Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 25, 2014

Monolog Sepiku

Alhamdulillah, setelah MC lebih seminggu gara-gara ditahan wad hari ni saya kembali ke ofis. walaupun whatsapp bertalu-talu masuk dok isu meeting, bengkel dan laporan saya hanya mengambil pendekatan. cool. saya dah penat berfikir dan mentensionkan diri. biarkan saya buat kerja mengikut flow dan kemampuan yang saya ada sepertimana tiap kali doa selepas solat saya. Ya Allah, jadikan aku isteri dan anak yang solehah, ibu mithali, pelajar cemerlang dari segi sahsiah dan akademik, pekerja yang amanah, komited dan kreatif serta hambaMu yang beriman dan bertakwa. 

dan sudah lama blog ini terbiar berhabuk. sejak disahkan berbadan dua saya rasa saya berubah hampir 360 darjah. semua benda yang saya suka saya tak suka dan sebaliknya. dan saya ingat dah masuk 4 bulan, habis alahan saya akan sehat cerdas dan bertenaga macam dulu-dulu. namun ujian hidup datang bertalu-talu. dan terima kasih untuk kasih sayang mak dan Abang serta adik beradik semua yang tak mampu terluah dengan kata-kata. mungkin saya bukan jenis menunjukkan betapa saya menghargai kalian namun jauh di sudut hati, saya benar-benar menyayangi kalian. di akhir malam, banyak perkara yang bertandang dalam kotak fikiran. sungguh banyak impian dan cita-cita yang saya atur dulu masih belum tercapai. entah mampu entah tidak namun saya tahu dan yakin, semua milik Dia.

sekarang masih di ofis. tunggu Abang. baca mesej di whatsapp. bertalu-talu cerita kerja. tengok laporan dan kertas kerja yang masih belum bersiap. orang dah bayar gaji. sakit ke. terlingkup ka, itulah realiti kehidupan. tengok mesej line, meruntun jiwa. saya harap saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini. nak balik kampung, memang hanya bermimpi. hujung minggu saya sudah berisi dengan kuliah kuiz dan test segala. memang ini yang saya dah jangkakan untuk 2014. selamat berjaya masyitah aminah!


tiba-tiba rasa rindu pada arwah ayah dan emak di kampung. mereka penguat semangat hidup saya dan kasih sayang mereka tiada tandingan.






No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena