THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 16, 2011

Bila Boring

Sesuatu yang akan aku pegang dan belek setiap kali keluar jalan-jalan
Telefon
(bukan sbb tunggu panggilan or kena update keberadaanku pd mana2 boyofren, tp habit tgk jam & takut2 mak telefon. Tak angkat kang, mak risau)

Suatu impian yang aku ingin sangat miliki
Mini library kat rumah
(bukan sbb buku byk sgt, tapi aku mmg sangat2 gemar simpan buku zaman2 jepun. Yang sadisnya, baru-baru ini segerombolan anai-anai telah menyerang khazanah bukuku. =( …….harap2 buku2 kesayangan sy korang tak dajalkan ye. Tunggu sy balik hujung minggu ni)

Mimpi yang selalu aku tunggu-tunggu tiap malam
Mimpi kena patuk ular
(hahaha…orang ckp, mimpi lagu tu ada orang nak masuk pinang den. Giler seh…….)

Kereta yang selalu aku berangan nak miliki
Suzuki swift
(tapi, bila ukur baju di badan sendiri aku rasa…takpe la. Biar jadi angan-angan mat jenin je la. Sob…sob..sob)

Kawan paling istimewa
Wan nur hazliza wan abdul kadir
(aku tak tau bakpo, budak yg selalu habis bateri telefon sokmo bila kecek ngan aku ni jugak la jadi kawan baik aku sampai sekarang. Missing memories di smakawa, dear!)

Geng zaman sekolah yang aku takkan lupakan
Leong, diane & wiwie (2shafie)
(pasti kalian sdg meniti kejayaan masing-masing. Teringat impian kita nak mengelilingi dunia berempat. Tak tau korang masih ingat atau tak but those memories always remind me, we are so noty mase tu….haha)

Aku paling tidak suka bila orang jawab
Tak tahu
(tension mendengarnya)

Satu benda yang paling aku jeles ngan kakak-kakakku
Diorang dah kawen
(sumenya dah kawen, aku sorang terkontang-kanting sorang2 ni. Mlm2 takde org nak layan aku berckp time nak tido. Tahu tak, aku takde adik perempuan. Best tapi bila keseorangan gini…..boring pulop)

Gelaran sewel yg anak-anak sedara aku bg kat aku
Tiger
(ayat biasa diorang dengar bila aku marah ‘nak aunty mie jadi tiger ke?’ atau ‘nampak tak aunty mie nak marah neh?’ ataupun ‘bertukar wajah kang!’….hehehe……aku sgt2 suka membuli budak2 tu, akhirnya aku yang dibuli)

Seseorang yang paling aku rindui
Ayah
(Full stop)


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena