Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 14, 2008

MENCARI RUANG MENGISI........


assalamualaikum........

dalam meniti hidup seharian, kita mencari ruang mengisi masa. dan saat ini saya mencuri masa meng'create' blog biarpun sedar my last paper for final exam is about 2 hari lagi. huhuhu....really stress, so saya salurkan tekanan itu di sini. ek?

sudah lama tidak mencatit, mengarang or menulis. diari yang di atas meja study tu pun masih kosong. masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin agar tidak menyesal di kemudian hari. tol x? namun, jujur diakui insan yang sedang menaip tiktiktik ni sebenarnya bukanlah seorang yang bijak mengatur masa. hehehe....kalau tak, masakan kelam kabut je tiap kali buat kerja. huhuhu......perlu buat sesuatu ni.

bercerita tentang final exam, huhuhu.....this sem really tough and i dun know either i can mantain my position sepertimana last sem or not. hehehe....takpe la. dah cuba tapi mungkin tidak berusaha sebaik mungkin becoz this sem byk sgt project yg perlu diselesaikan. sykur, 2 final project sudah diselesaikan dan Alhamdulillah, semalam report untuk Electrical Technology selamat submit biarpun terpaksa berhempas pulas selama sekerat hari just nak siapkan circuit analysis. dan sekali lagi saya terpaksa mencari ruang menyiapkan tugasan yg tergendala ini kerana terpaksa menumpukan perhatian terhadap final exam.

insyaAllah, selepas tamat last paper on sunday saya akan mencari ruang kembali untuk menyiapkan satu lagi final project for solidwork. huhuhu....this one should be submited on 20th nov. alamaknya tak tido malam la saya n my partner, farihah(my junior). doakan kami berjaya menyiapkan this project dengan jayanya ek. selepas itu, barulah diri ini akan mencari ruang untuk mengisi cuti semesterku......dan mencari ruang mengisi diri......

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena