Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 9, 2013

Cerita Nasi Bungkus

lama tak menjengah dan mencoret. bukan tak sudi tapi kesibukan dan kesihatan yang tak mengizinkan menjejaskan perhatian dan keinginanku untuk menulis di sini. makin hampir ke hujung tahun, makin banyak laporan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan. sungguh, hanya kekuatan dan kesabaran yang tinggi sahaja yang saya harapkan untuk bertahan ke tahap ini.

tiap-tiap hari bangun pagi rasa taknak bangun. kepenatan makin membelenggu diri namun sedar tanggungjawab yang menanti, terpaksa ku bangkit jua. hakhakhak....ayat poyo di pagi hari.

semenjak tahu diri berbadan dua, saya rasa entahlah. begini rasanya loya dan mual yang diperkatakan oleh ibu-ibu hamil. dan begini rasanya mengidam yang diomokkan oleh mereka yang pernah merasai nikmat ini. dulu masa bujang cakap nak anak kembar la, nak anak berderet la tapi bila dah merasa sendiri. okey. faham, bukan senang menjadi seorang ibu. saya berdoa saya akan kuat dan kuat dan terus bertahan dan bersabar. yeay!

simptom pertama masa saya tak tahu saya hamil, saya asyik loya dan muntah. masuk minggu pertama saya punya selera makan semua saya nak makan sampai saya tak tahu nak makan apa. semua nak. tapi masuk minggu kedua dan seterusnya nafsu makan saya mula menurun. saya taknak makan semua benda hinggakan saya tak tahu nak makan apa. tapi setiap setengah jam saya lapar. 

saya tak boleh bau makanan dan masak. secara automatik Abang terpaksa bertukar menjadi chef. bukan taknak masak tapi saya tak boleh bau makanan. nak masuk kedai makan pun saya taknak. saya tak mengalami muntah-muntah yang teruk. kadang-kala je saya muntah tapi, perangai mengada saya. saya pening bau makanan walaupun makanan yang saya nak makan.

saya dalam kondisi takut nak makan. kalau makan memang satu badan rasa ntah macam mana. beruntunglah bagi ibu-ibu hamil yang tidak mengalami alahan tapi bersyukur juga bagi bakal ibu seperti saya. besar ganjaran dan pengalaman ini.

mengidam atau mengada?
saya bukan jenis mengidam dan paksa Abang cari sampai jumpa. saya cakap saya nak tapi kalau tak dapat tak apa. tak kisah. cuma teringat je la. hakhakhak.....kalau yang jenis nak sampai jumpa, itu kategori mengada pada saya. saya cuma pantang satu benda. AYAM. kini, Abang yang menjadi peminat setia ayam. menu hariannya kalau boleh ayam. ayam. ayam. naik pening saya menengoknya. untunglah, dia alahan makin kuat jadinya tapi saya alahan makin hari makin susut tahap kesihatan saya. 

lagipun Abang mengajar saya apa yang diidam kalau ada, kita dapat. kalau tak ada kira redhalah. bukan rezeki kita. saya tak kisah tapi macam biasa. ingat je. hehehe...lagipun kalau dapat jumpa pun saya bukan makan banyak pun, tak padan dengan tahap keinginan. sebab tu saya pun taknak melayan sangat. ada ambik,takde takpe. sebab tu saya asyik teringat nasi bungkus yang dibungkus dalam surat khabar lama. kalau kat kampung mesti ada. kat KL ni semuanya pakai polisterin ataupun kertas bungkus nasi warna coklat tu. saya pernah masuk kedai mintak bungkus dengan kertas surat khabar, tapi hampa. hakhakhk...takpe la. takde rezeki...


tapi, dedikasi istimewa buat Abang. terima kasih kerana bersabar dengan karenah saya. makin lama makin banyak saya berfikir. dia mungkin lelaki yang banyak ketidaksempurnaannya di mata insan lain namun kehadirannya amat menyempurnakan kehidupan seorang wanitaku. manusia mampu berubah, ke arah kebaikan mahupun sebaliknya. paling penting, didik diri menjadi solehah sebelum bermimpi mencari seorang soleh. semoga Allah memelihara kebahagian ini sehingga ke syurga.

Terima kasih Abang....

# okey, saya rasa macam nak uwek tapi laporan belum siap lagi. huhuhuhu....

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena