THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 4, 2011

terkesima ngan lelaki ini

jumaat CUTI tapi disebabkan aku dianugerahkan sikap bertanggungjawab dan risau dan penakut yang melampau maka aku pergi bekerja tanpa bayaran. orang lain CUTI weh.....engineer cakap 'send email before pukul 12. kerja mudah copy paste je tu. dah berapa hari neh'. holas, kije mudah. aku kije tak sampai sebulan lebih, product apa yang ada kat situh pun aku tak kenal lagi. meraba dalam terang aku buat kije. sampai mata pun dah bengkak-bengkak ngadap pc. serius, aku ni susah sikit nak diajar sebab zaman belajar dulu aku yang selalu mengajar dan pending bila terima arahan sebab selalu aku yang memberi arahan. begini rupanya bila terima arahan......haha

habis kije semalam, aku mengheret si kuningku menuju ke gombak. siap order nasi tengah hari lagi. lapar sebab dah beberapa hari tak menyantap dengan penuh selera dan nafsu sebab memikirkan kerja yang tak siap-siap. biarpun hanya berlaukkan telur goreng(saya tak suka makan telur, tapi bukan bermaksud saya tak makan). wah, berselera macam orang batu first time jumpa nasi la.

misi ke gombak bukan untuk saja-saja. wanna jumpa pakwez handsome la. siyes, terkesima dengan lelaki-lelaki ini. mula-mula sopan boleh buat calon suami. lama kelamaan dia makin menunjukkan belangnya. ingatkan aunty mie yang ada belang tiger neh dah boleh buat dia gerun. takdaknya. suka-suka hempuk muka aunty mie. huwaaa....aunty mie selau tinggal umah mama as & umi tie. anak-anak sedara yang selalu aunty mie wat main perempuan. dengan umi teh, aunty mie perlu berseronok dengan budak-budak lelaki....

ahmad muaz aunty mie bagi 99% performance. baik. tak banyak ragam. tapi ahmad irfan....huwaaa. tension aunty mie. tapi....aunty mie seronok. seronok kacau korang.

hehe....sedang bersiap nak pergi keluar makan pizza. hari ini aunty mie belanja! sebab zaman belajar dulu umi korang selalu support aunty mie. dalam apa jua perkara, SHE IS MY BEST SISTER & FREN. thank you....sofiah

terkesima sekejap aunty mie dengan ahmad irfan & ahmad muaz....begini rupanya ada anak. sebelum ni feel ngan anak perempuan, ini dengan anak lelaki. boleh tahan. haha

jom, pergi makan!



2 comments:

JIJI YU said...

ahah dah lame2 baru bertukar wajah eh..ehehe

Ameena Muktar said...

bertukar wajah? masih sama je rasa.....xpaham.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena