THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, February 25, 2012

Ini Hati Wanita....Mencari Semangat


Hampir sebulan tak mampu dan tidak sempat nak menulis di sini. Kekangan masa, kesibukan menghadapi dunia baru dan kekalutan melayan perasaan. Ini Hati Wanita Masyitah Aminah. Sungguh segalanya menguji hidupku kesekian kali.

Dulu hingga sekarang, aku memang tak suka dengar orang cakap aku MANJA. Haha....what so ever guys. Saya mungkin nampak manja dan lembut, tapi cuba kenali who is Masyitah Aminah. Kalut nak dilayan.

Seminggu di tempat baru. Persekitaran yang baru. Kawan-kawan yang baru. Dan semuanya baru. Tiap-tiap hari saya asyik ingat nak balik. Saya tak ada semangat hendak belajar ni. Tak tahu apa nak jadi ni. Bangun pagi, part yang paling aku tak suka. Semua datang dalam kepala. Mak ayah. Adik-adik. Dia yang telah tiada. Dan sungguh semangat wanitaku bagai terbang bagai tiadanya mereka di sisiku. 

Tapi aku hanya ada satu. Tempat untuk aku mengadu. Memohon kekuatan dan ketabahan. Tempat aku tumpahkan tangisan hati wanitaku. Ada masa aku kuat, ada masa aku lemah. Semua dengan izinNya. Gelombang hidup manusia, ujian itu perjalanan dan destinasi itu akhirat jua. Doaku seusai solat, jangan sesatkan hati lemah ini ke jalan yang tidak Kau redhai. Aku sangat bersyukur, aku mungkin keseorangan di sini namun nyatanya aku ada Dia. 

Just let me laughing, if you don’t want to see me crying.
 
Kadang-kala saya terpaksa berbohong pada orang di sekeliling dan diri saya sendiri. Saya gembira namun nyatanya saya kesedihan. Saya rindukan orang-orang yang saya sayang. Saya bersyukur saya punyai keluarga yang amat menyayangi saya. Inilah anugerah terhebat yang Allah kurniakan pada saya. Kami tak kaya harta, tapi kami kaya dengan kasih sayang. 

Namun, hati wanita ini teruji. Mungkin saya terleka. Ini hati wanita Masyitah Aminah. Tak mudah melupakan tetapi terus mengingatinya. Tak mudah untuk saya terima seseorang dalam hidup saya, dan tak mudah juga untuk saya melepaskannya pergi begitu sahaja dalam hidup saya. Saya Cuma mampu berdoa, andai dia yang terbaik. Allah sendiri yang akan hantarnya kepada saya. Jikalau tidak, saya mohon Allah kuatkan hati wanita ini. Lupakannya. 

My sis   : sejak dulu sampai sekarang, mung ni susah nak pi belajar. Asyik takdop semangat   je. Satu je  mung tak try lagi.

Mie        : gapo? (suara lemah macam hilang laki neh)

My sis   : kawen.

Aku diam. Dari dulu dok suruh aku. Nikah! Nikah! Nikah! Tau tak, sekarang aku dah tak rasa nak nikah dah. Dulu aku buleh reply sambil sengeh2, tapi sekarang aku hanya diam sambil menangis. Tak tahu apa kena dengan aku. 

My sis   : nak suruh mak terima je sapa yang mak rasa berkenan. Sesuai untuk anak dia ni.

Aku diam jugak. Then aku jawab dengan jawapan gila sikit. Hahaha...

Mie        : taknak. Aku taknak kawen! Kalau nak suruh aku kawen, buat citer belakang aku. Jangan bagitau aku apa-apa. Kalau tak, jawapan aku. Taknak!

Jangan ada movie kawen paksa dalam hidup aku pasni. Boleh buat novel kang. 

Hahaha....yes, just let me laughing if you don’t want to see me crying.

I’m simple but complicated.

Semangat, datanglah! Saya nak belajar neh!!!!


No comments:

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
There was an error in this gadget
 

Made by Lena