Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 30, 2013

2nd Open House

the team with da red theme 
upd with big boss
sempat posing selepas majlis penutup. tired!
kami budak baru belajar. last year akak pun ambik position ini jugak....hahaha
kak anis & kak farrah. bff yang sempoi
my colleagues
Alhamdulillah. done for 2nd Open House. really tired and congrates to all the team. second place winner, sempoi la tu walaupun hajat kalian yang sungguh baik hati nak dapatkan peti sejuk untuk simpan susu ibu dan bakal ibu tidak kesampaian, cuba tahun depan lak. hak3

'menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong ayat'

dulu bila orang cakap buruk pasalnya, saya marah sebab saya tak judge orang cam gitu tapi bila dah kena, i cant deny. dah kena batang hidung sendiri. saya tahu misinya bukan untuk mendapatkan apa yang telah dilepaskan dulu, namun sekadar untuk menguji dan menyakitkan hati orang. saya cuma geli hati ja. kamu dah dapat yang lebih baik & lebih hebat, seiringan dengan kamu yang sangat hebat maka berbahagialah. saya cuma inginkan yang terbaik untuk saya & dia sebab kami tahu, kami serba kekurangan. kami bukan manusia yang bergolongan ustaz & ustazah. sedar diri. bukan cemburu mahupun takut tapi kadang kala terfikir kenapa saya boleh terjumpa dengan orang begini.


Tuesday, August 27, 2013

1st Open House

my team before 'isi perut'
women & photoshoot. not ready yet!
raya in da lift. ready, smile & snap!
upd team & raya 2013
my bujangmate & raya. rindu zaman bujang ngokngek kami

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

ready for 2nd Open House. Red theme for bigger event this Thursday. please be ready. this year hopefully not like past past year, sesak macam jalan TAR suasananya.

tahun ni di CIDB Convention Centre. katanya beraircond. selamat berhari raya, then next week selamat pulun paperwork for new project. 

owh, meeting next week. hilang mood open house bila tengok boss saya. adus!!

# Allah Maha Mengetahui, kenapa entry saya yang pertama tadi terdelete. mungkin entry sedikit emosi, He Knows what is the best. Thank You Allah.

cumanya saya tetap ingin tegaskan di sini, jangan jadikan hukum hakam agama sebagai alat sindiran atas kelemahan orang lain. jangan reti cakap je, kena reti buat sekali.

cakap dan cerita debum debam tapi belum akadnya apamacam dibandingkan dengan nikahnya diawalkan barulah walimahnya. jangan risau, pernikahan kami sudah diwar-warkan usai akadnya melalui pelbagai medium. malahan seluruh kaum kerabat kami Alhamdulillah, sudah dikhabarkan.

susah kalau orang terlalu menjaga carik dan koyaknya kain kami. saya diam sudah lama tapi bila sudah terlebih-lebih saya rasa sudah tiba masanya saya jahitkan sedikit koyakan yang telah dibuat oleh mereka yang tidak boleh hidup tanpa melihat kesusahan & kesilapan kami. maaf la, kami tidak sempurna.

'jangan hiraukan orang yang berbicara buruk di belakangmu, kerana merekalah yang bodoh menghabiskan waktunya memikirkan tentangmu'

ibaratnya seperti kejadian tadi bilamana sebuah toyota vios putih yang nampak bersih dan sporty dengan selamba bontotnya melanggar mrs purple saya. boleh keluar intai bontot viosnya tanpa berasa bersalah. saya menonton dari dalam rumah lalu keluar melihat mrs purple saya. yup, memang ada sedikit kesan calar. memang saya nak marah, tapi bila melihat bontot viosnya, lagi besar calarnya. saya terfikir sejenak. diam.

kereta dah cantik dan dari luar memang nampak betapa sempurnanya ia tapi sayang.....dia mungkin telah 'mencalari' saya samada dalam sedar mahupun tidak tapi nyatanya dia lebih banyak telah 'mencalari' dirinya sendiri. saya tak jadi marah. maafkanlah....

makin dilayan, makin geli perut. blog saya tentang kehidupan saya tapi mungkin orang nak tengok saya menulis tentang orang lain sikit kot. yelah3...hakhakhak

# tumpang cerita dalam entry open house. 

Monday, August 19, 2013

Petua Untuk Memujuk Hati Suami

 

Petua Untuk Memujuk Hati Suami

a. Berikan lelaki ruang untuk bersendirian - Bila seorang lelaki merajuk, bererti dia memerlukan ruang untuk bersendiri. Dalam erti kata lain, ingin mencari ketenangan fikiran. Bersendirian membolehkan lelaki mencari punca masalah dan cara mengatasinya. Lelaki akan mencari semua pilihan penyelesaian yang ada untuk mengatasi perkara yang merunsingkan fikiran. Jadi anda kenalah beri ruang untuk lelaki.

b. Sentiasa memberikan lelaki sokongan - Jika anda lihat dia sedang berdiam diri sambil menghadap televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan saja. Jangan tukar rancangan yang dia sedang tonton ke rancangan yang anda gemari. Biarkan dia dengan dunianya. Biarpun pada pandangan kasar dia seperti menonton tv, hakikatnya dalam diam akal fikiran lelaki sedang berfikir dan mencari jawapan terhadap apa yang merunsingkan fikirannya. Apa yang terbaik ialah anda tunjukkan kasih sayang anda pada masa ini. Biarkan dan hormat apa lelaki sedang lakukan. Semakin anda fahami dan tidak mengganggu lelaki, semakin cepatlah hilang merajuknya.

c. Jangan banyak bertanya - Di kala lelaki sedang merajuk, jangan cuba menunjukkan anda simpati dan ingin tahu apa masalah lelaki. Jangan bertanyakan soalan-soalan kenapa dan mengapa kepada lelaki. Anda hanya akan mengganggu lelaki dalam tumpuannya untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya anda degil, lelaki akan lebih menjauhkan diri dan tidak memberi respon.

d. Buat sesuatu yang dapat menggembirakan hati - Sementara lelaki sedang di dalam tempuh “merajuk”, iaitu fasa ingin bersendirian tanpa gangguan, cuba anda lakukan perkara-perkara yang dapat menggembirakan hati anda. Contohnya, membeli-belah bersama rakan-rakan atau keluarga, membaca novel kegemaran anda, menonton rancangan televisyen yang anda suka, memasak atau menjahit. Dengan berbuat sebegini, anda memberi kerjasama atau pertolongan secara tidak langsung terhadap lelaki yang anda sayangi itu. Sememangnya lelaki ketika itu ingin bersendirian dan tidak ingin diganggu.

# bab a, okey ja. ruang bersendirian abang. erm...saya bagi je abang baca komik. baca dan baca. pastu saya kena kutip dan kemas.

# bab b saya tak bape gemar. beri sokongan tak kesah tapi bagi abang senyap saja tak boleh. nak-nak time abang memandu dan bagi alasan kononnya nak fokus. jadi saya tak boleh bercakap banyak-banyak. macam mana saya boleh duduk diam tak cakap apa-apa. tak boleh tu. hek3

# bab c, jangan banyak bertanya. hak3...before getting married i told him, 'im the one who full of questions. why. what. when. who. where. how. 5W1H.' abang selalu buat-buat nak fokus kerja time dia penat nak menjawab. 

# bab d cantek. merajuk sokmo la, boleh shopping. heee....tapi abang tak pernah merajuk lagi sepanjang kami nikah. erm...tak merajuk pun saya still shopping sampai dia lenguh kaki. hek3...abang tak suka shopping & window shopping. titik! itu result yang saya dapat setelah kajian dibuat. hahaha

# tapi saya lagi suka saya yang merajuk. untung-untung dapat bonus runtuh. malam semalam ada orang toloh basuh pinggan mangkuk dalam sink dah.hehe...terima kasih. rasa nak merajuk lagi la. hahaha

saya belajar menghargai apa yang berada di hadapan saya. yang berlalu, biarkanlah. i believe in Allah. everything happens for a reason. Allah pertemukan saya dengan dia dulu mungkin untuk jodohkan saya dengan abang. kalau tak jumpa dengan dia dulu, mungkin saya dah terbang ke Jepun dengan orang lain kot. makluma la,masa tu saya pencinta yang setia . hakhakhak..... tapi sekarang pun saya setia tau. setia pada yang satu. abang comel saya yang makin bambam.

'sayang rasa, abang makin besar la lepas bulan puasa ni. sayang tak masak sedap pun. hairan'

abang sengeh sambil bajet hot. hahaha


Thursday, August 15, 2013

Rindu Kenangan

rindu kenangan. tetiba enak melayan ngantuk selepas selamat submit report on my leave, belek sana belek sini. godeh gambar nikah & sanding. tertengok gambar lama. gambar muda-muda.

sekarang pun masih muda okey. rindu gelak tawa zaman bujang. hakhakhak...bajet ketawa dah makin sopan sekarang. padahal cam gitu jugak. depan mertua pun elok ja aku gelak cam gitu.

jadi diri sendiri. bukan berlakon. kalau setakat saya nak hupdate blog untuk citer benda yang saya berlakon jadian, kalau tertangkap dek orang. idok ke malu sorang?

bila menulis, tulislah dengan kejujuran. chewah.

jadi MC masa Annual Dinner. zaman junior. ok, saya migrain masa ni.

lepas tengok slip result masa neh. toing2! nak senyum tu sebenarnya...hahaha
MC yang migrain lagi. lagi? hak3
pengarah program yang migrain jugak masa ni. adoi!
final presentation. yang ni kebal biarpun kami tido pukul 6pg. no migrain! hak3 berlagak!
da only girls...ops, sorang lagi! Z!
rindu kenangan bersama kamu

pengantin migrain lagi. hahaha...ratu migrain sungguh!

 I ask him about my dream last night & he said. just go on. he he he ...agreement masih valid. terima kasih.

ok. time's up. nak masak. berlakon jadi suri rumah sehingga hari Ahad ni. saya janji nak buat sup daging. erm......

Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
buat semua kaum kerabat keluarga & saudara mara tersayang
para sahabat & kenalan
yang dekat mahupun yang jauh
semoga Aidilfitri kali ini mengukuhkan lagi ikatan yang terbina

jari disusun maaf dipinta
di hari mulia ini
agar ukhwah ini senantiasa di bawah naunganNya

# lambatnya ucapan hari rayakan? raya kan sebulan dan bermaaf-maafan pun tak semestinya pada hari raya saja kan? he he he...hari yang sangat sibuk. banyak perkara yang belum siap.

duit raya? mesti la kena bagi. dan mesti la dapat duit raya daripada Enchek suami tersayang. kalau bukan suami, bukan saya orangnya yang jenis meminta-minta dan mengikis duit orang. dah jadi suami, kena la tolong cukur sikit-sikit. jangan bagi botak sudah. 

janji sayang!

Aidilfitri pertama kami sebagai suami isteri dengan tema kuning. kasut & tudung saya rembat barang baru mak beli. hakhakhak....perkara biasa dan ayat biasa adik-adik lelaki saya.

'mak tu beli-beli lepas tu sume bagi kat anak perempuan dia'

hakhakhak





Tuesday, August 6, 2013

Kisah raya II

Alhamdulillah, Allah masih bagi saya kekuatan meneruskan Ramadhan kali ini. hari-hari terakhir ini amat memenatkan menguji kesabaran & kekuatan saya.

rentetan demam & selsema, saya terkandas di ofis di bawah meja dengan demam & migrain yang bukan main kepalang. kalau tak mengingatkan laporan yang perlu dihantar saya memang dah EL. tapi the end of story my boss said, please postpone dis report first. owh..owh...owh....cukup saya menghangatkan suasana ofis hari khamis yang lalu dengan berita 'Ami pregnant'...hahaha...amin. opismates saya memang. sampai boss siap whatsapp. lepas raya nak tengok buku pink. adoi. ngokngek. saya cuma demam dan selsema yang masih berlarutan hingga hari ini. saya rasa saya kepenatan yang amat sejak kebelakangan ini. kerja dan tekanan yang makin menjadi-jadi ditambah dengan urusan majlis kesyukuran yang bakal berlangsung tidak lama lagi. banyak benda yang hendak difikirkan.

tapi bila hari Jumaat saya dah masuk ofis dengan muka gembira & suara ceria saya, opismates saya menarik nafas lega. pak guard bangla depan ofis siap tegur lagi, 'are you okay today mam?' dan I said 'yeah, sure...' sambil tersenyum. ini gara-gara nampak saya muntah kat parking semalam la tu. ha ha ha...saya demam memang havoc la.

dan semenjak balik kampung semalam saya diterjah dengan persoalan,

'kenapa makin kurus?'

ho ho ho...honestly i lost about 2kg after having fasting. I may loss weight easily but gain weight hardly. saya pun risau, orang lepas kawen baju tak muat tapi saya baju makin longgar. cincin beli hari tu bajet gemuk tapi sekarang tak boleh pakai. baik simpan sebab takut hilang. asyik jatuh je. hek hek hek

tapi semalam bila saya jumpa Dr Saiful di UniSZA, saya diterjah tatkala masuk menghadap lecturer saya di biliknya dengan pertanyaan.

'why you so slim, Masyitah?'

ops!

sungguh menggamit kenangan bila saya kembali ke kampus lama. tapi tak sempat jumpa lecturers lain sebab saya sedang rushing, hanya sempat tinggalkan kad-kad jemputan di fakulti.

sebelum saya keluar, tawaran sama masih berlegar.

'Masyitah kalau sambung master cari saya. i need student.'

adoi. degree. scholarship. master. my passion. kalau saya masih belum mensyukuri, sayalah manusia yang masih tak reti bersyukur dengan nikmatNya. insyaAllah. impian & cita-cita saya masih belum berkubur. saya harap masih ada kesempatan itu. masih menyusun tangga.

dan hari yang panas makin menyemarakkan demam saya yang masih bersisa. masuk Mydin, tak ada yang menarik. beli ubat gigi & berus gigi untuk saya dan en Hubby.

owh, teringat kat Abang yang di Kuala Lumpur keseorangan. harap-harap Abang baik-baik saja. seronok la dia, boleh sahur dan berbuka di mamak. ha ha ha....al kisah dapat bini yang tak suka kedai mamak. tapi kadang-kala layan jugak angin Abang masuk mamak. tapi bukan selalu. kenapa? ada la....hak hak hak

masih sempat menghupdate blog dengan barang gubahan dan goodies bag yang masih tak siap-siap. takde la special sangat sebab kami hanya buat majlis kesyukuran dan bagi buah tangan untuk tetamu. bukannya majlis grand tapi sepertimana yang saya cakap dekat Abang awal-awal dulu. saya cuma mahu yang basic sahaja. kad, pelamin, bunga telur dan seangkatan dengannya. cukup ada. yang penting purple.

hak hak hak

saya harap saya sihat pada hari majlis nanti. mai migrain saya, abis la. takde mood nak wat outdoor photoshoot nanti. dan saya harap majlis kesyukuran ini berjalan lancar dan diberkatinNya.

nervous? saya masih macam dulu. biasa ja. cuma kepenatan sahaja.

dan paling penting, saya berdoa agar rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga bersama zuriat yang soleh solehah. insyaAllah

# isi sampul duit raya. next entry ...... apsal tahun ni sampul raya besaq2? duit kecik ja neh. hu hu hu

Kisah Raya II versi Majlis Kesyukuran

rindu Abang. rindu sangat-sangat. depan orang kontrol, saya kebal. ha ha ha...ok, poyo!



Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena