Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 10, 2013

Coret Perkembangan Semasa

sekarang musim hujan. ngan banjir sekali. memang terengganu & pahang sedang mengalami bencana alam. semoga Allah selamatkan saudara-saudara kita di sana. berhati-hati main air, takut tenggelam tak timbul-timbul. nauzubillah.

saya kat KL ni pun hujan. dari tingkap ofis nampak jambatan yang dipenuhi kereta. bila hujan, jalan akan sesak. tapi sekarang musim cuti sekolah. kesesakan tak macam selalu. Alhamdulillah. walaupun saya sekarang tak drive pergi kerja, tapi saya menunggu nak sampai rumah ni. jenuh jugak. kejap pening. kejap lapar. macam-macam. nampak gaya hari ni lewat lagi la, mr driver saya macam sibuk ja. balik umah kena jadi mr mama lagi. bertahan ye Abang. sayang dah okey, sayang ambik alih. tapi tak salah kan, sekali-sekala. hakhakhak...terima kasih daun keladi ye Abang.

membaca isu semasa sejak kebelakangan ini, ada cadangan first lady kita dilantik menjadi menteri. ok bai. saya nak tergelak. no komen. saya tak reti main isu politik di sini tapi saya suka baca blog-blog political view. namun satu yang saya tidak nafikan, bila wujudnya unsur kerajaan dan pembangkang maka segala isu yang dilaporkan mesti berat sebelah. berhari-hari saya mengikuti perkembangan berita banjir di televisyen malangnya hanya sumbangan sebelah pihak yang diwar-warkan. takkan takde sumbangan sebelah pihak lagi. agak-agak la, rakyat kan pandai IT. keadilan. sedarkah setiap daripada kita ini adalah tergolong sebagai pemimpin. sesungguhnya, kita bakal disoal tentang apakah yang telah kau pimpin di dunia sebelum ini. masyaAllah.

isu semasa lagi. pasangan pengantin baru berusia 15 & 16 tahun. Alhamdulillah. Islam menggalakkan umatnya menikah. jangan jadikan isu penceraian sebab kahwin terlalu muda. ada yang kahwin masa tua pun bila bercerai turun naik mahkamah berebut harta segala. usia bukan ukuran keteguhan sesebuah institusi keluarga. agama dan keihklasan dalam membina mahligai itu yang penting. dan saya paling tak suka bila kisah sepasang suami isteri muda yang berpisah baru-baru ini dihebohkan dan tanpa segan silu ada yang berkongsi di laman sosial masing-masing. tak kira yang dah kahwin mahupun belum kahwin, jangan terlalu menjaga urusan koyak kain orang. kita tak tahu apa yang berlaku di masa hadapan. nauzubillah. semoga Allah tunjukkan yang baik-baik buat kita semua. bagi saya setakat baca cukup. tak perlu nak mengheboh biar segenap alam mengambil maklum.

dan perkembangan semasa juga, musim hujan-hujan pun masih ada yang nak upgrade status bujang kepada married. tahniah buat semua sahabat. untuk kawan saya yang jauh nun di Kedah sana, yang banyak mendengar keluh kesah saya dari pertama kali menjejak kaki di KL hingga ke Johor balik Selangor then hang pun balik Kedah. bertemu jodoh juga dengan si pujaan hati Alhamdulillah. pesanan penaja, buat majlis biarlah berpada. duit nak guna lepas majlis, bukan masa majlis. saya nikah hari tu aci ada benda basic ja. kalau setakat nak buat pintu gerbang, tq tag la, batch, karokae segala. erm.....adat tak menghalalkan cara. amboi, bukan main menulis. majlis dia dah lepas...hakhakhak

dan kemaskini semasa. saya punya sakan nak balik kampung ikut tema pink dusty. saya yang buat kepoh kaler itu nak combine ngan kaler biru. udahnya saya senyap. saya tak balik kampung Abang saya bertunang. tengah mabuk kepayang cam gini, maunya aku penim time orang dok berpantun nak melamar.

selamat bertunang, bro. hehhehe...maaf la, saya terlangkah bendul. tak sabar. ngeh3...

coret-coret isu semasa...penim. tunggu Abang datang opis. cepat la....huhuhu

saya tanya Abang kenapa sayang saya 'because you are my wife'. kalau bukan bini? tak boleh sayang katanya. pi tanya ustaz. serius, ayat poyo sangat-sangat. dah kering idea sangat la tu. ting tong!

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena