Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 30, 2013

hey, weight!

isu berat badan mula menjadi topik hangat antara saya dengan Abang.saya mintak dia kurangkan makan manis dan berat serta abang mintak saya makan banyak-banyak. 

hari sabtu lepas, disebabkan Abang bekerja maka saya pergi kenduri bersama kak farrah. selepas kenduri kami bersiap pergi melilau sale kat SOGO. serius, di mana sale nyer saya pun tak tahu. betul, harga dipamerkan memang less 20%, 30%, 50% dan up to 70% tapi....sebelum-sebelum ni pun saya pergi macam gitu jugak. erm......saya ka yang salah? kalau salah betulkan.

bukan isu itu yang nak dimainkan kat sini. isunya, malam sebelum pi shopping tu (harap maklum, saya shopping baju ofis Abang ye) Abang bagi 'coin' dan spec2 yang diperlukan untuk bajunya. 

sebelum kawen : Size L
lepas baru kawen : saya beli XL
baru 3 bulan kawen : tolong belikan abang 2XL

owh

abangkah ini? owh..owh...
okey. untuk regular fit. slim fit. smart fit. no PADINI for you Abang. POLO pun tak boleh. hekhekhek...kesian Abang. takpe la, Abang pakai apa-apa pun hensom. ye dop? bagi Abang senang hati la.

udahnya, last week saya request XL untuk Tshirt Family Day ofis saya nanti untuk abang. tapi pagi ni saya tukar.

'munir, bagi 2XL kat laki akak'

hakhakhak....

terbaru semalam kami timbang tinggi & berat badan. 

he's overweight and Im underweight. memang laki bini betul. udahnya lepas masak saya sudah kenyang, memang saya taknak makan la. mungkin kita boleh cuba satu tips.

lepas ni, Abang masak sayang makan. mana la tau, Abang hilang selera, saya pula yang rasa lapar memanjang. hahahaha

so buat masa sekarang saya pantau 
kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman (Abang senyum bajet hot)

bagi Abang makan buah(tapi lelaki ni selalu mengelat taknak makan)

paksa Abang minum air masak banyak-banyak. (udahnya, air masak asyik habis je.)

jogging (Abang selalu bagi alasan banyak-banyak. suatu hari saya pasti berjaya pujuk Abang). untuk jogging pada hari bekerja adalah mustahil. hujung minggu Abang berkuliah. erm...cam mane neh.

teknik makan untuk menurunkan berat badan 
Gunakan piring untuk makan (bukan pinggan dan bukan piring cawan tu ye. agak-agak la). Elak pengambilan makanan secara berlebihan.

Makan sayur-sayuran/Buah-buahan dulu. pastu barulah menjamah nasi dan lauk pauk.

Dan tips paling menarik, jangan makan depan tv (semakin menarik cerita yang ditayangkan, makin banyak makan ye). hehe...Abang, kita kena tukar lokasi neh. hehehe....

he's covering the 'asset'. hahaha.....for sure, he's the one.
but for confirmation Abang, how big you are, my love is bigger than that. remember it.

(mahu Abang jaga makan untuk kesihatan, bukan untuk hensom. Abang dah cukup hensom dah. tua nanti makin hensom. hahahaha....)

hey, weight!

hati-hati sume.ada yang memerhati. heeee...





Sunday, September 29, 2013

Usah Gelisah

"USAH GELISAH"......Renungan bersama.........Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus putus.
Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.
------------
Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

Thursday, September 26, 2013

bahagia

semakin ramai sahabatku yang bakal mendirikan masjid. yang terbaru my ex opismate, rakan yang selalu mendengar tangis tawa gossip panas dan sejuk. Alhamdulillah, kami satu batch masuk kat ofis ni. sama-sama sedang merawat hati luka lara namun Allah pertemukan kami dengan insan-insan yang bersedia ingin membahagiakan kami dan kami menerima walau apa jua kekurangannya. tahniah, sahabat. 

dan pastinya raya haji nanti saya sudah menerima 4 undangan majlis perkahwinan. tudiaa.....jenuh nak makan gulai. yang pasti sahabat baik saya Mizah akan mengikut jejak saya dan jaa. Alhamdulillah, selamat melayari bahtera perkahwinan semua.

SUAMI ISTERI YANG BAHAGIA...
Isteri yang mencari erti bahagia, khidmatnya kepada suami adalah seikhlas jiwa dan raga...
Suami yang mencari erti bahagia, isterinya ditunjuk laluan ke syurga ALLAH Ta’ala.
Berusahalah dengan pimpin-memimpin, tegur-menegur dan berkasih sayang dalam menuju ke jalan yang diredhoi oleh ALLAH Ta'ala.

agak-agak boleh balik kampung tak saya ni? huhuhu.......banyak perkara yang perlu ditimbang balik tolak bahagi. saya tak mahu mencipta rekod, pertama kali tak balik beraya. huwaaa

Carilah ISTERI yg menyenangkan hati kamu bukannya yg membebankan kamu dgn karenahnya dan carilah SUAMI yg menjaga kamu bukan yg mengabaikan hak kamu.

Pesanan Pahrol Mohamad Juoi 
Siapa yang mencari kesempurnaan tidak akan menikmati kebahagiaan.
Berdamailah dengan semua yang tidak sempurna.
... isteri yang adakalanya menyusahkan.
... sahabat yang kadangkala mengecewakan.
... majikan yang ada masanya menyusahkan.
... diri sendiri yang sering melakukan kesalahan.
Namun, yang baik lebih banyak berbanding yang buruk pada ketidak sempurnaan itu, ambil dan nikmatilah... insyaAllah, hidup akan lebih bahagia!

ok. esok meeting. sejujurnya saya tak mahu masuk meeting tu esok. sebab tu saya merepek lagi di sini. masyitah aminah!

katakan tidak pada stress!

carilah bahagia itu. bila saya berlalu, bukan beerti saya mengalah atau berputus asa. saya hanya berjalan di atas takdir. kita semua layak untuk bahagia kerna anugerah BAHAGIA itu adalah milikNya.

Kita sebarkan rasa bahagia pada semua. Biar bahagia itu kita rasa, mereka pun rasa. Jika ada yang timbul rasa benci dalam diri, dan rasa ingin menyebarkan rasa benci untuk seluruh pelosok dunia ini, biarkan mereka. Kita terus kekalkan rasa bahagia. Biarkan mereka kekalkan rasa benci. Mungkin suatu hari rasa benci itu akan bertukar menjadi bahagia - Hami Asraff

ku mohon, moga bahagia ini kekal hingga ke syurga. luv you.

saya tersenyum mengingati kejadian petang tadi. bila si isteri menghantar mesej chatting ke inbox seorang suami.


saya selalu tanya, agak-agak abang ingat tak nama bini abang apa? sebab sebelum kahwin kami hanya guna 'saya & awak', itu lebih manis pada saya dengan tiada ikatan yang sah lagi. dah nikah panggil lagu ni. sejujurnya, Abang tak pernah panggil nama saya. yang ada saya je selalu mengejek ' SANUSI MOHD NOR!'. hak3

Abang jawab, 'ingat. Masyitah Aminah'.

nasib baik. hek3

tadi dating kat mamak hakim seksyen 7. ingat senang saya nak masuk mamak? haaaaa...stress tak abis lagi. kije, tolong la cepat siap.


5:21pm
5:28pm

Monday, September 23, 2013

senyum

merenung sejenak. berfikir. sejarah tidak mampu diubah. namun kita mampu untuk tidak membiarkan sejarah itu berulang.

terima seadanya. kekurangannya dilengkapi dan kelebihannya disyukuri. walau ada kecewa berkaca di hati, ku kutip dengan semangat membara. manusia mampu berubah.

nyatanya, dia terus mencuba.

aku yakin, kasih sayang Allah pasti terus mewangi menghiasi hidup ini. Allah hanya menguji erti kasih sayang yang selama ini mudah dilaungkan setiap manusia namun sukar untuk membuktikannya.

bahagia. doa setiap kekasih.

senyum.

saya sayang orang yang menyayangi saya. kalau kamu sedang senyum sekarang pasti kamu sayang saya. cheese. 

tengok. betul kan. cheese. cheese. cheese.

terima kasih.


Thursday, September 19, 2013

Kembali Dari Kampung

Cerita Kembali Dari Kampung

Fever again. Again and again. Thank you Allah, thats the way how He reminds me. This is the temporary transit. The eternal is ...... Firdhausi.

Subhanallah

Mencari helah untuk mengelak daripada menghadap data dan laporan yang belum siap. Maka saya menulis. Bajet bagi mengantuk. Penat.  Pukul 6 ptg tadi apabila Abang telefon saya berbisik perlahan, meeting bersama big boss masih rancak. Idea , pendapat, pencerahan dan persepakatan masih disusun.

Maaf, I’m very straight forward walaupun kadang kala saya juga seorang yang lurus bendul. Nasib la boss dapat staff yang agak ‘cengkerik’ macam saya. I just want to let him know, the problem & solutions. Its not just settle like ‘petik jari’ but im still trying to put myself in his shoes. Being a leader is not easy unless you are the ‘bossy’ one. I know, our team is under depress right now. terima kasih boss dalam mempositifkan saya pada petang ini.heeee

Saya belum cukup rehat rasanya. Kepenatan balik kampung masih terasa. Masuk ofis terus mengadap meeting dan laporan. Mengambil alih kerja lama bermaksud anda juga perlu bersedia dengan kemungkinan menanggung ‘saka’ kerja-kerja terdahulu. Hahaha... saya rasa sangat menyampah bila takers terdahulu menjawab ‘tak tahu’ apabila ditanya dan sejak zaman belajar di unisza dulu, saya sangat pantang mendengar jawapan ‘tidak tahu’. Tapi kalau bab gossip, semua nak ambik tahu. Adoidoidoi.....

Isnin lepas sempat singgah sebentar di unisza untuk kesekian kalinya. Memandang Masjid UniSZA, ada memori yang tersendiri. Di sini, ada kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Macam mana saya berbasikal ke pasar malam, berjalan kaki mencari atm bank sehinggalah si kuning menemani saya sehingga final semester.

People leave but heart is alwayz there.

Si kuning? My love.....satu persatu yang saya sayangi pergi meninggalkan saya. mungkin kau bukanlah jodohku, atau mungkin bukan takdirku. Chewah. Hakhakhak....tapi sejujurnya bila si kuning pergi,ia bagai pergi bersama kenangan dan semangat yang ada.

Saya masih ingat bilamana arwah ayah bertanya pada saya,

‘kak nak warna apa?’

Disebabkan dulu saya adalah peminat kuning yang tegar, of course kuning menjadi pilihan. Namun kini si purple menjadi pengganti. Im purple mania. Hehehe..... Bak kata orang, yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti. I believe ‘everything happens for a reason’. For sure kalau dulu Special Edition now its replaced by Exclusive Edition. Hekhekhek...

Si kuning pergi bersama dia yang tak pernah menunjukkan siapa dia. Pengecut. Kalau saya jumpa sapa yang curik satria saya dulu, saya takkan maafkan. Si kuning & Ayah, bagai satu buku memori yang takkan saya lupakan. Selagi dia tak datang mintak maaf pada saya, dia takkan hidup tenang selama-lamanya.

Sekali lagi saya merepek meraban. Saya rasa nak balik Terengganu. Hidup di Kota Metropolitan bukanlah jiwa saya namun rezeki dan jodoh saya di sini. Saya akur. Kadang kala hidup seharian dengan kesesakan lalu lintas, mengejar masa, dan masing-masing berusaha menjalankan tanggungjawab dalam kesempitan waktu. Cabaran buat mereka yang tidak sabar. Kadang kala saya juga manusia yang tidak cukup sempurna kesabarannya. Alhamdulillah, Abang seorang yang penyabar. Hekhekhek..... saya pun pening time saya buat perangai.

 Namun perancangan masih dibina dan disusun. Semoga Allah perkenankan dan berkati urusan kami dunia akhirat.

Hidup ini perlu disyukuri, jangan merungut. Ujian itu penguat jiwa-jiwa hambaNya. Be tough!

balik kampung. purple lagi. nasib la Abang ye. hehehe





Saturday, September 14, 2013

Balik Kampung Lagi

hooray, balik kampung lagi! hehehe...tapi masih tergolek mengadap lappy lagi baju tak kemas. umah tak kemas. masak belum lagi. Abang pun baru pi ofis. rehat sekejap. lalalala
masih berfikir nak masak apa. greng kuey teow tapi kena cari lauk jugak. suami saya mesti makan makanan bergoreng dengan lauk. baik masak nasi ja cam gini. hahaha..tapi sayang kuey teow dah beli, kena la masak. nanti membazir. membazirkan amalan syaitan.

tapi saya terfikirkan sesuatu. macam mana sesetengah couple yang belum sah suami isteri boleh membazirkan duit semata-mata kerana 'sayang'? kalau saya, saya rasa malu nak minta duit orang. kalau suami or parents tu lain la, itupun kadang-kala rasa tebal muka. tapi ada sesetengah orang, baru bercinta siap mintak masuk duit dalam bank la, asb la. duit yang diberi kat tangan lain. topup, bil dan keperluan lain, itu bab lain. sungguh, kalau mereka yang buat kije-kije ni memang boleh digelar kaki pengikis. yang malangnya, bila anda ditinggalkan. duit ke mana, cinta entah ke mana.

pesanan penaja, bercinta berpada-pada.

sudah cukup sudah. yang penting bukan saya yang jadi kaki pengikis tu. tengah pikir lagi, balik kampung buah apa yang ada. boleh makan buah rambutan dan manggis pun dah sedap.

durian? hohoho.....not my favourite. saya manusia yang akan pening bila bau durian. tapi kalau time saya terasa nak makan. saya tutup deria bau saya, saya telan. haha

balik kampung boleh jumpa anak-anak sedara saya. kalau sempat nak keluar sekejap. beli something kat diorang. ops, lupa. saya ada adik ipar yang masih sekolah rendah. inilah masalahnya bila saya dah ada adik-adik yang besar. okey kids, tunggu aunty mie a.k.a kak long a.k.a mak long balik. ngeeee...geli la baca jadi kak long ni. hak5

okey, siap merepek. hari ni saya free. boleh lupakan sekejap cerita data, sistem & website. ready next week je. hakhahak

# jom balik kampung. macam nak singgah Kuala Ibai, jumpa bebudak tu. erm....

kenangan latihan industri.

dari kanan : mommy to be, ibu, ibu wanna be, dan 2 gadis yang masih menunggu disunting. love you all!




Thursday, September 12, 2013

Im thinking

5.55 pm ... 12/9/2013 waktu dan tarikh yang tertera di skrin laptopku. menyelak langsir di bilik ofisku, buat saya kembali terfikir. this is life, masyitah! ada masa kamu di atas dan ada masa kamu di bawah. dan kadangkala orang yang meletakkan saya di atas dan di bawah walaupun tanpa kemahuan saya.

im thinking
sisa-sisa data yang perlu diproses masih di meja. laporan masih bertimbun. planning paper juga masih tergantung. kadang kala serabut serabai jugak saya nak mengurusnya. inipun nasib baik meeting esok ditunda minggu depan tapi nak menghadapnya di hujung minggu ni, saya nak balik kampung lak. aish...pikiaq2, camner nak selesai. kalau macam ginilah rupanya, saya macam tak yakin je dengan perancangan saya yang sedang dibuat. erm......erm.....thinking2.

kita merancang, Allah yang menentukan. dan dalam keadaan dan suasana 'genting' begini denyut-denyut migrain saya makin menjadi-jadi. seronok sekali rasanya. mungkin saya sudah boleh mula berhenti persoalkan kenapa, dan teruskan hidup.nasib baik untung sabut, nasib tak baik tenggelam batunya.

BERHENTI PERSOALKAN....
'kenapa aku buat baik tapi orang anggap aku jahat???
'kenapa orang suka sakitkan hati aku???
'kenapa tak ada orang yang faham hati aku???
'kenapa lah orang masih buat dosa walau dah tahu hukum???

TETAPI PERSOALANKAN...
'kenapa aku masih tak boleh ikhlas dalam buat baik???
'kenapa hati aku rapuh dengan kata-kata manusia???
'kenapa aku masih tak boleh faham orang dengan baik???
kenapa aku masih anggap diri aku lebih baik dari orang lain???

BERHENTI persoalkan KENAPA pada ORANG LAIN...
DAN....
SELALU persoalkan KENAPA pada DIRI SENDIRI...

pasti diri kan jumpa jawapan yang dicari
dan bertambah akrab hubungan dengan ILAHI
insyaALLAH...
ALLAHURABBBI..

dalam enak menghadapi dan melayan laporan sistem data saya yang tak telly dengan actual job done, tersayu rasa hati membaca berita perihal arwah adik Mohd Adam, mangsa kecuaian bapa akibat dilanggar kereta. walaupun saya bukan lagi seorang ibu, namun saya wanita yang mempunyai hati seorang ibu.sentiasa berwaspadalah dengan anak-anak anda. anugerah & amanah Allah yang tak ternilai. 

favourite uncle vs favourite Angahs ... my kids
you & me
my opismate dok tengah sibuk 'mana Ami junior?'.....insyaAllah. Allah bagi bila Dia dah tahu kami sudah sedia memikul amanahnya. 


Wednesday, September 11, 2013

Cerita Kerja

really hot & spicy days with the task, meeting & report. thank you boss for giving me the 'issues'. hari ini baru boleh bernafas dengan leganya namun perlu kembali bersedia next week. more meeting, decision & 'compression issues'. be strong!

B type

my problem is 'saya suka buat kerja dengan cara sendiri'. ha ha ha..... dari zaman belajar hinggalah zaman kini, saya adalah saya. malahan tekad untuk tidak membawa balik kerja ke bilik tidur kadang-kala terlepas jugak. nasib baik Abang memahami perangai isterinya cam gini. kalau ingat zaman bujang saya rasa saya tidur dengan laptop dan kertas-kertas yang berselerak. sekarang dah kurang tapi masih ada, dalam bentuk soft copy lak. hehehe...kena pandai-pandai la.

dan hari ini jugak hari yang amat memenatkan. saya kembali dipindahkan ke tingkat 7 bersama team saya. mengangkut barang dan mengemas bilik. al maklum la saya la salah seorang makhluk Allah yang paling serabai. hekhekhek

sekarang saya di rumah. menunggu Abang balik kerja. nak masak. tengah pikir nak masak apa ni. semalam saya tanya Abang, 'kalau diberi skala 10, berapa Abang nak bagi untuk masakan sayang?'

he said '8/10'

he he he...ok la tu untuk minah sempoi yang belajar masak ikut mood ni.

'tapi itu Abang bagi 8 sebab sayang masak daging ikut selera Abang. favourite. kalau tolak daging, 3 or 4 kot' suami saya menambah lagi.

AMBOI.

hekhekhek....udahnya bila ditanya suka makan apa, Abang hanya jawab suka makan nasi. adoi....

'pekerjaan yang paling mahal adalah, suri rumah'

apa yang penting, ikhlaskanlah diri anda dalam setiap pekerjaan. moga beroleh keberkatanNya. Amin.

senyum.




Thursday, September 5, 2013

The Beautiful of Life


'sorry to say, im too busy with my life. there is no point to busy about others. please take note'

one more thing, no issue 'jerky jealous' to whom that have no value in my book of life.

kadang-kala manusia lupa. maka saya ambil point, lupakanlah. mungkin salah saya bila Abang pesan jangan terima salam perkenalannya.

salam perkenalan sudah diberi. salam perpisahan pun sudah dibagi. saya pun tak faham apa yang diingininya.

stop reading & following my blog. so simple. so easy. see, i told the same thing like before too.

hibernate my blog for a while.


The beautiful of life. Alhamdulillah for the good and bad things in my life. be strong, there are other more important thing that I have to care instead of these matter.

Wednesday, September 4, 2013

Demam dan Kahwin

dalam 2 bulan usai akad nikah antara saya dan dia, saya mencipta rekod yang terbaik punya. saya rasa dah 5 kali keluar masuk klinik dan saya menjadi suspek utama 'preggy' simptom.

hakhakhak.....adoi. mungkin betul cakap boss saya semalam.
'biasa la bila dua benua baru bertemu. macam-macam la penyakitnya'
hekhekhek...saya bercuti pakej dengan MC untuk 2 hari tapi macam biasa telefon saya masih berdering bila bercuti. dan saya masih bekerja bila di rumah. demi tanggungjawab, saya buat walaupun mata saya makin lama makin berpinar-pinar melihat nombor-nombor di skrin.

itu adalah satu rekod yang besar bagi saya yang sangat tidak sukakan klinik dan ubat-ubatnya.

dan hari ini masuk ofis dengan monyoknya. saya in fever mood. dalam sunyi suasana ofis dengan masing-masing khusyuk dengan kerja saya tiba-tiba teringat satu lagu yang pernah bff sebelah saya ni tujukan pada saya tatkala saya nak balik kampung bertunang hari tu. menitik air mata jugak masa tu. macam citer kena kawen paksa. hahahaha


dan hari ini dalam gelak tawa bersisa saya tujukan balik lagu ni pada bff saya. hahaha....biasa la, dulu kan masih dilema. namun saya berpegang pada janji yang dibuat melainkan janji itu termungkir oleh orang lain.


last night i told him 'before getting married i didn't love you but once i'm married with you, yup my love just for you'

I may easily love others but not about fall in love. but now im in love with him!

because you are my husband. my stairway to heaven. InsyaAllah. halal cinta is after Nikah.

namun, awas!


ujian & tanggungjawabnya bukan macam masa bercinta. percayalah walau bertahun-tahun kita bercinta sebenarnya kita belum totally mengenalinya. kebanyakannya adalah lakonan semata-mata.

saya pernah tengok orang bercinta bertahun-tahun namun di pengakhirannya dia berkahwin dengan orang lain. dan tak kurangnya ada yang mengeluh di penghujung kisah cintanya, dia sekadar menghabiskan masa dan wang ringgit kerana akhirnya dia ditinggalkan.

namun kisah sebelum dan selepas bernikah adalah dua dimensi yang berbeza. selamat pengantin baru buat opismate saya yang bakal menamatkan zaman terunanya pertengahan bulan nanti! sekurang-kurangnya ada jugak pengganti saya untuk diusik. dah lemas asyik kena belasah tak kira dalam meeting mahupun di meja makan. namun masalahnya, saya seorang je pengantin perempuan dalam opis tu. yang lain pengantin lelaki.

adoii...

# setiap kali saya demam, orang ofis gossip saya mengandung. saya aminkan. Allah beri bila tiba masanya. senyum.

you & me





Monday, September 2, 2013

hati

saat itu berlalu
masih basah titisan itu
perlahan mengalunkan rentak
tersadai di bucu pengharapan
membiarkan segalanya berlalu
dalam tenang bergundah
dalam hiba berlagu
dalam redha terkaku

kenangan itu bergolek satu persatu
tatkala realiti menyapa menjadi satu
tak tinggi harapan
tak banyak permintaan
yang nyata keengganan melebihinya
namun takdir sudah tersedia

deruan ombak merubah pandai
nyata manusia seumpama
yang berjanji tak kekal
yang merancang belum tentu terjadi
yang berharap mungkin jua kecewa
kuasa Dia mengatasi segala

gurindam hati berlagu
sedih, pilu, suka, duka, gumbira
hidup itu ketawa dan air mata
dan hidup jua pentas segala ujian
yang baik di mata
yang buruk berkata
nyata......
semua milik Dia

berundur ke belakang tidak sekali
terus melangkah
pilihan terus menanti
walau perih menghadapi
terus berdiri

sedih itu pasti
namun terus menepi
biar terabadi
hingga ke syurga firdhausi

jangan sesekali menyesali......

hati...


Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena