-tengok mak. tanya-tanya baru pukul 5 pagi. maaf mak, pagi tu kak penat sangat sebab tu boleh pulak masuk tido balik. hehehe.......pukul 6 bangun balik kan kejutkan hero-hero mak yang liat nak bangun tu.

apa yang paling aku tak puas hati adalah 'kelayakan menerima duit raya tahun ini diketepikan' owh, no! saya masih muda ok. malahan saya satu-satunya anak perempuan mak yang belum kawen lagi. tak kesian ke? hahaha.....rasa macam tak beraya lak bila orang tak bagi duit raya! huhu

paling best bila biskut raya tak habis then aku tapau bawak balik KL. mengunyah di opis di kala otak tepu mengimport data dan penat mengejar orang IT buat kije dan aku dikejar engineer siapkan kije. ponim2.....citer pasal rayalah!

namun jujur diakui tahun inilah raya yang paling sepi di 1 syawal. tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kerjanya basuh pinggan mangkuk di dapur. sampai bila waktu petang aku rasa 'bosannya'. sungguh pemergian ayah amat dirasai. mak pun tak seceria selalu. mak taknak tinggal ngan kitorang kat KL ke? ngeee....boleh gaduh-gaduh ngan kak selalu.

purple theme without amin & as' family
malangnya, di saat kami merindukan kehadiran seorang ayah di pagi syawal yang mulia ni tapi masih ada si Tanggang di zaman serba moden neh. sekarang nak reload pun kena tax 6% tau tapi kasih sayang yang seorang ayah bagi tak pernah bersyarat. kenapa kita mendustakan nikmat & kurniaan Allah yang hebat ini?

tak percaya? baca kisah Tanggang alaf moden neh. kalau ada batu belah batu bertangkup, humban je manusia macam neh kat sana.


tau tak? setiap kali aku pandang lelaki tua aku selalu memandangnya sebagaimana aku memandang ayahku? tahu tak betapa rindunya aku pada ayah yang telah pergi buat selama-lamanya? tapi.....kalian yang masih ada ayah sanggup buat macam ni? nauzubillah.

hadapi kehilangan. pasti kalian akan merasai erti kasih seorang lelaki bernama ayah.

Cerita Syawal Saya & Dia yang berbeza. Dunia di akhir zaman. Selamatkan kami ya Allah........

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena