Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 7, 2013

Rindu buat Ayah

Ayah,

Lama kak tak menulih tentang hati, rindu dan sayang kak kat sini kan? kak  tulis rindu kak untuk ayah dalam setiap doa kak ayah. semoga ayah senantiasa bahagia di sana. rindu dan sayang kak, hanya Allah yang tahu. hanya Allah yang Maha Mengetahui......

Ayah,

Masa godeh-godeh facebook tadi tertengok fb arwah ayah. ada lagu yang abang din post kat sana. Lagu 'Pondok Kecil' & 'Ayah'.Erm.....Ayah, rindu kak takkan pernah berakhir dan surut. Betapa kak rindukan ayah. dan sangat rindukan kata-kata semangat ayah. dan janji kak pada ayah masih belum tertunai. masih belum tertunai.......... dan kak takut kak tak mampu nak tunaikan walau jauh di sudut hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa tingginya cita-cita dan impian kak, ayah.

Malahan, semakin dekat hari yang dinanti oleh semua orang. semakin sayu hati kak, ayah. ayah tiada di samping kak. menyerahkan anak perempuannya pada seseorang yang bakal menanggung dosa kak selepas ni ayah. semoga ini pilihan yang terbaik, ayah. inilah doa kak setiap kali solat. hadirkan seseorang yang terbaik untuk kak dan semua orang dunia akhirat , biarpun dia bukan yang sempurna di mata orang lain.


Ayah,

Ramai orang cakap, dia ada iras gaya ayah. semoga pegangannya, kasih sayangnya dan tanggungjawabnya juga seperti Ayah. sebab saya selalu cakap, saya nak kahwin dengan lelaki seperti ayah..... <3 p="">

Ayah,

kak sayang ayah. sayang sangat-sangat. semoga Ayah di bawah naungan rahmatNya di sana. Al-Fatihah.

#okey. saya nak pergi selesaikan isu merah biru dengan dia. aish...jadi minah purple macam saya kan senang. tak tanya pun dah tahu, purple! purple! purple! dia ni kejap biru, kejap merah. aish...


3 comments:

Unknown said...

siapakah lelaki bertuah itu????hehe..lama tak jenguk sini, masyitah dah makin jangok skrg.. haha:)

Ameena Muktar said...

hahaha.....nanti dah tiba masa, masyitah layang kad undangan ye.

mana ada jangok, dok nanar cam dulu jugak la.

Unknown said...

ok2..sy tgu kad jmputan masyitah:)tp jgn bt srentak dgn sy pula..hehe

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena