Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 25, 2014

Monolog Sepiku

Alhamdulillah, setelah MC lebih seminggu gara-gara ditahan wad hari ni saya kembali ke ofis. walaupun whatsapp bertalu-talu masuk dok isu meeting, bengkel dan laporan saya hanya mengambil pendekatan. cool. saya dah penat berfikir dan mentensionkan diri. biarkan saya buat kerja mengikut flow dan kemampuan yang saya ada sepertimana tiap kali doa selepas solat saya. Ya Allah, jadikan aku isteri dan anak yang solehah, ibu mithali, pelajar cemerlang dari segi sahsiah dan akademik, pekerja yang amanah, komited dan kreatif serta hambaMu yang beriman dan bertakwa. 

dan sudah lama blog ini terbiar berhabuk. sejak disahkan berbadan dua saya rasa saya berubah hampir 360 darjah. semua benda yang saya suka saya tak suka dan sebaliknya. dan saya ingat dah masuk 4 bulan, habis alahan saya akan sehat cerdas dan bertenaga macam dulu-dulu. namun ujian hidup datang bertalu-talu. dan terima kasih untuk kasih sayang mak dan Abang serta adik beradik semua yang tak mampu terluah dengan kata-kata. mungkin saya bukan jenis menunjukkan betapa saya menghargai kalian namun jauh di sudut hati, saya benar-benar menyayangi kalian. di akhir malam, banyak perkara yang bertandang dalam kotak fikiran. sungguh banyak impian dan cita-cita yang saya atur dulu masih belum tercapai. entah mampu entah tidak namun saya tahu dan yakin, semua milik Dia.

sekarang masih di ofis. tunggu Abang. baca mesej di whatsapp. bertalu-talu cerita kerja. tengok laporan dan kertas kerja yang masih belum bersiap. orang dah bayar gaji. sakit ke. terlingkup ka, itulah realiti kehidupan. tengok mesej line, meruntun jiwa. saya harap saya kuat untuk menghadapi ujian-ujian ini. nak balik kampung, memang hanya bermimpi. hujung minggu saya sudah berisi dengan kuliah kuiz dan test segala. memang ini yang saya dah jangkakan untuk 2014. selamat berjaya masyitah aminah!


tiba-tiba rasa rindu pada arwah ayah dan emak di kampung. mereka penguat semangat hidup saya dan kasih sayang mereka tiada tandingan.






Monday, February 10, 2014

Coretan Mengandung Saya I

okey, im in da good mood this evening. setelah lama tak mengadap blog, akhirnya hari ini saya depan lappy mengetuk-ngetuk akal fikiran. apa yang boleh dikongsikan. al maklum la sejak berkeadaan cam gini saya hilang semua mood rasanya. nak bercakap dengan orang taknak. nak berbual melalui telefon pun rasa malas yang teramat. habis-habis main candy crush. ngeh3....sepanjang saya dilanda morning sickness, Abang berjaya meninggalkan level saya hingga ke belakang. risau jugak hari tu bila Abang asyik dengan candy crush. iyo la, saya mengandung. tiba-tiba abang dapat habit main game. tak penah2. takut menurun kat anak kami je nanti. selalu saya je yang bising mengadu, asyik game over je. hahaha....sampai Abang terpaksa cakap 'susah sangat ke yang? tak payah main la'. hek3....

Alhamdulillah, sekarang Abang dah tak seaktif dulu main candy crush dan morning sickness saya pun dah tak macam dulu dah. cuma sekarang ni bila saya masuk ofis saya akan mengantuk tahap gaban. saya nak tido sangat-sangat. pagi tadi Abang tanya 'mengantuk sangat ke yang?'...hek3...saya boleh tido je sepanjang jem, tak macam selalu. membebel tak sudah. padahal Abang yang tido pukul 2pg dengan frust bila MU seri 1-1. tak habis-habis bisingnya pagi tadi. saya cuma boleh pujuk 'okey la tu, Van Persie Abang yang score'...ngeh3. baru diam kejap....

tapi masuk tahun baru, kerja makin banyak. saya pulak mencari kerja untuk biar nampak banyak. hahahaha....mana nak pergi bengkel, mana nak masuk kuliah, mana nak masuk labour room. semuanya pulun tahun ni. moga sukses hendaknya. InsyaAllah....

dan semalam baru pergi untuk second check up. Alhamdulillah, sume baik-baik sahaja. little caliph pun sehat-sehat. dan tak dapat lupakan betapa terujanya kami bila scan menengok little caliph kami. agak-agak keluar macam siapa? naluri saya kuat cakap, dia akan mengikut bapaknya....hahahaha

namun berkongsi menjalani pemeriksaan antenatal berdasarkan pengalaman saya yang secetek air di dalam besen ni. serius, saya banyak bertanya pada mereka yang berpengalaman dan melayari internet dan membaca buku yang tak seberapa sebab kekangan masa dan kesihatan yang up and down ni. rupanya banyak benda yang saya tak tahu. confirm tak tahu sebab saya tak pernah mengandung. sekadar menengok kakak-kakak saya yang saban tahun menambahkan askar-askar saya. hehehehe

saya suka bertanya setiap kali kita check up, apa rutinnya. saya hairan bila kawan-kawan dan sepupu yang seangkatan dengan saya post ubat yang macam-macam dan cerita pelbagai rutin yang diorang kena lalui bila pergi check up. saya hanya scan, urin test, sukat tekanan darah, tinggi dan berat serta ambik darah. saya memang tak suka kena cucuk. ngeh3....doktor bila nak cucuk, mula la nak bercerita. dia ingat kepala saya boleh lupa yang lengan tengah nak kena cucuk ni? mula la saya menjawab soalan doktor mengarut-ngarut. hahaha....

dan sepanjang kehamilan ini saya hanya makan folic acid yang dibekalkan oleh doktor klinik. kemudian saya ambik suplement salindah dan ubat homeopathy beserta minyak ikan + madu + liquid clorophil. okey, itu pun penat saya nak mencuri makan. al maklum la, kadang kala ubat depan mata pun saya malas nak masukkan dalam mulut. saya harap little caliph membesar menjadi seorang yang rajin. hehehe...dan memasuki usia kandungan ke-4, folic acid saya dah ditukar kepada Obimin (terkandung folid acid). 

dan semestinya saya masih belum membeli barangan bayi sebab rasanya masih terlalu awal. tapi saya mula memikirkan nama little caliph kami. saya pasti Abang tak setuju dengan nama yang dari hari tu saya dok berkenan. hari ni saya cari lagi dan nama tu jugak yang dok bermain di benak fikiran. misi memujuk Abang. hehehe....

# saya tak tahu kenapa bila tengok barangan baby dan memilih nama, baby boy will come first. kami terima seadanya. semoga si kecil kami membesar dengan sihat dan sempurna iman, akhlak dan sifatnya. Ameen.....





Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena