Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 1, 2011

owh hidup anak mak neh......

saya tak rasa demam kali ini akan pulih dengan cepat atau sebaiknya. hidung neh asyik nak keluar mukus aje. haha......masuk opis, aircond. kalau aku tahu kat mana remote kontrol benda alah tu, memang aku wat 37darjah celcius. batuk-batuk makin menjadi-jadi. macam nenek tua je. nasib baik opis floor besaq. setakat aku batuk, orang tak ambil pot. tapi bila aku jatuhkan keyboard tadi, gila malu......tak boleh duduk diam

kerja tak siap-siap. aku rasa 24 hours sehari, 18 hours aku mengadap pc.......berhenti solat  dan tidur je. huahuahua....saya tak mahu hidup macam robot yang diprogramkan. saya tak mahu jadi workholic. malahan saya bukan iron girl(wah girl. hehe...saya mungkin dah tua, namun hatinya masih jiwa remaja) saya hanya gadis biasa yang slow dan kadang-kadang sengal(inilah rasa saya bila menulis entry ini). tapi saya bukan lemah lembut......cuma sometimes agak pending bila diberi arahan(selalu saya je yang beri arahan. huhu)

kalau boleh jadi surirumah sepenuh mase....after 20 years eh. sekarang saya nak rasa susah sakit letih penat malas hidup bujang sambil bekerja. tapi sekarang macam dah....macam dah penat je. mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia, sampai hampir terlupa dengan hakikat keperluan akhirat. inilah yang paling aku sedihkan. jangan khayalkan aku dengan kehidupan duniawi sementara ini.

sedang belajar menghargai hidup......owh, menghargai insan yang aku sayang. mak & laptopku. hehe. siapa yang boleh ubah rutin hidupku neh? saya lebih sukakan dunia belajar sebab saya suka feel membaca buku dan buat assigment. insyaAllah, moga akan tiba waktu itu.....nak pergi oversea boleh tak? mak, kawenkan kak cepat-cepat......haha . syarat untuk pergi oversea.

something missing in my life. in my heart. what is it? i dont know. entry ini sekadar coretan kosong budak demam yang rindu kat mak. takde orang nak sibuk-sibuk suruh makan ubat. mak dok jauh. nak telefon mak pun tak sempat. konon busy je....owh, hidup!

 bahagia jadi kanak-kanak. takde masalah. hidup gembira, menangis bila kena marah. seronok jugak jadi anak kucing. orang bagi makan lagi.....xpayah ambik sendiri. silap gaya makanan kucing mahal daripada makanan tuannya. owh anak mak neh.....mata berpinar-pinar, hidung soksek, hati sedih, badan penat. nak balik kampung......=)

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena