THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 19, 2014

Selamat Hari Guru

maaf, entry ini agak terlewat dari tarikhnya. bukan terlupa namun kekangan masa dan kesibukan yang melanda menyebabkan saya sekadar mampu melihat sahabat-sahabat yang bergelar guru meraikan hari indah ini.

dedikasi pertama selamat hari guru saya hadiahkan buat mak dan arwah ayah saya yang menjadi guru pertama dalam hidup saya. orang yang mengajar saya dari kecik hingga dewasa. makan , minum, membaca dan semuanya. mengajar saya erti kehidupan. terima kasih mak ayah atas kasih sayang yang melimpah ruah dan tak terhingga. tapi ayah dah tiada namun kenangan itu senantiasa berada dalam hidup kami. tiap-tiap tahun ayah mesti bawak balik hadiah sebab ayah saya sebenarnya seorang guru. guru matematik. sebab tu anak dia ni suka matematik. hekhekhek..... 

dan dedikasi ucapan selamat hari guru & 'terima kasih cikgu' juga saya tujukan buat guru-guru dan pensyarah yang pernah mendidik saya secara langsung ataupun tidak di SK Tanah Merah, SK Seri Payong, SMKA Wataniah, UniSZA, UiTM Shah Alam, UTHM & UTM. semoga Allah gandakan dengan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah buat guru-guruku ini. amin......

dan juga buat semua mak sedara & ayah sedara & kakak serta sepupu yang bergelar guru. Selamat Hari Guru (kak long, mak cik, che ngah, ayah ngah, cik da, ayah da,acu dah, ammu, ayah su, che su, k.long nida, k.nik, k.cik, abg teh, k.long iffah, ammar, ira dan sume la. ramai sangat. anak beranak keturunan cikgu cam gini la. baru mak sedara n sepupu ni....adoiii) . 


dalam family saya nampaknya hanya kak long & sofiah ja yang mewarisi kerjaya perguruan. saya memang berjiwa pendidik namun belum masanya lagi. kalau ada rezeki insyaAllah tak ke mana. mendidik tidak menunggu untuk menjadi guru malahan menuntut ilmu juga tidak bergantung kepada faktor usia. segalanya adalah proses yang akan dilalui sepanjang hidup. insyaAllah walaupun saya sedar dan mengerti ada yang cuba menjatuhkan dan meremehkan usaha saya untuk belajar di kala meniti kerjaya namun saya berpegang kepada satu perkara ' saya mencari ilmu, menunaikan janji pada arwah ayah & mengecapi kepuasan'. 

model yang mencari ilmu setelah berkahwin dan bekerja sesuatu yang biasa dalam hidup saya. kak long saya Alhamdulillah dah bergelar guru dan pegawai PPD walaupun berhempas pulas menjadi isteri dan ibu sewaktu di UUM dulu. malahan kakak dan abg ipar saya selamat bergelar engineer dan usahawan walaupun bernikah di usia muda sewaktu di UIA & UDM dulu dan mereka bekerja. malahan mak sedara dan pak sedara saya berjaya bergelar guru balik dari mesir walaupun berkahwin di usia muda. lebih baik kawen daripada dok bercinta sakan masa belajar. duit habis tapi hasilnya entah ke mana. dan paling dekat dengan saya sekarang ni, kakak senior saya di ofis. diam-diam anak tujuh dah siap degree baru-baru ni. pesan dia kat saya ' persetankan kata-kata orang yang takkan pernah senang dengan apa yang kita buat. janji kita tahu apa yang kita nak'.

saya pun tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. saya hanya mampu merancang namun Allah yang menentukan. mak dan abang penguat semangat saya untuk meneruskan cita-cita ini. insyaAllah. dan terima kasih untuk lil caliph yang yang sudi mengikut ibunya ke kelas. yeah, kami hanya ponteng sekali je kuliah. itupun sebab kami masuk ward. ya Allah, semoga ilmu ini diberkati dan menjauhkan kami dari rasa bongkak berilmu. amin.... 


# dan ada yang seakan risau saya sambung pengajian dalam bidang IT. hahaha....jangan risau, saya buat course lain la. nak belajar pun besar cabaran dengan manusia di sekeliling kita kan? 

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena