Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 21, 2011

oh, mak! aku pengantin TAK JADI?

 17 march 2011
Alkisahnya bermula pada khamis malam yang lalu, aku dengan begitu excited nak terlompat-lompat bila abang aku cakap 'okey, kita bertolak balik sekarang'. tak sanggup aku nak menahan rasa nak balik kampung sesangat. tak sabar aku nak menanti kenduri yang bakal berlangsung lusa. entah kenapa sampai aku sanggup 'okey, aku drive!'. tak penah KL-JERTEH k! orang muda, darah muda la....


tapi, yang jadinya hampa....hahaha. puteri bongsu cikgu muktar neh tersangat la nyenyak tidurnya di tepi driver. bangun sekali-sekala melalak ganti radio yang tak boleh siaran. ngeh3...abang aku pun, boleh pulak tadah telinga dengar aku nyanyi. heran....suara aku sedap kot. mana tau, lepas ni aku jadi milik orang suaraku bagai emas dah. gagagaga....

18 march 2011
aku terjaga bila terasa keretaku berhenti bergerak. kelopak mataku dibuka. oh, mak! aku dah sampai rumah. hampir pukul 7.oopg. tersergam indah 'rumahku syurgaku'. i tell u,i memang gila kangan mahu balik umah lebih aku kangan pada boyfren....eh...eh....aku takde boyfren la. lupa lak! tapi, sumpah tak tipu aku rindu sangat-sangat. masuk bilik, fuyyo.....kaler purple! memang cukup garam ku berangan cakap aku balik kawen k. ngeh3...


tidoku hanya 2 jam. lepas tu segan la. makcik-makcik datang tolong untuk buat kenduri, anak dara tuan rumah dok buat tahi mata dalam bilik. memang penat sebab seperti majlis-majlis kawen yang sebelum ini, aku ambik tender basuh pinggan

muka penat lepas basuh pinggan mangkuk
19 march 2011
jeng! jeng! jeng! kepuk kepak kepuk kepak kompang berbunyi. aku yang seringkali diusik oleh saudara mara dan orang kampung tersenyum malu. ye la, manis hape pakai kain batik sambil sibuk buat air. malangnya, aku jadi sakit kepala selepas berangan gagah angkat air dalam botol besar. maaf la makcik-makcik semalam, aku pegi masuk bilik tido. bila bangun aku chat kat ym sekejap. kawan aku suruh aku telan ubat. 'awak tahu tak, saya ni tak suka makan penadol?' dan amat tak suka berjumpa doktor. huahuahua...so, calon suami saya semsetinya bukan seorang doktor!


memang meriah majlis kali ini. 2 ekor lembu tumbang. Alhamdulillah, rezeki. dan aku amat terharu dengan kehadiran ramai saudara mara & sahabat handai. namun, kecewa sebab takde kawan-kawan aku yang hadir. mana nak datang kalo buat hari lagu ni. walaupun sekarang cuti sekolah, musim orang kawen tapi kawan-kawan kau tu bukan budak sekolah. budak-budak u ok?

persalinan purple....my favourite kaler




tapi, malangnya pertanyaan tetamu yang datang kadang-kala buat aku rimas dan segan. bukan aku yang mintak semua ni, benda nak jadi kan.....kompang tak bunyi-bunyi, tapi benda lain yang bunyi.
'pengantin lelakinya mana?'

'mana pengantin perempuan?'

'majlis anak perempuan yang mana satu neh?'


sasarannya, aku! aku je perempuan yang tak kawen lagi dalam rumah ni. aku senyum je dengan pertanyaan tetamu. baju dah cantik, tapi pengantin pula tak kunjung tiba. adakah aku akan jadi perempuan yang ditinggalkan oleh pengantin lelaki pada hari bersejarahnya?

'oh, mak! aku pengantin TAK JADI?'

itu la jawapan yang aku bagi pada mereka yang dok bertanya mana pengantin lelaki sebabnya pertanyaan mereka buat aku berangan, hari ini majlis nikah aku tapi sebenarnya tidak. hari ini adalah kenduri tahlil dan aqiqah tapi sejujurnya ia begitu meriah dan alhamdulillah majlisnya berlangsung dengan selamat.



inilah bahananya bila aku lambat nikah. tapi, sejujurnya aku merindui arwah ayah di samping kami di hari ini. bagai tidak lengkap hari-hariku tanpamu di sisi ayah.

ayah sempat mewalikan semua pernikahan kakak-kakakku kecuali aku(itupun kalau aku ada jodoh)....=(


stop dreaming, aku tak kawen lagi rupanya semalam.......ala

ada makcik berkenan nak wat menantu tak? haha....promote nampak!
 hahaha....entry ini sekadar gurauan & hiburan untuk mengubat hatiku yang dilanda kesedihan sejak kebelakangan ini.

2 comments:

cikLah said...

waaahh.. slamat pagi pengantin tak jadi!!!!!!!!!
hahhaa.. adeh.. untie mie.. jom kuar mamam.. harini besday kite.. huuhuhu

Ameena Muktar said...

lah....haha...sori x reply msg hari tu, x igt. ngeh3...sy mmg tepon letak kokse sokmo.

heppy befday.....=)

semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. bahagia dunia akhirat...

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena