THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 27, 2011

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Tak terucap rasanya rindu kak buat ayah. Ayah yang telah pergi buat selama-lamanya. Di mana kanku cari ganti, insan sepertimu ayah. Sungguh, kau tiada pengganti….

Tak tahu kenapa, segalanya masih segar dalam ingatan saat kita bersama ayah. Dan kak tak tahu kenapa, kak bagai hilang tempat berpaut bila ayah tiada lagi biarpun pada hakikatnya mak dan adik-beradik masih kuat menyokong kak atas semua yang kak lakukan. 

Mungkin benar, kak masih lagi tidak berubah seperti dulu walaupun usia sudah meningkat. Hahaha…kak masih ‘anak manja’ ayah walaupun pada hakikatnya kak bukan manja pada fizikalnya, namun emosinya dan hatinya.

Ayah pergi meninggalkan anak-anak perempuan ayah dengan seseorang untuk mereka berpaut bergelar suami kecuali kak, kan……inilah yang selalu kak guraukan bersama mereka ayah tapi di hati, kak benar-benar maksudkan. Hikmah apakah di sebalik semua kejadian ini, ya Allah…. Dan kak benar-benar maksudkan dulu bila kak nyatakan, kak nak hidup dengan pilihan mak & ayah.

Ayah, semenjak ayah pergi kak bagai hilang sesuatu dalam diri. Apakah itu, sampai hari ini kak masih mencari. Maafkan kak sebab membuat 'pilihan' ini ayah. Bukan enggan menunaikan impian ayah, tapi kak sedang mencari semangat kak yang hilang pergi bersama perginya ayah dari hidup kak.....
Kak terlalu merindui ayah....dan andai suatu masa nanti hadirnya seseorang, kak mohon agar insan itu sepertimu, ayah walau kutahu kau tiada pengganti.





No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena