Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 20, 2015

Cerita bakal ibu Sara Arissa....ahahaha

Melihat si kecik yang sedang terlena di sebelah kiri ni, rasa indahnya dunia. Menoleh ke kanan pada baby besar yabg enak dengan dengkurannya, Alhamdulillah.😍 segalanya sudah cukup membahagiakan. Walau sebanyak manapun kekurangan dan kesulitan yang aku omelkan, hakikatnya Allah sudah memberi yang terbaik untukku. Jadilah manusia yang bersyukur.

Nampaknya usia Adam Sadiq sudah menjangkau 14 bulan usianya. Sudah ada suara-suara nakal menyuruh Adam bermain dengan adik kecil. Mana tahu boleh 'Sara Arissa' pulak. Hahaha .... nakal kome yer.

Saya bersalin secara ceaser. Ye. Doktor menasihatkan golongan yang bersalin seperti kami ini supaya memiliki anak selepas 2 tahun tapi saya ada cadangkan '5 tahun boleh bang?'. Ehehehe..... ingatan pada sakit selepas operation tu macam masih terasa. Teringat masa first time bangun selepas bersalin, sakit dan ngilunya masih tidak dapat dilupakan.

Apa yang saya buat sewaktu pantang dan selepas pantang sebagai seorang ibu bersalin ceaser? Saya mengaku kesilapan terbesar saya dulu adalah saya tidak bersedia seandainya saya bersalin secara ceaser dan saya seakan buntu pada mulanya. What should i do?

1) saya bertungku dan berurut tetapi tidak pada perut. Ibu bersalin perlu dapatkan kedua-dua kaedah ini dalam konteks memulihkan kembali kesihatan dan kekuatan.

2) makan ubat yang dibekalkan KPJ Shah Alam. Saya sangat bagus dalam memastikan saya tidak skip ubat2 tersebut. Haha...nampak tak betapa saya takut ?

3) 40 hari saya masih makan bubur nasi. Saya sangat takut sembelit dan itu antara masalah yang dihadapi semasa saya mengandung dan saya lebih suka mengambil tindakan berhati-hati. 

3) saya pantang makan. Part ni memang saya jaga. Mee kuning. Seafood. Belacan. Dan macam-macam. Selepas setahun baru saya cuba betul-betul bebaskan diri tapi bukan keseluruhan. Sampai sekarang saya masih tak makan mee kuning.

4)air batu. No no no. Tapi baru sebulan ni saya cuba minum air yang sedikit sejuk. Tapi memang akan terasa. Kalau taknak perut buncit jangan minum ais.

5) makan jamu dan madu. Ia sangat bagus. Sewaktu pantang saya minum air gamat. Kemudian saya makan gamat healing. Then saya makan madu termasuk suplement lain but the best is saya makan jamu perawan nz dan jamu janda manja nz. Ok namanya selalu buat saya dan kakak opismates gelak sakan tapi hasilnya memang terbaik.

6) 6 bulan saya tak pernah menyapu.itu pantang larang orang tua dan bidan. 

7) jangan angkat barang berat. Saya memang tak angkat. Bukan malas. Tapi kalau sayang diri. Hari ini mungkin tak rasa tapi bila dah tua. Emmm....

Banyak lagi kot sampai kakak-kakak kat opis cakap 'banyaknya ami pantang'.. segalanya terletak pada diri masing-masing. Saya cuma sayangkan diri dan saya tahu badan saya tak sekuat orang lain. So sedar diri walaupun ada je kekawan yang masa pantang dah makan macam-macam. Siap gonyoh bilik air. Hohoho...kalau kita tak sayang diri sapa lagi?

Ini serba sedikit yang sempat saya kongsikan. Mungkin ada lagi tapi saya terlupa untuk taruk kat sini sebab saya mengarang guna aplikasi blogspot di hp. Malas nak bukak laptop. Penat jejalan dengan diorang tak hilang.

Whatever it is, Alhamdulillah.😍 Ada rezeki dapat Sara Arissa why not....kikikiki... janji kena kuat teman ibu pegi kuliah macam Adam Sadiq.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena