Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 28, 2013

perkembangan janin dalam rahim "ibu"


saya tak nafikan, di awal-awal ini pelbagai rasa dan karenah diri terpaksa dihadapi. namun, sedetik terfikir. pengalaman ini takkan dilalui oleh semua orang dan nikmatnya hanya yang pernah merasai mampu mentafsirnya. how's so special. Alhamdulillah.....jom tengok video baby.

Wednesday, November 27, 2013

Di Badai Asmara Lirik - Sera - YouTube


bila segalanya berlalu, akur bahawa mencintai tidak semestinya memiliki. semoga bahagia buat mereka yang pernah hadir di dalam hidupku samada menjadi memori indah mahupun mencalit luka.bila kita belajar redha dan berdepan dengan hakikat redha, kita akan mengerti. manisnya aturan Dia.....jangan pernah ada benci.

The Sign Of Our Love : The Little Angle ~ Our Little Caliph

Alhamdulillah.
memang rasa tak percaya namun itulah kenyataan. rasa excited namun berdebar kerana bukan senang menerima amanah sebesar ini. hanya ucapan syukur yang mampu kami luahkan. speechless!

last week saya pening macam biasa, migrain cumanya pening saya rasa lain macam sikit. dan terasa nak makan ntah pape. then, keesokannya saya pening lagi disertai dengan mual nak muntah. macam biasa, gossip Ami pregnant berkumandang. kakak senior suruh saya buat UPT tapi saya malas nak melayan. bulan lepas teruk lagi keadaannya tapi masih belum ada rezeki. malas melayan rasa frust. hakhakhak...

tengah hari bila balik, masih terngiang saranan Kak Tini. saya masuk Guardian dan pilih UPT yang paling murah. paling murah pun RM14.90 habaq mai. balik umah saya test dengan tidak bersungguh dan tak semena-mena keputusannya sebegini.


saya konpius. memang 2 lines tapi bahagian bawah agar samar-samar sebab masa test saya letak urin saya cam gitu ja. udahnya konpius, mengandung ke tak ni? memang sepatutnya ujian ini seeloknya dilakukan pada waktu pagi sebab hormon hcg dalam urin kita lebih kuat berbanding siang sebab dah waktu cerah ni sume air dan makanan kita telan kan. itu la pesanan kakak-kakak saya yang berpengalaman dan berdasarkan bacaan saya sebelum ini.

tapi, kalau ini dapat dikesan di petang hari adakah kandungan hcg (human chorionic gonadotrophin) saya begitu tinggi? adakah?

owh, petang tu saya makin pening ditambah dengan persoalan 'aku ni pregnant ke tak?'. ikut kitaran haid memang sudah terlambat daripada biasa namun macam bulan lepas itu yang berlaku namun sudahnya saya kecewa.

Abang balik kerja, lepas makan malam saya hanya mengajak Abang ke Giant. kononnya nak beli Big Apple. Abang hanya menggelengkan kepala bila saya masuk kereta dengan sekotak Big Apple. padahal dalam handbag saya beli lagi satu UPT. hahaha...saya pernah berniat, kalau saya betul-betul suspek pregnant saya nak beli digital UPT. hekhekhek...sekali sekala bukannya tiap-tiap hari.

balik saya suruh Abang makan donut tu dan saya masuk tandas. menunggu keputusannya dan seperti yang tertera di bawah.


what? more than 5 weeks? ok. serius, saya sejuk kaki tangan macam tak percaya dan keluar  bersama UPT di tangan dan sengeh pada Abang yang sedang makan sambil menonton televisyennya. saya tanya Abang.

'Abang nak ke tak nak?'

he's smiling. dia tahu kali ini bukan seperti sebelum ini. dan berkali-kali dia tanya saya betul ke? saya jawab, 'ntah'. hahahaha....he said 'tahniah, sayang' sambil dapat ciuman terima kasih kat pipi. hekhekhek...

kalau mengikut bacaan skala 'pregnat. 3+' maknanya ia lebih daripada 5 minggu. nak tahu berapa minggu kena pi check klinik.

ok, syarat yang saya bagi kat suami. tolong hantar saya pada doktor perempuan dan sebaiknnya Melayu Muslim. dan hari sabtu kami mula mencari klinik malangnya hujung minggu, banyak klinik tutup. saya terpaksa masuk ke sebuah klinik yang bukan kegemaran saya tapi mujurlah perempuan tetapi bukan muslim. walaupun hajat hati saya, biarlah seorang doktor muslimah muslim yang mula-mula menjengah si little caliph ini. ok, she did da same thing. confirm pregnant with upt. no scan & kira by manual dgn alasan yg kurang munasabah. serius, saya terfikir. dia ni doktor ke bukan?

malam esoknya kami mencari klinik lagi. saya cuma mahu tahu usia si little caliph ini dan nak sahkan betul-betul yang saya ni mengandung sebab ada kes ibu yang check kat rumah positiv, malangnya bila ke klinik adalah sebaliknya. ada pendapat mengatakan mungkin sesetengah daripada mereka memakan pil kesuburan yang mungkin menghasilkan hcg. saya takut untuk sesuatu yang belum pasti, sebab tu saya selalu sukakan pengesahan. hehehe...malam tu pun, kami pergi hampir 10 klinik. semuanya tak terima untuk kes ini la, doktoe takde la, doktor lelaki la dan macam-macam.

adoi, susahnya nak tengok si little caliph ni. esoknya saya masuk ofis saya ajak kakak senior pergi klinik belakang. memang doktornya india tetapi saya biasa menerima rawatan di klinik ini maka disebabkan saya betul-betul mahu tahu adakah saya ni mengandung, bukan rekaan saya pi jugak. serius, buat pertama kalinya hari tu doktor lelaki yang bertugas. owh, memang saya taknak. saya balik dengan kecewa. huhuhu

percaya atau tidak, petangnya Abang telefon dan bagitau'kita pergi klinik seksyen 18. abang dah telefon, doktor perempuannya ada malam nanti'

yes. akhirnya. di Klinik Noor Hajar, di tangan seorang doktor muslimah kami dipertontonkan dengan keajaiban ini. Alhamdulillah, welcome to our life, the Little Caliph.

'I'm already 6 Weeks & 3 days'


Doakan saya kuat untuk mengharungi ujian di sepanjang perjalanan membawa amanah ini, Little Caliph ke dunia ini. semoga membesar menjadi umat beriman & bertakwa, sayang!

Wednesday Pics







semalam nak makan yogurt, hari ni dah depan mata..erm...macam taknak ja. tapi lapar....huhuhu
gambar rujukan : google & facebook. mohon share pada mereka yang berkenaan. terima kasih.

Monday, November 25, 2013

Waktu Sesuai Uji Kehamilan

Anda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid normal.

Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di rumah dalam keadaan privasi.

Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.

Sehubungan itu, kandungan hCG di dalam plasma darah meningkat 2 kali ganda setiap 2 hari. Ia akan mencapai tahap maksimum pada hari ke-60 atau ke-70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu, seterusnya berada di tahap tersebut sepanjang tempoh anda hamil.

Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan hasil ujian menjadi sangat jelas.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil ujian yang bakal diperoleh.

Ketepatan Ujian
Pemeriksaan kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan sangat digemari kerana ia bukan sahaja mudah didapati, malah senang dilakukan sendiri tanpa banyak prosedur menjengkelkan dan harganya turut murah. Paling penting ialah keputusan segera bakal diperoleh dalam tempoh beberapa minit selepas ujian selesai dilakukan. Alat penguji kehamilan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah sememangnya dicipta untuk mengesan hCG menerusi urin. Sekiranya kehadiran hormon itu dikenal pasti, bahan kimia yang terkandung di dalam alat berkenaan akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya, sama ada positif ataupun negatif.

Ketepatan ujian adalah sekitar 99%, sekiranya teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Jadi, ada baiknya, anda membaca arahan yang dinyatakan pada label produk sebelum melakukan ujian tersebut dan seelok-eloknya lakukan ujian ini pada awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian diyakini lebih tepat.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi menyebabkan keputusan ujian anda menjadi negatif. Antaranya adalah seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, pendarahan rahim, penyakit radang pelvik (PID), penyakit ovari polikistik, kanser rahim dan menopaus. Jika anda khuatir dan ragu-ragu dengan keputusan ujian, dapatkan pemeriksaan susulan doktor sakit puan dengan kadar segera.

Garisan yang terbentuk di alat penguji adalah hasil tindak balas hCG terkandung di dalam urin dengan antibodi yang telah diletakkan di atas alat penguji kehamilan. Garisan yang paling hampir dengan tempat urin anda diserapkan berfungsi mengenalpasti kehadiran hCG. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat urin diserap pula bertindak sebagai pengawal untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.

Sekiranya 2 garisan muncul, anda disahkan hamil. Akan tetapi jika hanya 1 garisan yang timbul, iaitu di garisan pengawal, anda tidak hamil. Perlu diketahui juga, jika tiada langsung garisan yang timbul, alat penguji anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Adalah dinasihatkan agar sebaik sahaja mendapati alat penguji kehamilan menunjukkan anda hamil, segera rujuk kepada doktor sakit puan bagi mengesahkan kehamilan itu. Seterusnya jalani pemeriksaan antenatal bagi memastikan kesihatan diri berada di tahap yang baik demi kehamilan yang sihat tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai jenis komplikasi.

Langkah Demi Langkah
1. Baca Label Dan Arahan  Dan Teliti Semua Arahan Dan Gambar Yang Mungkin Disertakan Untuk Memastikan Anda Memahami Dengan Betul Cara Melakukan Ujian Ini Secara Bersendirian. Arahan Tersebut Termasuklah :

- Panduan mengumpul dan menyimpan sampel urin. Bila dan bagaimana untuk menjalankan ujian.
- Bagaimana untuk mentafsir keputusan ujian.
- Faktor yang mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.

2. Ikuti Semua Arahan
Anda mesti menuruti semua arahan yang diberikan agar keputusan paling tepat boleh diperoleh. Dalam pada itu, jangan lupa menyemak tarikh tamat tempoh alat penguji kehamilan dan syarat-syarat penyimpanan sebelum melakukan ujian. Hal ini penting untuk memastikan alat berkenaan masih berupaya untuk berfungsi dengan baik.

3. Rujuk Doktor
Apabila ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini kerana sesetengah ujian boleh memberikan keputusan yang palsu. Ada hasil ujian menunjukkan anda hamil padahal anda tidak atau ujian menyatakan anda tidak hamil sedangkan janin sudah pun berada di dalam rahim. Langkah terbaik, berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan jika anda khuatir dengan keputusan ujian yang diperoleh.

Rujukan : Majalah Pa & Ma

#saya sedang kelaparan menanti cik hubby menjemput. first day Abang nak pergi ofis sama-sama. satu keajaiban selepas keajaiban yang tak disangka sebelum ini. Alhamdulillah.

Saturday, November 23, 2013

Short Note With Love

pesanan ringkas daripada sebuah hati yang penuh cinta
hidup ini penuh cobaan
yang kuat teguh
yang lemah rebah
yang jahil hanyut
yang tahu mengikut arus
yang nyata kau hadir di sini dengan sebuah cinta
kau penuhi dunia ini dengan sepenuh cinta
moga-moga kau beroleh cintaNya

welcome the 'Little Angle' to our life...

Thursday, November 21, 2013

The Memory of Family Day



okey, memang rancangan Family Day ini telah dilewatkan seminggu daripada tarikhnya gara-gara isu Kursus Induksi yang bakal kena pada sesiapa yang belum kena (peluang cerah, saya salah seorang daripadanya. heheh). akhirnya, terlaksana juga trip kami ke Bukit Gambang Water Park walaupun ramai juga opismates yang terpaksa mengkecualikan diri disebabkan masalah masing-masing. takpelah, selama 2 hari di sana memang sudah cukup membuat kami letih tapi seriously i told you, seronok!

saya memang tak suka mandi di tengah orang ramai. malu. dulu-dulu pergi gathering kat air terjun ngan budak2 kelas tapi saya sorang je tak mandi. saya segan. tapi kali ni, lain bebenar. Abang yang taknak mandi dan taknak sentuh air. saya nak main dengan kekawan lain, kesian Abang melangut sorang-sorang. jadi saya paksa jugak Abang main. first game kami main crystal slide. serius, nak gelak. saya ngan Abang bila turun gelongsong tu cuma diam hinggalah last sekali Abang pesan 'pegang kuat-kuat, yang'....hahahaha. ok, Abang sayang ayang.

lepas tu, erm......Abang yang tak berenti nak main ombaknya. hehehe...





thank you, guys for this enjoyable moments!

Wednesday, November 20, 2013

Marah Seorang Suami.. Marah Seorang Isteri..

Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..
Marahnya seorang Isteri…
“Ustaz… isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak.”
Memang ada isteri begitu… dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam…ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu’ nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.
Marahnya seorang Suami..
“Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.”
Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya… tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.
Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
“Saya tak suka nak marah isteri ustaz… tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya.”
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah ‘tension’ sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.
Marah seorang Suami…
“Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya.” Bahaya tu… suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.
Marah seorang Isteri…
Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.
Marah seorang Suami…
Ada suami yang romantik, suka bercerita… tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.
tumblr_ldjqak5xg21qe2ci1o1_500
Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami… anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.
Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.
Marah seorang Isteri…
Isteri bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami… ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat… suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.
Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.
Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua’lam.
Rujukan : ILuvIslam
dalam rumahtangga perkelahian kecil sesuatu yang biasa yang kadang kala mampu merapatkan hubungan apabila kena caranya. namun saya akan kalah dengan suami saya bukan sebab dia marah atau membebel tapi sebab diamnya dia. Abang lebih suka saya membebel seorang diri membiarkan saya marah dan dia akan diam macam tiada apa-apa berlaku. bukan sebab takutkan saya tapi itu caranya bagi mengelak pergaduhan kami berlarutan. lepas tu, kami akan berbaik macam baru berkenalan. hehehe......dan bila Abang merajuk, dia takkan mengaku berbanding saya yang akan cakap kuat-kuat 'sayang geram ni', 'sayang nak marah ni', 'sayang rasa macam nak merajuk'. perempuan suka meluahkan terus perasaannya. straight to point!.Bahagiakan kami hingga ke syurga. amin....

Friday, November 15, 2013

Owh, Cuti. Mari bertenang.

wah, lamanya tak menjenguk blog saya. seminggu. hari ini hari untuk release tension.setelah berminggu-minggu hari Jumaat saya balik rumah lewat, hari ini saya keluar ofis dengan senang hatinya di waktu yang awal. its time for 'lupakan' sementara apa yang berlaku dan akan berlaku. esok jom pi enjoy ke Gambang Water Park. masing-masing nak balik awal mengemas apa yang patut. dan saya nak balik kemas rumah!

seminggu ni, memang kelam kabut. Abang yang menyelerakkan ruang tamu dengan kertas-kertas assignmentnya dan saya dengan laporan dan paperwork yang tak sudah sudah. lepas meeting, taklimat dan tak cukup lagi bengkel. minggu ini memang sangat  meletihkan otak. apa yang penting, leader mesti bersedia dengan adhoc task. kadang-kala meeting untuk isu lain, esok tiba-tiba kena buat taklimat. macam-macam task yang kadang-kala saya rasa, is it really my normal life? masa bujang dan selepas kawen pun, cam gini jugak kijenya. huhuhu..

dan macam biasa, saya akan demam di awal bulan. hakhakhak....bercakap masa presentation kadang kala tak cukup nafas, sungguh menguji kesabaran namun apa boleh buat di sini Allah tetapkan rezeki saya. masing-masing ada rezeki yang Allah sediakan. jangan risau, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. apatah lagi saya terdengar khabar angin akan ada pertukaran. adakah saya akan ditukarkan? huhuhu

asalkan masih di sisi suami saya, saya cuba terima dengan hati yang lapang. hekhekhek......


sifat saya, saya suka memerhati. saya memang banyak cakap tapi saya akan diam bila saya memerhati. saya suka mendengar Ketua Pegawai Eksekutif saya bercakap. penuh ilmu. penuh makna. satu hari nanti saya ingin menjadi sepertinya. tenang. dan bila berkomunikasi dengan saya yang kalut ni, kadang kala secara automatik saya jadi cakap penuh berhemah. hehehe.....ok. penat. jom rehat.
#
"Kadangkala orang yang mencintaimu adalah orang yang paling tak pernah menyatakan cintanya kepadamu.. Kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya..dan bila disuatu masa dia hilang dari pandanganmu..Kau akan menyedari yang dia adalah cinta yang tak pernah kau sedari.." 

selamat bercuti.......bajet cuti lama. hekhekhek.....

Saturday, November 9, 2013

Bila Dia Jodohku

Alhamdulillah. dalam sedar ataupun tidak, usia mahligai kami sudah 4 bulan lebih namun yang pasti perkenalan ini belum menjangkau usia setahun lagi. dan semestinya masih banyak yang perlu dipelajari dan difahami dalam hubungan ini.

saya ingat, pertama kali mengenali Abang soalan pertama yang mula berlegar adalah 'kalau kita kahwin bulan 6 macam mana?'. ok, pasai apa lelaki ni?

bulan 1 awak jumpa mak saya,bulan 2 saya bagi keputusan, bulan 3 mak awak datang merisik, bulan 5 kita bertunang dan bulan 6 kita officially sah sebagai suami isteri. Alhamdulillah, tak cepat dan tak lambat. bulan April? its our birthday. cadangnya nak bertunang bulan 4 tapi abang sibuk dengan kuliah dan cuti yang tak cukup. tapi sebenarya, majlis pertunangan kami itu pun diawalkan daripada perancangan asal. bila hati dan niat kita memang untuk membina masjid bukan sekadar untuk berpeleseran, mencari barakah di sebalik pertemuan ini insyaAllah.

Allah bagi jalan pada mereka yang berusaha. Nabi saw berpesan akan tiga perkara yang jangan dilewat-lewatkan iaitu solat apabila masuk waktunya, segera mengkebumikan jenazah apabila selesai memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya serta menyuruh ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka apabila sudah ada yang sekufu meminangnya.

Usar gusar, Allah akan hadirkan seseorang buat kita apabila tiba tepat pada masa dan ketikanya. kalau ikutkan saya, memang sejak belajar di universiti saya nak kawen. berdoa saban hari namun akhirnya Allah kabulkan doa saya di kala saya menceburi bidang pekerjaan. saya takut terjebak dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. malahan saya pernah berhadapan dengan sahabat-sahabat yang bermasalah dalam percintaan menghadapi hari-hari yang mengacau emosi. malahan ada yang lebih tegas, couple tidak dibenarkan dalam Islam. Alhamdulillah......dengan siapa, persiapkan diri menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu untuk mengharapkan seseorang sepertimananya.

dan dalam perjalanan membina mahligai, apatah lagi di alam pertunangan bukan dinamakan hidup kalau tidak dilambung ombak. perbezaan pendapat dan cobaan luar itu akhirnya dapat jua kami hadapi. bukan berpaling pada belakang namun kadang-kala itu juga yang datang mendepan dan saya anggap ujian Allah untuk menguji kesabaran saya.

memang diakui, rancangan asal kami sepatutnya diijabkabulkan pada 10 Ogos 2013, tarikh majlis kesyukuran diadakan. namun satu demi satu perkara mendatang. membuat saya banyak berfikir. dan saya bernazar sekiranya keputusan yang saya 'tunggu' memihak pada saya insyaAllah saya akan menerima cadangan Abang untuk mempercepatkan tarikh ijabkabul kami. Alhamdulillah, Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. saya akur dengan ketentuan Illahi dan saya tunaikan nazar saya. 30.06.2013 akhirnya termeterailah lafaz akad antara saya dan Abang.

saya senyum syukur tatkala saat sahnya saya sebagi isteri SANUSI MOHD NOR. namun saat yang paling sebak adalah tatkala saya mendakap dan dicium mak sementelah saya sedar ayah tiada di sisi saya tatkala ini. ketentuan Illahi, ayah pergi terlebih dahulu dan saya sedar hakikat itu. doa kak buat ayah tidak akan pernah berakhir sepertimana kasih sayang mak dan ayah yang tiada berpenghujung.

dan yang paling saya takkan lupakan, saya dah hantar baju nikah untuk dijahit dan sudah pesan baik-baik. majlis akadnya 30hb bersamaan 11.00pagi. percaya atau tidak, saya sampai di kampung pagi sabtu bersamaan 29hb. pukul 5.30ptg saya ke rumah tukang jahit baju nikah saya. rasa nak pitam bila makcik tu tiba-tiba terkesima. hari ni nak nikah? bukan lepas raya ke? masyaAllah.....sebutir manik pun tak berjahit malahan kain saya masih berbungkus cantik tak dipotong pun. huwaaaa.....baju nikah saya tak siap.

sebelum balik kampung saya dah sound Abang, 'make sure baju awak siap kalau nak nikah dengan saya'. hek3.....saya balik, saya agak hangin satu badan jugak. mak saya pujuk saya untuk bersabar dan adik saya hanya terdiam. jangan dijolok sarang tebuan. dan abang din saya lagi best, bagi wallet dia. katanya, dalam tu ada RM500. tak cukup pi ambik kat akaun bank dia. kad kredit pun ada tu. owh....abang saya ni ingat saya ni puteri diraja ka nak kawen pakai baju nikah ribu riban. masalah saya adalah, mana nak beli baju petang-petang cam gini?

Alhamdulillah, dalam pukul 9.00mlm saya akhirnya jumpa sepasang baju kurung moden yang sesuai dengan baju melayu Abang. sampai ke Kota Bharu kami pi mencari. memang family saya dan mak mertua saya cakap, baju saya nampak sedondon dengan Abang walaupun bukan pilihan asalnya. sesuai dengan citarasa saya, saya tak suka manik penuh bergemerlapan satu badan. saya sukakan sesuatu yang simple dan menutup aurat. dan saya takkan lupakan saat laungan azan Maghrib di Wakaf Che Yeh, dalam hujan renyai. sungguh detik itu amat membuat saya sayu dan terfikir, benarkah dia jodohku? namun melihat semangat mak, adik dan kak nor yang membantu saya membuat saya kembali ke alam nyata. ini hanya ujian kecil, Allah nak uji kesabaran MASYITAH AMINAH sebenarnya.

ye, everything happens for a reason. memang baju nikah kami kainnya dibeli asing. kain nikah saya beli sendiri dan kain baju melayu  Abang mak saudara saya yang belikan berdasarkan cebisan kain yang dikirim. bila 'baju nikah tak jadi' saya dah siap, baju tu memang ketara tidak sesuai dengan baju melayu Abang. bagi yang mengerti, setiap kejadian yang Allah berikan pasti ada terselit hikmahnya. kita tak dapat apa yang kita nak sebab Allah nak bagi yang terbaik untuk kita.

Diakui majlis ijabkabul kami diawalkan daripada perancangannya namun apa yang pasti, sepertimana dianjurkan oleh Nabi saw kami telah mengadakan walimah untuk ijabkabul ini. jangan silap pada yang menganggap, majlis walimah selepas akad nikah mesti ada persandingan dan tetamu yang penuh sampai ke dapur beserta muzik yang memenuhi setiap ruang. mengertilah hikmah di sebalik majlis kesyukuran yang dianjurkan salah satunya adalah untuk memaklumkan tentang pernikahan agar tiadanya fitnah selepas itu disamping sebagai jamuan kesyukuran.

sehari selepas majlis akad nikah, kami sudah kembali ke KL seperti sediakala. oleh itu, kami meneruskan perancangan sepertimana yang dirancang. tidak salah meraikan hari bahagia kami bersama saudara mara dan sahabat-sahabat yang tidak dapat bersua dengan pengantin yang tak berapa nak baru kan selagi mana tahu batas-batasnya apatah lagi di sambutan Aidilfitri yang mulia. waktu tu la ramai perantau yang pulang ke kampung. apa yang penting raikan dalam kesederhanaan.

bagi saya, lebih baik disegerakan berbanding dilambatkan untuk perkara yang sebaik ini. sayalah manusia yang menolak nikmat Allah sekiranya saya masih berkeras waktu itu untuk menunggu saat ini berjalan seperti yang dirancang sementalah kedua belah keluarga mengaminkan saat itu dipercepatkan. banyak kebaikannya bila dah kawen ni. nak beli barang keluar berdua dah tak dosa dah, duit pun boleh jimat, dan apa yang paling saya rasa selepas kahwin kita akan nampak keluar masuk duit yang diperlukan. maka, setiap perkara kita akan pikir panjang. perlu ke masa majlis nak itu nak ini sedangkan selepas kawen kita boleh gunakan pada keperluan yang lain. haaaa.....saya tak percaya pada formula ini tapi bila saya dah hadapi sendiri. yup. percayalah wahai orang yang selalu jawab 'tunggu duit cukup baru kawen'.

dan tips paling utama, wang bukan diguna pada waktu majlis tetapi wang sebenarnya lebih berguna selepas majlis.

dan seikhlasnya, terima kasih buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat yang membantu menjayakan majlis ini dan mendoakan kebahagian kami. sejujurnya tidak pernah terlintas perasaan cemburu di hati saya sementelah kami sudah memandang pada kehidupan yang kami miliki. bila merasa fitnah itu satu dosa besar, maka jauhkanlah diri daripada terjebak.

sekadar perkongsian pengalaman dan mengimbau memori. tak sangka, saya kawen jugak dengan orang yang saya cakap kat kak Farrah 'saya taknak dia kak'. hahahaha......malahan saya pernah nak satukan Abang dengan Kak Farrah dulu tapi dua-dua taknak. tapi sekarang, NO. NO. NO. hehehe....

Ya Allah, bahagiakan mereka berdua hingga ke syurga. Sanusi & Ameena.

bila dia jodohku, ku pohon semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga



Monday, November 4, 2013

Sup Daging Masak Cendawan

semalam adalah perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Pahang. Memang 'this is pantai timur' namun jauh di sudut hatiku, Kelantan menjadi pilihan. semangat bola datang bila main pada games penting dan team yang saya suka ja. al maklum la, saya dulu bekas budak sukan jugak zaman sekolah dulu. kapten netball sekolah lagi. oleh itu, semangat sukan senatiasa subur.

walau bagaimanapun, Abang masih dengan poyo dia la. dia peminat bola liga Inggeris. tak habis-habis dengan Robin Van Persie dia yang sekarang player untuk MU. abang din kipas susah mati MU. memang sesuai cuma Abang minat player, bukan team. abang ngah penyokong chelsea dan anak dia dah siap ada jersi. ayah su saya fanatik dengan liverpool, so toksah cakap. kalau semua lelaki-lelaki tu berkumpul dalam satu umah, perempuan-perempuan sila gigit jari nak tengok TV. nak-nak sabtu & ahad malam. 

time bosan saya sound jugak Abang, 'citer abang ni tak sedap la'....hekhekhek....bajet dia melayan. senyum dan kembali tengok bola dia. huhuhu...saya dengar ibu jari kaki Robin Van Persie nak patah hari tu. tak patah lagi ka? kehkehkeh.....tapi semalam Abang teman tengok bola. dia asyik ejek saya sebab Kelantan kalah 1-0. huhuhu...pastu gelak-gelak.

tapi, yang nak diceritakan bukan pasal bola tapi kisah sebelum bola itu. yup, saya jamu perut suami saya dengan Sup Daging masak Cendawan rekaan saya sebelum menonton perlawanan bola sepak malam tu.

saya memang teringin nak makan sup daging tetiba dan abang nak makan cendawan butang. so, make it simple and easy. set it on one soup. hehehe...sejujurnya saya bukan peminat sup sebelum ini dan saya tak suka masak sup. tapi disebabkan sudah menjadi isteri, saya pun belajar la masak sup. abang pun bukan suka sangat sup but its better than buat ikan singgang kan? dah tau sangat dah.

first trial abang cakap 'owh, masak sup ke?'. 

second trial 'erm....abang tak rasa sup pun sebenarnya'

huwaaaa...dan this is third one. i ask him ' how much you will give to this soup if the complete scale is 10?'

'erm.....ok la. 6.5'. yeah, ok. dah mula ada markah. tapi sambungannya agak buat saya geram. 'tapi kalau mak sayang masak abang bagi 9.5. hahahaha...' sebab? bodek mak mertua. eleh!

so, sedikit perkongsian fresh from my kitchen. at least, not 100% copy paste. so, no reference link needed here (basic kalau student universiti mesti tahu, nak guna maklumat orang nyatakan rujukan. nanti dituduh plagiat. berilmu biar beramal apatah lagi beradab.)

Bahan A
daging 500g (dipotong. ikut suka macam mana janji melintang urat. nanti daging jadikenyal)
air (secukupnya)
sup bunjut - 1

Bahan B
minyak jagung
kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
bawang putih & bawang merah - dipotong halus (mayang)
halia - dipotong halus (mayang)
cili padi - potong kecil (ikut tahap kepedasan anda). nanti masa hidang tak payah letak cili dah.

Bahan C
tomato - potong dadu
ubi kentang - potong dadu
cendawan butang - potong dua
daun sup - dipotong (letak masak mendidih & semasa hidang)

Bahan D
kicap masin cap kipas udang
sos tiram pedas
garam & perasa secukup rasa

Bahan untuk hidangan
bawang goreng
daun sup


first, masak Bahan A sehingga daging empuk (masukkan sub bunjut setelah daging hampir empuk)

pada waktu yang sama, tumis kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih hingga wangi menggunakan minyak jagung. then masuk keseluruh bahan B dan bila hampir kuning keluarkan dari kuali. memang masa ni bau cili dia akan buat saya terbersin je. hehe

beralih pada daging yang direbus bersama sub bunjut. selepas itu masukkan ubi kentang, cendawan butang dan tomato. apabila bahan C dah hampir masak, masukkan bahan B yang ditumis tadi beserta daun sup dan bahan D secukup rasa. jangan letak banyak-banyak kicap tu ye. yang part ni saya  campur resepi sorang kakak masa saya praktikal dulu dia buat sup ayam. saya bukan peminat sup tapi sebab sedap, saya boleh makan. heeee...terima kasih kak fara.

my soup. yummy...hehe
last but not least, boleh hidang dalam mangkuk untuk dinikmati. sebelum dibawa ke meja hidangan, tabur bawang goreng dan daun sup. bagi bangkit selera biar umph!...hehe. saya dah tak letak cili padi sebab hasil tumisan tadi sudah cukup pedas.

selamat menikmati. secara basicnya saya tanya my mom how to cook this soup at first. pastu saya adun bak data dan design as i like. hehehe...dan hari ni saya bawak masuk ofis jamu staff upd. makan sup dalam dingin aircond dan hujan. sedap....

bola vs sup daging. dua-dua Abang rembat. hehehe

gambar sup yang sempat dirembat...hekhekhek
nasi arab kegemaran Abang. ini rezeki kami last week, masa mak & adik-adik naik kl. tapi saya suka nasi Arab Zam Zam dan Abang janji nak belanja nasi Arab Sahara kalau ada rezeki. okey, saya tak pandai masak nasi ni. mengaku! hek3
# tapi nak makan pun tak selera. kejap mesej, kejap whatsapp. pastu tepon bunyi dengan kuat-kuat bila email masuk. adoi, takdan nak tukar nada. awal bulan, macam biasa. bersedia untuk pening-pening. esk cuti awal muharam. saya masih berada di ofis. owh, Abang dok umah buat assignment ye. 


Saturday, November 2, 2013

video : aunty mie vs uncle si

okey. hari-hari yang sangat sibuk. semalam bagai terlepas satu beban yang sangat berat. penyudahnya, hari ini sisa migrain semalam menyerang lagi. meeting hari ini saya hanya diam dan tersenyum tatkala tepukan dihadiahkan buat Puan Ami. saya hanya membetulkan statement, tepukan itu untuk team UPD. tanpa bantuan mereka, saya tak mampu untuk mengurusinya seorang diri.

bila dato' kp menyetujui cadangan yang diberikan untuk mencapai target, saya lega walaupun dari awal saya asyik kena marah malahan awal pagi sebelum pergi meeting di GSA memang dah kena. hahaha...nasib la sapa yang kena. saya cuma tak puas hati sebab kena marah kerana salah orang lain. tapi takpe la, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah kan.


dan ini first video melalut saya sambil tunggu Abang nak pergi dating. i just want to release my tension. paperwork, report, staff job scope, filing dan banyak lagi masih menunggu. lupakan mereka sekejap....

dan dalam kepenatan, saya tetiba rindukan angah. bukan tak jumpa, baru last week keluar ramai2. video kat bawah tu, memang kije kitorang minggu lepas. tapi senget, macam kami yang selalu ngokngek. nak wat macam mana, hottest aunty kan. ngeh3..... sampai ke sudah, uncle si tak boleh mengatasi performance  aunty mie. tapi angah mursyidah suka uncle si dan mereka memang saling menyukai. tapi angah waznah, sori la. Abang kena usaha keras lagi. tengok statement budak kecik tu kat video bawah....


whatever it is, i luv them so much. walaupun saya selalu jadi raksasa....heeee

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena