Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 7, 2014

Coretan Mengandung Saya 3

First at all, I wanna say Alhamdulillah for all the those beautiful and miracle things that happen in my life. so many things that I never expect to be faced but as Allah promises to give the strength to anybody as long as to those who always has patient. InsyaAllah, He will not leave us alone.

dalam sedar tak sedar hari Sabtu lepas kami ke KPJ Speacialist Hospital untuk check dengan pakar O&G, Dr Siti Esah yang sangat lemah lembut orangnya, the little caliph dah masuk usia 29 weeks dengan berat around 1.3kg. memang excited bila boleh tengok baby. dan the most thing yang Abang tak boleh terima bila saya cakap 'the baby i think looks like me'. ehehehe....serius dia sangat tidak berpuas hati.

masuk minggu ke 29 jugak my tummy pun makin membesar. I gained weight about 10kg and guess what. Abang so happy dan cakap tambah lagi. ekk? saya takut lepas bersalin nanti tak turun-turun but he said 'ok what?'. owh? 

'so Abang sebenarnya tak suka la sayang yang kurus ni?'

'mana ada. Abang suka je'

no complaint after delivering our baby, im not the one i used to be. hahaha....

actually, saya sebenarnya senang untuk bercerita tentang penyusuan ibu untuk baby bagi entry kali ini. sepertimana yang tersedia maklum ibu-ibu digalakkan menyusukan bayi sehingga usia 2 tahun. atau sesetengah pendapat 2 tahun 6 bulan. oh,yeay! satu cabaran buat wanita yang bekerja dan masih belum habis sekolah neh. ehehehe.....

tapi dari awal mengandung, saya memang berniat nak menyusukan little caliph kami. nampak macam banyak halangan dan cubaan yang perlu dihadapi namun bila baca kesan-kesan pada ibu dan bayi disebabkan penyusuan ini saya mula bertekad. insyaAllah, saya cuba. kakak sy memang bersungguh-sungguh nak bagi baby dia menyusu ibu. saya pun nak kena ambik semangat dia ni.

kenapa beria sangat nak menyusu badan? dah tak mampu nak beli susu formula? haa...tudiaa. mampu atau tidak, rezeki di tangan Allah. dah rasa tak mampu beli la susu murah sikit but i told you susu tin kecik pun harganya RM50 ko. hambek! saya bukan kawen dengan tokey bank negara. tapi bukan itu sebab utamanya walaupun sebenarnya saya akui, memang isu ini juga akan menjadi perkara berbangkit dalam belanjawan kami. itu normal tapi saya percaya anak itukan rezeki daripada Allah.

tapi apa yang ingin saya kongsikan di sini walaupun tak banyak harap mampu memberi kesedaran dan manfaat buat kita bersama.

untuk little caliph
  • bekalkan nutrien yang baik dan dalam kadar yang mencukupi. malahan kandungan susu akan berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • susu ibu mengandungi nutrien tertentu untuk perkembangan otak bayi. nak litle caliph jadi cerdik tak? ehehehe...
  • menguatkan imuniti bayi. insyaAllah, bayi terlindung daripada jangkitan seperti cirit birit, selsema, bronkitis, radang paru-paru (nauzubillah).
  • mencegah masalah alahan (asma, ekzema, kolik bayi)
  • susu ibu tak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • susu ibu memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • the most beautiful thing, melalui penyusuan ekslusif ibu ia membina jambatan interaksi sepenuhnya antara ibu dan bayi serta meningkatkan hubungan kasih sayang. uhuhuhu.....
untuk ibu
  • membantu mengecutkan rahim serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal.
  • kurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
ini antara maklumat yang sempat saya jeling-jeling dan most that i keep reading about. memang wanita yang bekerja, belajar & berkahwin memerlukan satu komitmen dan semangat yang tinggi. insyaAllah, tiada yang mustahil kalau kita berusaha dan bergantung harap kepadaNya kan. kadang-kala saya pun hampir collapse ke sana ke mari dengan perut yang memboyot, meeting, assignment dan kuliah yang tak pernah habis tapi Alhamdulilllah. Allah bagi kekuatan pada saya untuk menjalani semua cabaran itu. semoga anak saya juga keluar membesar menjadi insan bertakwa dan kuat menghadapi apa jua rintangan. amin.......

tapi, dalam perkembangan sekarang penyusuan ibu-ibu kebanyakannya dibantu oleh breast pam. wah, bunyi menarik. harganya pun sangat-sangat menarik. banyak jenama yang dijual di pasaran seperti madela, autumnz, malish, snow bear, avent dan pelbagai lagi dengan nilai yang boleh mencecah puluhan ke ribuan ringgit pakejnya. dun worry, semuanya bergantung pada pakej dan mekanikal function pam ni. kalau yang manual tanpa pakej hanya puluhan ringgit tapi untuk yang berfungsi secara electric atau menggunakan bateri harganya lebih tinggi bergantung kepada jenama dan pakej yang ada. saya masih tercari-cari pakej yang sesuai dan mengumpul dana jugak. hahaha...lagipun saya belum pasti kondisi saya nanti macam mana. saya harap saya berjaya memberi penyusuan ekslusif buat little caliph nanti. ada masa nanti saya kongsikan di sini yer. masih menimba pengalaman dan menggali ilmu tentang aspek ini.


# baby kurang aktif dari semalam hingga ke pagi ni. mesti sayang penat menunggu bapaknya datang menjemput kami berdua. huhuhuhu.... be strong, sayang. its just about 73 days to meet us. we love you so much. muwaah! (gaya bapak dia. keh3)





No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena