Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 15, 2014

Merancang Hidup Setelah Bergelar Isteri

Pernah suatu ketika, suami saya berkata,
“Dulu abang pernah bercita-cita nak jadi doktor.”
Seketika kemudian beliau berkata lagi,
“Tapi naik darjah dua abang tukar nak jadi polis.”
Saya tersenyum sendiri.
Saya pun begitu dan saya yakin semua manusia melaluinya. Semakin menginjak umur kita menjadi semakin tamak, kalau boleh kita ingin jadi semua. Doktor, cikgu, polis, arkitek, pensyarah, peguam.
Tapi sebenarnya memilih matlamat hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Apalagi kalau kita berhadapan dengan situasi-situasi yang memerlukan kita cari jalan atau ubah fikiran.
Wanita, isteri dan kahwin muda.
Bagi seorang wanita, perkahwinan merupakan antara sebab yang membuatkan kita perlu melakar plan kehidupan yang baru. Setelah menjadi isteri, kita harus lebih produktif. Pertimbangan yang sesuai di antara plan peribadi dan penyesuaian dengan perancangan suami harus kita lakukan secepat yang mungkin.
Mengapa saya katakan ‘secepat yang mungkin’?
Perancangan kehidupan ini harus kita rencanakan secepat mungkin bersama suami supaya kita tidak terlalu lama tenggelam tanpa matlamat.
Tidak dinafikan awal perkahwinan atau honeymoon period sangat menyeronokkan. Tetapi harus ingat, perkahwinan ada suka dukanya. Tidak selamanya bercinta itu hanya gembira. Bukan tidak boleh, ambillah masa yang secukupnya untuk ber’honeymoon‘ dan saling menyesuaikan diri. Tetapi janganlah terlalu lama.
Sebab itulah penting bagi setiap wanita menetapkan perancangan selepas berkahwin seawal yang mampu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kahwin di usia muda seperti saya!
Dahulu ketika saya terlibat dalam kepimpinan mahasiswa, saya memasang impian untuk menjadi seorang ahli parlimen pada tahun 2020. Tetapi impian itu tidak lama, mungkin kerana berbasiskan semangat ketika itu.
Saya sangat mencintai bidang politik. Tetapi saya kemudian memasang angan untuk menjadi seorang ahli akademik di dalam bidang politik. Memandangkan penglibatan wanita di peringkat pengajian tinggi dalam bidang politik tidak ramai, maka saya mahu memposisikan diri ke arah itu.
Buat masa sekarang, saya juga banyak membaca berkenaan pendidikan awal bayi dan kanak-kanak. Mungkin ada yang merasakan pembacaan sebegini tidak perlu, tapi bagi saya ia sangat penting.
List untuk wanita awesome!
Oleh itu, saya mahu menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dimasukkan ke dalam list anda (wanita-wanita awesome) sekalian. Terutama buat semua yang bergelar isteri dengan kahwin muda serta bagi mereka yang bercita-cita tinggi untuk berjaya walaupun setelah bergelar isteri.
1. Perancangan untuk menyambung pengajian bagi mereka yang mahu.
Di mana? Kursus apa? Tajaan atau pinjaman pengajian?
2. Kerjaya
Pemilihan kerjaya yang sesuai bagi mereka yang sudah tamat belajar.
3. Pendidikan awal bayi dan kanak-kanak
Terlalu banyak website yang mendedahkan berkenaan dengan childhood education. Saya sangat berminat dengan homeschool bagi anak-anak. Boleh tanya Prof. Google
4. Persediaan bergelar ibu, ilmu yang perlu bagi wanita hamil
Walaupun anda merancang keluarga, tapi sangat penting untuk dapatkan ilmu yang secukupnya berkenaan dengan kehamilan.
5. Plan kewangan
Bahagian ini perlukan perancangan yang teliti selepas perkahwinan. Saluran pendapatan, perbelanjaan, peluang-peluang tambahan pendapatan dan sebagainya harus dibincangkan berdua. Ia bukan tanggungjawab suami sahaja!
6. Rancang tempat tinggal yang sesuai
Mungkin ada yang memilih untuk tinggal di kampung, pinggir bandar atau di bandar. Meungkin ada yang memilih rumah banglo atau rumah kos rendah. Semuanya bergantung kepada keselesaan keluarga. Tetapi, penting untuk kita memilih persekitaran tempat tinggal yang baik kerana ia akan mempengaruhi anda dan keluarga.
Malang bagi wanita yang hidup tanpa matlamat dan tanpa arah tujuan. Jadilah wanita yang produktif dan punya matlamat hidup yang jelas. Jadilah isteri yang hebat, mampu menjadi yang terbaik di rumah dan menyumbang untuk ummah!
#salah satu artikel menarik yang sempat saya jenguk di waktu lunch hour. menarik buat wanita yang akan atau telah bergelar isteri.

Thursday, April 10, 2014

9 April 2014

9 April 1988 - 9 April 2014

Alhamdulillah. saya sudah 26 tahun sekarang. doa saya moga usia yang dipinjamkan olehNya mendapat berkat dan keredhaanNya. terima kasih jua buat mak dan ayah yang menjadikan masyitah aminah seperti hari ini. mungkin saya bukan anak yang boleh dibanggakan setinggi langit, namun saya bersyukur dengan kejadian dan keindahan bergelar seorang anak, isteri dan mommy to be, berpeluang bergelar penuntut dan mempunyai karier sendiri walaupun tidak segah mana namun semuanya rezeki. bersyukur daripada tiada. ada orang yang masih belum dapat bekerja walaupun kelulusan lebih tinggi. itulah yang dinamakan rezeki dan ujian. paling penting, jangan berlagak dan takbur. Alhamdulillah, saya berjaya mengecapinya di usia 26 tahun. Thank you Allah.

serasa tak percaya, masih terasa bagai berada di hostel zaman sekolah. berhempas pulas menyiapkan homework. my favourite subjek mestilah add math dan mathematics. tapi rupanya ia sudah 9 tahun berlalu. owh, tuanya saya? hek3.....memang saya rasa 26 tahun umur yg sangat tua tapi peelnya masih cam dolu2 jugak.

dan serasa baru semalam saya bertanyakan 'ayah rasa hari ni berapa haribulan?'. benar. kenangan itu sudah lama berlalu dan tak mungkin berulang kembali. dia sudah tiada. mengenangnya, rindu akan kata-kata nasihat dan semangat. dia lelaki yang tiada pengganti. ayah sentiasa di hati.

dan masih teringat saat pertama meraikan hari lahir bersama lelaki itu. yup, dolu2 saya suka makan kenny rogers. ops, rasa teringin nak makan kenny rogers la. dah lama tak makan. erm....secret recipes pun bermain-main di minda. pantang sebut makanan mak buyung ni. akhirnya balik umah, masak nasi makan ngan tembikai. wah, air liur saya rasa dah meleleh ni. hahahaha.....

tapi masa first celebration ngan lelaki tu, kenny rogers kat plaza alam sentral masa tu tutup. xdapat dikenalpasti samada pindah terus atau renovation. udahnya, makan kfc. of course la lelaki tu makan lagi banyak ketul dari birthday girl. hak3......

semalam saya bangun pagi-pagi sambil muncung dan cakap kat abang 'abang memang lupa sume benda sal bini abang kan. abang ni sayang ke tak?' hek3...menung lelaki tu ngan bini dia pukul 6.00pagi dah semacam. tapi bila nak tutup pintu pagar umah Abang sempat bisik ucapan dan doa buat bini dia yang mengada-ngada ni. katanya 'abang tak lupa, sayang'. heeee.........

serius, tahun lepas perut saya kempis lagi rasanya tapi bila tengok sekarang. wah, membulat. sapa punya kije neh. hek3......baru semalam rasanya saya cakap kat Abang 'YES'. bertungkus lumus buat hantaran dan persiapan perkahwinan. i love to feel it again. huahuahua.....sumenya nak kena purple. cuma satu je yang tak kesampaian, saya nak pelamin purple dan hijau turqoise tapi tak dapat. dan saya suka tengok kad kawen saya yang super simple janji ada purple. some people suka letak gambar kat kad dan siap buat bunting besaq2 tapi saya sukakan yang sederhana. cukup sekadar ada. lagipun, letak gambaq kat kad pastu bagi kat orang. free2 je orang simpan gambaq suami or isteri kita. takpun gantung bunting kat tiang api. tak sanggup saya menjadi tontonan umum. silap gaya, habis diterokai apa yang ada. nauzubillah. saya bukan superstar. wah, tetiba baru tersedar. citer kad nikah kawen tu sudah berlalu rupanya. im going to be da mom dah....Alhamdulillah

hadiah daripada abang tahun ni? saya tertunggu-tunggu jugak ni. semalam dah bagi. so precious but boleh demand lagi x? hek3....thank you abang. kasih sayangmu lebih daripada nilaian hadiah yang ada (tapi bila merajuk mesti bising birthday present mana? hakhakhak...serious, saya memang jahat. menung laki aku tu.)

okey la, saya nak study sat. hujung minggu ni ada byk banyak test dan assignment nak hadap. laporan pun masih ada yang terbengkalai. penat namun inilah harga untuk cita-cita dan impian yang harus ku bayar. apa-apa hal pun, selamat hari lahir ke 26 tahun masyitah aminah. jadi budak baik. ngeh3.....

chubby daddy & mommy to be ....... heeeee

Wednesday, April 2, 2014

Coretan Mengandung Saya 2

Alhamdulillah. 2014 yang aku lalui, semakin lama semakin mencabar namun kadang-kala aku tak sedar selama ini aku mempunyai kekuatan sebegini. walaupun ada satu ketika aku memang terduduk dan terdiam. dalam keadaan begini. menjadi seorang anak, isteri, bakal ibu, pekerja dan dalam masa yang sama seorang penuntut. saya memang memerlukan semangat yang kuat dan terima kasih untuk insan-insan di sekeliling saya yang membuat saya kuat. kuat dan terus kuat. insyaAllah....

setiap masa saya bergelumang dengan report itu dan report ini. mujur la saya ada satu team yang boleh saya sandar harapan walaupun ada masanya saya terlepas angin time kerja-kerja yang terlaksana tidak seperti diharapkan. namun, sejujurnya saya sangat sayangkan team saya ni walaupun saya tahu saya suka membebel dan kadang-kala depa sumbat telinga dengan earphone. hahaha.....

dan orang ingat belajar part time ni sekadar pergi kelas sekali lepas tu submit assignment. harap maklum, UTM bukan seperti institusi yang lain. kami ada kelas tiap-tiap minggu sepertimana adanya group assignment, quizzes dan test. mengumpul carry mark dan tak cukup kehadiran akan dihalang menduduki final exam. sebijik macam masa saya buat full time dulu. bezanya saya menghadiri kelas di hujung minggu seharian, bukan di hari biasa mengikut jadual yang ada kalanya untung2 kamu hanya masuk kuliah 2 jam je. so, saya sebenarnya mendapat extra penat. tapi bak kata kakak saya , masa ni kita akan rasa kepahitannya insyaAllah kalau kita tak berputus asa. pasti akan ada saat kemanisannya. InsyaAllah.

kehadiran little caliph inipun main lama makin menyentuh perasaan saya. sudah hampir 6 bulan lebih saya membawa si kecil ini rupanya. rasa tak sabar untuk membawanya ke dunia kami. tapi kadang-kala masih ada perasaan gusar bertandang. mampukah kami menjadi ibu dan ayah yang mampu mendidik amanah ini menjadi insan bertakwa. semoga Allah memberi petunjuk untuk segala urusan ini.

soalan yang saya suka tanya pada Abang 'Abang nak bagi nama apa kat baby kita?'. sebabnya semua cadangan nama yang diberikan ditolak mentah-mentah oleh Abang. 'nanti Abang fikirkan'. he's really the cool man. kadang-kala sikap cool Abang buat saya menjadi panas. hahaha...namun jauh di sudut hati saya, terpaksa saya akui. manusia tidak sempurna dan dia sebenarnya hadir untuk saling menyempurnakan kehidupanku. kita mungkin boleh mengira keburukan seseorang, namun bila kita melihat dengan pandangan mata hati. masih ada kebaikannya yang mengaburi semua kekurangannya. 

paling penting , jangan cerewet dan terlalu memilih. nak mencari yang baik, kita yang perlu jadi baik terlebih dulu. jangan bersembang tentang hukum haram halal kalau kita sendiri  menghalalkan yang haram dalam sedar mahupun sebaliknya. sesiapa pun boleh berselindung di sebalik topeng agama namun tak mampu menyorok daripada pandangan Dia. Islam itu agamaNya. fikir-fikirkanlah. berhenti menjadi hipokrit di hadapan manusia. Islam itu bukan sekadar menjadi hujah tetapi harus dihayati dan didalami.

okey, mak buyung membebel tidak akan abis sudahnya. saya harap my little caliph tapis benda yang baik-baik saja ye sayang. kalau time ibu nak naik angin di ofis, tolong la buat-buat tido ye sayang. hekhekhek...pagi-pagi tadi saya huraikan sikap 'tanggungjawab' pada sorang ni. saya pun bukannya buat kerja bagus sangat tapi sekurang-kurangnya saya tidak buat kije tu cincai je. kita dah masuk level bekerja, bukan level nak jawab exam spm lagi. titik.

# tak sabar nak pergi check up next week, nak tengok baby.....heeeee

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena