Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 2, 2014

Selamat Hari Lahir Abang


esok hujung minggu tapi saya tak rasa bercuti pun. pagi-pagi dah kena pegi kpj specialist hospital, mengadap doktor. yeay, nak tengok baby! then terus ke kuliah. harap-harap esok kami dapat keluar awal dan semoga ibu dan baby berada dalam keadaan sihat walafiat. doa saya semoga saya selamat melahirkan little caliph ni. dua-dua sihat dan sempurna segalanya. doakan kami yer.

minggu ni saya masih lagi bergelumang dengan kesibukan dan keletihan yang semakin sarat. tido malam pun si kecik ni asyik buat kije je dalam tummy ni. bagus, kadang-kala kalau terlelap sekejap mesti terkezut. budak kecik ni menendang-nendang. mana tak penat ibunya ni. tapi, pengalaman ini amat menyeronokkan walaupun agak memenatkan. heeee.......susah nak cerita kat sini. yang pasti secara automatik naluri keibuan tu kita dapat rasakan sendiri. saya tak boleh tengok gambar kanak-kanak, tersentuh rasa hati ini......its so special feeling. 

dan bulan April bulan 'kami'. hehehe...selepas birthday saya, 29 April birthday baby besar saya lak. hari birthday dia saya buat tak tau jer tapi sebenarnya saya dah selit kad dalam beg kije lelaki tu. tapi Abang tu memang. tak dibukaknya beg dia. saya jugak yang kena bagi arahan suh bukak. aish....tapi kesian. hari birthday Abang saya kena naik KL meeting. memang ke sana ke mari sampai sakit kepala. kol 10malam baru sampai umah. ngeeee...sorry Abang

watever its is saya beli satu slice new york cheese cake untuk Abang without sharing with me. ok la tu. beli sebijik buat bazir ja. pastu belanja Abang makan KFC. hadiah untuk Abang tahun ni yang kat dalam perot ni ye. ehehehehe.....

pantang nampak ayam.....

cake kecik untuk Abang dengan kasih sayang yang besar...huahuahua
doa sayang semoga dianjangkan usia dan dimurahkan rezeki serta senantiasa di bawah rahmatNya.

We love you!


Selamat Hari Lahir ke-32 Abang!

# orang takkan pernah senang melihat orang lain senang. simple keyword, biarkanlah....sekurang-kurangnya saya cuba bukan sekadar berkata-kata. yang menentukan adalah Dia, jatuh bangun seseorang. jangan berhenti berusaha. Allah bagi sesuatu cepat atau lambat kerana Dia Maha Mengetahui.

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena