Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, January 23, 2010

BINGKISAN RINDU SEORANG ANAK GADIS.....



Buat mak, dalam keheningan malam kak kini dikelilingi suasana yang amat menghimpit perasaan yang benar-benar menggamit kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Dan kala ini, sungguh hati ini rindu menatap wajah kasihmu. Mak kita berjauhan walaupun berdekatan kerana setiap detik yang berlalu kak tak mampu menidakkan kerinduan ini.

Buat mak, bingkisan rindu ini kak tujukan istimewa untuk mak. Untuk mak yang telah membesarkan kak sehingga kak kini hampir mencecah usia 22 tahun, maha suci Allah untuk aturan indah ini buat dua insan yang bergelar ibu dan anak. Pernah terfikir di benak ini, mampukah kak membesarkan permata hati setabah mak?

Buat mak, coretan rindu ini kak lakarkan di ruangan maya untuk menyatakan pada dunia, betapa mak insan istimewa yang menghuni sudut indah di hati insan bergelar anak ini. Biarpun mak tak akan tahu lakaran kasih kak pada mak di ruangan maya ini kerana tahu mak tak pandai main ‘FACEBOOK’ or ‘BLOGSPOT’ tapi kak berharap agar dingin angin malam ini mampu menyampaikan hembusan rindu kak di kejauhan.

Buat mak, tak mampu kak ucapkan dengan kata-kata betapa kak menyayangi dan merindui mak sehinggakan kak tak mampu untuk mendengar suara mak. Semalam pun, sudah cukup untuk mengalirkan mutiara kaca di pipi anak gadismu ini sejurus talian diputuskan. Mak, kenapa kak tak sekuat dan setabah mak dalam menghadapi cabaran hidup?

Buat mak, kak rindukan pelukan mak. Masih terasa lembutnya ciuman mak di pipi kak pada saat terakhir pertemuan kita sebulan yang lalu. Kak redha untuk perpisahan ini, demi mengejar garisan pelangi dan menggapai sebutir bintang. Untuk kak hadiahkan buat insan yang kasihnya tak bersyarat. Ibu……
Buat mak, kak rindu mak………

No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena