Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 19, 2014

Cerita Demam, Suspek Hamil & Third Trimester

semalam merupakan hari yang agak tingtong bermula pagi sehingga malam. entah apa yang tidak kena awal-awal pagi saya sudah sesat di highway untuk ke ofis KL. bukan tak pernah pergi malahan itulah laluan untuk saya pergi ke kuliah namun kejadiannya bila keluar Tol Duta saya sesat sekali lagi. adoi....sedar-sedar depan Sogo. oit, its not the right time for shopping la. so pagi-pagi saya berjaya tawaf Shah Alam & KL dengan gumbiranya. nasib saya baik, musim cuti sekolah. so kesesakan lalulintas adalah tidak seperti hari biasa. terima kasih anak-anak murid dan cikgu-cikgu yang dah balik kampung. damai sekejap KL ni. huhuhu...

maka selepas siap urusan saya di ofis KL saya kembali ke ofis Mentari. okey waktu ni saya rasa demam saya dah lain macam. ye betul! sehingga ke petang saya rasa muka, mata dan kepala saya berdenyut dan tak mampu dibuka. penangan demam selsema. saya bergegas pulang namun tersadai di parking Giant Sek 13 menanti handsome boy balik ofis. kehkehkeh...jawabnya saya menyerah diri ke klinik jugak. dengan muntahnya , doktor dengan selamba bertanya.

'awak mengandung kot?'

oit. tadi dah cakap kita baru bersalin 5 bulan yang lepas. dan dan je. Abang tetiba gelak. saya yang sakit ni menempelak.

'apsal abang gelak?' depa ingat buat anak ni macam buat kuih? amanahnya terlalu besar dipikul. percayalah. itulah saham akhirat untuk kita. huhuhu...

dan itulah cerita demam saya pada tahun 2014. saya rasa tahun ini merupakan rekod terbaik dalam catatan hidup saya. sejak awal tahun sampai akhir tahun, hanya cerita demam dan suspek hamil. walau bagaimanapun saya menganggapnya sebagai kafarah di atas dosa-dosa saya sebelum ini. Alhamdulillah, saya terimanya dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga untuk Abang dan Mak yang senantiasa berada di sisi saya saat sakit dan sihat.

dan menyambung cerita third trimester kehamilan saya, waktu ini dikira sebagai waktu yang agak membuka selera saya. saya pantang jumpa makanan saya makan dan makan. alhamdulillah, rezeki baby. ada ja makanan yang datang menyinggah. dan saya juga bersyukur setiap kali saya mengikuti pemeriksaan antenatal, Abang tidak pernah ketinggalan bersama saya. so hobi kami adalah menimbang berat badan saya. ehehehe.....dan soalan yang Abang suka tanya doktor adalah:

'berapa berat baby kami?'

setiap kali saya menjalani pemeriksaan antenatal, maka ujian ultrasound akan dilakukan. antara tujuan ujian ini adalah untuk memastikan kehamilan, pendarahan vagina, menentukan usia dan size, mengesan ketidaknormalan, kedudukan uri, air ketuban dan lain-lain lagi la yang boleh dibaca. ehehehe...

apabila memasuki third trimester, pemeriksaan sebulan sekali bertukar 2 kali sebulan. dan saya perasan sewaktu usia kandungan saya 8 bulan doktor tidak lagi memberitahu size baby saya. kami pun terlupa sebab bila jumpa doktor benda lain pulak yang dibincang. nak-nak dalam usia 35-37 weeks saya selalu mengalami braxton hicks yang menyebabkan saya rasa, dah nak bersalin ke ni? hehehe....sebab saya tidak punya pengalaman menyebabkan kadang kala saya agak terkeliru. dan pagi sebelum saya bersalin, sewaktu pemeriksaan bila ditanya anggaran berat baby, Doktor saya agak terkesima 'baby awak ni anggarannya 4.4 kg.' mak ai, besornya. hari tu setiap kali kami tanya doktor akan bagitahu jangan risau baby awak lahir nanti 2.8-3.0kg je.

dan berat badan saya bertambah bagai dipam-pam. just imagine 2 minggu bersamaan 2kg. kehkehkeh....selera saya semakin bertambah. apa lagi, diberi minum air gula la untuk mengesan diabetes gestasi. mujurlah air gula saya berperisa oren dan sejuk. bila keluar saya cakap kat abang 'sedap jugak airnya'. hehehe..tapi yang menyeksakan adalah saya perlu berpuasa bermula pukul 12 tengah malam sehinggalah 12 tengah hari. pukul 1 ptg bila dah dapat jumpa makanan memang saya hadap sesungguhnya. kesian baby kelaparan. hehehehe....keputusannya saya hampir kena kecing manis tapi doktor cakap 'bertenang. baru 7.8. hanya perlu berjaga-jaga'. ek? saya sangat risau sebabnya parents saya mempunyai kencing manis tapi doktor saya sangat cool. 

GDM ataupun bahasa mat sallehnya Gestational Diabetes Mellitus boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja walaupun ibu mengandung itu tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis apatah lagi yang memilikinya. yang merisaukan saya adalah parents saya penghidap kencing manis. walaubagaimanapun, Alhamdulillah doktor tak isytiharkan saya penghidap kencing manis sehinggalah saya bersalin even ada jugak terpikir bila doktor cakap baby saya besar. emmm...orang cakap ibu mengandung yang ada kencing manis selalunya baby akan besar dan doktor dah siap-siap bagi tarikh bersalin. jawabnya 38weeks dah boleh jalan la. huhuhu

sewaktu kandungan saya memasuki 35 weeks pula saya hampir ditahan wad dan doktor menasihatkan saya menyerah diri. beberapa kali ujian CTG dijalankan untuk mengukur kadar denyutan jantung bayi dan kontraksi. dan Abang senantiasa gigih menemani saya. sempat jugak Abah bambam tu cakap 'kalau cam gini la jadi doktor sakit puan, memang dari dulu Abang dah jadi doktor'. amboi! tak jadi nak bersalin kalau mendengarnya. huh! hehehe

namun saya pujuk baby supaya bertahan dan bersabar. sekurang-kurangnya biarlah saya melepasi 36 weeks bagi mengelakkan kelahiran pramatang. malahan kalau bayi pramatang yang tidak mencapai berat 2.0kg, maka bayi akan diletakkan di dalam incubator. saya tak sanggup. dan Alhamdulillah, anak ibu mendengar cakap. tepat 39week 1 hari, Adam Sadiq menjengah dunia.


menceritakan detik-detik membawa Adam Sadiq ke dunia, saya sambungkan pada next entry. bila dah bersalin ni baru boleh nak menulis. waktu pregnant dulu memang tak berapa nak selera menghadap penulisan. macam-macam!

Wednesday, December 17, 2014

Cerita Demam, Hamil Lagi & Second Trimester

hari ke-4 saya demam . aircond dalam bilik ofis ni kejap on dan kejapnya dioffkan. okey lagaknya macam saya sedang mengalami simptom morning sickness. lagi? Adam Sadiq baru 5 bulan kot. dah ready Adam Siddiq ke?

sebenarnya, apa yang anda baca itu BENAR. saya sedang mengalami simpton tidak sihat sekarang ini. mungkin ini nikmat dan ujian untuk kami sekeluarga. walau bagaimanapun saya terima dengan redha walaupun harus saya akui ia agak mengganggu waktu tidur dan waktu dini hari saya. sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. namun saya yakin dan pasti, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang terjadi. Alhamdulillah....

dan sememangnya BETUL saya tidak sihat disebabkan penangan Abang. kesian Adam Sadiq kami. luluh hati saya melihatnya merengek namun apakan daya, ibu tak mampu nak menolaknya. kami dijangkiti virus selsema hasil bawaan Abah Adam Sadiq yang bambam. huhuhu...

sebenarnya minggu lepas saya balik kampung bersama Tokwan Adam Sadiq. disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakkan kami terpaksa meninggalkan Adam Sadiq untuk seketika. dalam jangka masa yang pendek ini Abang demam dan selsema yang pada hati seorang isteri ini 'Abang bukan demam biasa sebab dia agak mengada-ngada'. Abang akan lain macam sikit bila demamnya sedikit teruk. maka, berjangkitlah virus selsemanya kepada Ibu & Adik. dan bila saya di KL dan Adik di kampung. Demam selsema kami bertukar menjadi demam rindu. huhuhu.....bukannya saya demam pembawakan budak. agak-agak la kot. saya belum hamil lagi sekali la! aish! sabar!

tapi sejujurnya ada rasa rindu bertandang pada saat-saat menjadi ibu mengandung itu. menyambung kembali kisah trimester kedua saya, waktu ini saya semakin bertenaga berbanding trimester pertama. selera makan saya mungkin bertambah tetapi tidaklah sehebat mana. sekadar sebulan bertambah dalam 1kg itu tidak merisaukan pada perkiraan saya.

waktu ini juga saya sudah mula mencatat dan membuat senarai apa yang perlu beli. berapa perlu ada. dan di mana. bab di mana itu saya suka survey di internet, berjalan di kedai-kedai bayi atau masuk ke jualan gudang mahupun mom & baby's expo. window shopping sahaja. sebab perangai saya, saya suka tengok barang dan survey harga. lepas tu baru decide nak beli ke taknak. bila kita dah pegang duit sendiri baru kita rasa jerih perih mencari duit sendiri. tapi kalau kita sudah terbiasa meminta atau mendapat daripada orang lain saya kira membeli belah tanpa tapisan bukan sebarang masalah. dan saranan saya bagi ibu-ibu yang suka membuat bajet seperti saya untuk membeli sesuatu ada beberapa tips untuk membeli barang bayi yang saya praktikkan untuk bayi sulung saya ini.

1. pastikan jantina bayi anda. saya mula membeli apabila jantina bayi saya mula dikesan seawal minggu ke-22 kalau tak silap saya. dan terbukti naluri seorang ibu itu memang kuat. setiap kali saya melihat barang bayi mesti saya sibuk nak mencari barang babyboy. dan hati saya seakan-akan berkata 'this is boboi'. Alhamdulillah, keluarlah Adam Sadiq seperti sekarang. bolehlah membeli belah dengan senang hati. tetapi jika tidak dapat dipastikan jantinanya, saranan saya belilah barangan yang sesuai untuk baby boy & baby girl. of course i think pink kaler is not necessary to be one of the option in this situation rite? walau bagaimanapun kembali kepada dasarnya, baby saya sihat walafiat itu lebih disyukuri & diraikan.

2. pastikan anda mempunyai satu book note untuk mencatat keperluan+kehendak yang ingin dibeli. catatan saya memang senantiasa dalam handphone saya. kadang-kala tengah meeting atau makan bila teringat atau terpandang sesuatu yang boleh memberi idea saya akan terus masukkan ke dalam checklist yang dibuat. so saya boleh update checklist saya wherever & whenever I want. haaaa gitu..... bukan apa kadang kala bila berjalan beli barang terserempak dengan parents bawak anak. masa itu kita boleh nampak some real scenes. ehehehe....waktu tu datang la idea yang mencurah-curah. ahaks...

3. jangan terburu-buru membeli. bagi mereka yang suka membuat bajet macam saya ni, saranan saya buatlah perbandingan harga & kualiti sebelum membeli. kita ada jaringan internet yang luas dan merentas global untuk mencari maklumat sesuatu barang. paling tidak tanya pakcik google. macam-macam la keluar nanti. selain itu, anda boleh melihat pelbagai jualan atau pilihan tempat yang menawarkan harga yang berpatutan untuk barangan baby melalui facebook/majalah/blog ataupun melalui seniors yang suka membawa info 'next week ada jualan gudang!'. ehehehe.... Alhamdulillah walaupun saya suka menengok itu ini tapi saya tidak mudah terbabas untuk membeli belah mengikut nafsu. ehehehe...

4. beli sedikit demi sedikit. ada orang-orang tua pesan bila menyiapkan barangan bayi jangan terlalu beria takut kecewa. sebab tu saya excited membuat checklist namun saya tak beria membeli sehinggalah saya mengetahui jantina bayi di dalam kandungan. saya mula beli beberapa pasang baju bayi ketika sales di Baby Outlet Sunway. at first on da track la sebab kalau tak silap hari tu saya punya checklist baju baby 10 pasang ja. tapi sebab beli sikit demi sedikit akhirnya terbabas jugak. kehkehkeh....bukan apa macam saya kalau dihimpun dan dibeli sekaligus pada trimester kedua ni rasa macam terlalu awal tapi kalau beli sekaligus di trimester ketiga rasa macam banyaknya duit keluar. ehehehe...so untuk tidak merasa banyak wang yang keluar saya membeli sedikit demi sedikit. reverse money psikology i used. hakhakhak...

5. belilah ikut keperluan bukan kehendak atau dalam bahasa mudahnya belilah untuk bayi anda, bukan untuk diri anda.

itulah serba sedikit pengalaman saya yang tak seberapa. paling penting buat checklist. dan dalam trimester kedua ini jugak saya mula semakin sibuk dengan kerja dan kuliah. saya hampir pitam di ofis & kuliah itu perkara biasa. namun Allah anugerahkan saya satu tenaga yang luar biasa yang bila difikirkan sekarang macam mana la saya ke sana ke mari dengan perut yang memboyot tu ye. tapi seingat saya trimester kedua perut saya tak ada la nampak sangat. masuk kuliah orang tak sangka saya ni isteri orang. kehkehkeh....nampak gaya tinggi lagi saham ibu Adam Sadiq ni ye.

dan ketika ini jugak anda akan semakin excited menjadi ibu mengandung apabila babybump anda mula kelihatan serta antara perkara yang nikmat dikecapi adalah apabila anda menggosok perut anda dan menyedari adanya satu nyawa kecil yang sedang membesar di dalam rahim anda. Alhamdulillah untuk nikmat yang terlalu indah ini ya Allah. saya pasti anda bakal ibu dan ibu di luar sana memahami perasaan ini bukan?

# rindu Adam Sadiq. menunggu kepulangan Adam Sadiq. ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu. cepat sihat ye sayang!

first item yang ibu beli untuk Adam Sadiq
~kredit to owner this picture.tq~

Thursday, December 4, 2014

Coret Kosong : Mood Mengantuk

menggosok mata di petang hari sambil menjeling jam di laptop. sejam lagi nak balik. fuhh...laporan dah siap. selebihnya saya perlu edit yang boleh diselesaikan esok hari. boss dah sign. big boss ja belum. saya ambik keputusan berehat sekejap selepas selesai solat Asar. serasa rajin pulak nak menghupdate blog. almaklum la sekarang makin lama makin perlahan menulis. bukan tak sudi namun kekangan masa seakan menghalang. tapi keinginan sentiasa membuak-buak. sebab saya menulis melalui hati, bukan kerana ikut hati atau iri hati. chewah!

saya menulis sejak belajar di universiti hinggalah menjadi ibu dan masih bergelar pelajar di universiti lagi. kerna saya menulis bukan ikut musim, saya menulis ikut keperluan, kekosongan masa dan semangat untuk menulis. sekadar mencoret diari. nanti hilang atau cuba nak menengok perangai zaman muda dulu boleh la baca kat sini. lagipun ada koleksi gambar di blog ini yang sudah hilang dalam simpananku.

misalnya gambar sewaktu belajar dulu ada sesetengahnya hilang terutamanya yang disimpan di dalam memori card handphone. owh teringat akan pemergian Samsung Galaxy II baru-baru ini. huhuhu,....gambarku sepanjang mengandung dan gambar Adam Sadiq sejak dilahirkan hilang begitu sahaja. huwaaa...tapi mujurlah ada sedikit aku abadikan di blog, facebook & instagram. tidak ku sangka S II pergi meninggalkanku setelah cukup 3 tahun berkhidmat. 

3 tahun? memang lama bagi sesetengah orang tapi rasa macam sebentar je. saya beli dengan duit gaji sendiri yer. itu yang rasa sentap sangat. tidak mengharap orang lain belikan atau meminta orang hadiahkan. so, apa yang saya nak saya cari beli sendiri. kalau nak bagitau orang takdelah rasa segan, sekurang-kurangnya aset sendiri. bukan orang lain punya. kalau orang kaya mungkin tak rasa apa-apa tapi tidak bagi saya. semua perkara saya simpan dalam S II saya. so bila ia pergi meninggalkan saya, kosong sekejap rasanya. hekhekhek...memang kosng. gelap. satu hape pun tak kluar kat skrin. adoi.....

so sekarang sedang mencari teman pengganti. ekekeke....

okey. jom sambung kerja. sekadar menghilangkan mengantuk. kerja banyak lagi nak diselesaikan. not in da mood. rindu Adam Sadiq yang makin lama makin nakal. malam tadi pukul 1.00pagi dok melayannya tengok video 'alif ba ta' sambil bernasyid bersama. terbaik anak ibu!





Wednesday, December 3, 2014

Hutang PTPTN, bayarlah!

luch hour! tarik nafas untuk bertenang sekejap. rasa agak keletihan. serasanya banyak perkara yang perlu diselesaikan sampai tak tahu yang mana satu harus didahulukan. dok kat ofis teringat kerja di rumah. dok kat umah teringat kerja di ofis. adoidoidoi...

semalam terpampang di akhbar seramai 18k+++ peminjam PTPTN serah diri. tetiba kakak opismate saya sound.

'ni ami la salah sorang dalam 18k ni'

amboi! ehehehe...

betul. sewaktu diploma dulu saya penerima pinjaman PTPTN. dulu tak tahu apa-apa isi borang JPA apply ke oversea. buka apply biasiswa. kehkehkeh....tapi bila masuk tahun kedua baru saya terfikir kenapa saya tak apply scholarship? Alhamdulillah tahun kedua saya ditawarkan biasiswa JPA dan saya tinggalkan PTPTN. sadis kan? pastu saya buat-buat lupa nak bayar. kadang-kala saya bayar sepuluh dua secara online.

walaubagaimanapun setelah bertahun pinjaman tu tidak dilunaskan, tetiba keluar statement neh.


okey. kang tak pepasal tak boleh nak beli helikopter lak. ehehehe....walaupun ada dinyatakan tindakan ini akan mengambilkira individu yang tak pernah bayar mahupun telefon ptptn bertanya kabar hutangnya. saya bayar la jugak sehinggit dua. telefon ptptn tu selalu sebab nak update hutang ada berapa riyal. kehkehkeh...tapi risau jugak kan.

so saya balik bising-bising kat Abang suruh mohon ujrah. saya pun sama, mohon ujrah. Abang cakap tak bayar. dan taknak mohon ujrah. saya bising nanti CCRIS itu ini nak beli kapal terbang tak dapat camner lak? Abang pun sama cam bini dia ni. sampai tahun kedua dapat scholarship JPA. Alhamdulillah hutang kami dengan PTPTN takdelah 'membunga' sangat.  last-last lelaki bambam tu cakap.

'ikut ayang la. buatkan'

ehehehe...so saya yang telefon ptptn. buat itu buat ini. tengok semak kat penyata rasa macam nak tutup muka. abang dah pernah bayar beberapa ribu. saya je yang bayar beberapa hinggit. bila buat semakan imigresen nama saya disenarai hitamkan ke luar negara tetapi tidak nama Abang. so saya sound Abang siap-siap.

'Abang kalau nak ke luar negara dengan Adam Sadiq jangan nak macma-macam. kalau sayang tanya Adam dia cakap Abah bawak ibu baru tahulah jawabnya'....ehehehe...ayat nak cover malu sebenarnya.

so saya mengambil keputusan dan bertekad untuk membayar hutang secara konsisten. apa-apapun hutang tetap perlu dibayar. cuma saya agak ralat kenapa pemegang diploma yang memperoleh keputusan cemerlang tidak mendapat pengecualian pembayaran sepertimana pemegang ijazah yang cemerlang. saya dah mengajukan pertanyaan ini secara bertulis kepada pihak berkenaan. mana nak tahu rezeki......tak dapat sepenuhnya dapat 50% pun dan bersyukur. sekurang-kurangnya ia mampu memberi perangsang kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.

tapi bila difikir-fikir kalau saya tak mula bayar sekarang takkan saya nak bawak hutang ni sampai ke mati? setiap hari kita makin bertambah usia makin dekat dengan tarikh kematian. bukannya makin jauh......huhuhu

tapi jauh di sudut hati, teringin jugak kita rakyat Malaysia ni disediakan kebajikan pendidikan percuma sepertimana di Brunei, Scotland, Sweden...erm .... kalau bukan untuk kami tapi untk generasi yang akan datang. (Adam Sadiq dalam fikiran).

-
-
-
-
-
-
-

setelah beberapa jam, ini maklum balas yang saya terima. terima kasih atas respon yang saya kira agak pantas. nak buat macam mana kita ni diploma holder baru. degree tak siap lagi. huhuhuhu.....so konkluksinya sapa-sapa yang dah siap ijazah dan dibiaya oleh PTPTN silalah mohon pengecualiaan. tapi, untuk kelas pertama sahaja ye.





Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena