Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, June 13, 2011

Mood Saya Memang 'PELIK' Bila Waktu Pagi

nak kata pelik rasanya saya normal je. tapi bab Ratu Moody boleh la serah kat tuan punya badan neh. bila nak berubah masyitah pun tak tahu. sejak zaman sekolah sampai masuk universiti pastu dah masuk alam pekerjaan mood masih tak berubah-ubah. pagi-pagi mesti 'PELIK' walaupun ada perubahan la sikit.

zaman sekolah
'jangan tegur aku time pagi sebab aku tension. nanti aku marah orang'

zaman universiti
'jangan banyak tanya ngan kak tah pagi-pagi. bengang neh'

zaman kerja
'jangan cakap ngan aku bila pagi. aku dah under depression dah neh'

bila masyitah boleh berada dalam keadaan ok untuk bercakap?

balik sekolah.

balik kuliah.

balik kerja.

apa nak jadi la. kenapa aku membesar di bawah tekanan sokmo neh. nak kata mak ayah aku dera aku, takde la pulak. siap ikut je kehendak yang aku buat sampai kadang-kala aku sendiri rasa aku la anak yang paling banyak ragam. kenapa ye?

sekarang sampai tahap aku rasa taknak pergi kerja, aku akan baca Al-Fatihah sepanjang masa. Solat hajat minta diberi kekuatan dan semangat dalam mengharungi hidup. even ada engineer yang jeling-jeling aku naik lewat sikit bila turun solat, aku dah taknak kata apa dah. semoga aku diberi petunjuk dalam menghadapi ujian ini....ketenangan itu pasti ada. kita yang kena berusaha mencarinya. mungkin aku masih lack something in my life.

*sebab moody punya pasal, hari ni masyitah tersilap jeling kat 'abang good looking' kat opis. lama pastu baru sedar. sume orang aku tengok macam nak terkam. tak padan ngan budak baru je....hehe....sempat nak menggatai tu. saja-saja je.......hati saya milik Allah. may Allah show me the right person wif the right time.

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena