Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 7, 2012

Melatih Anak Sedari Kecil...Selamatkan Diri Anda!

Yup, saya tahu tajuk di atas tak sesuai untuk saya yang masih belum memiliki anak tapi tak salah belajar awal-awal kan. Persediaan. (hakhakhak. Dah sedia belum jadi bini, dah prepare nak jadi mak budak)

Okey. Sekadar berkongsi pengalaman aunty mie bersama anak-anak menakan ja. Tak banyak yang saya tahu tapi yang saya alami selama mana bergelar hot aunty mie neh. Biasa la. Ehem3....hahaha

Sila tengok di bawah.

Pertama. Didik anak menjadi tidak boros. Bukan semua kehendak mereka perlu dituruti. Dan bukan mereka yang perlu memberi syarat pada anda. Setiap kali keluar, beli satu barang. Tidak sama sekali dengan aunty mie. Saya senang, sampai kat kaunter saya suruh cashier tu simpan balik. Bukan kedekut tapi, setakat jajan & benda-benda mengarut macam shower(kat umah dah berbotol), barangan dapur yang ntah pape. Tak apa. Simpan balik. Kalau nak beli buku & alat tulis, aunty mie pertimbangkan.

Situasi 1 : just imagine, botol shampoo head & shoulder yang paling besar tinggal 1/8 ja isinya, shower aunty mie tinggal setitik dua & listerin yang sudah kosong botolnya. My kids guna wat masak2 dalam bilik air. Aunty Mie tak tahu nak cakap apa. Dah banyak kali kena tapi untuk kali ini, besar sangat pakej tu.  Itu tak kira lagi bila diorang tenyeh my lip balm & the otherz barang. Pening2. Bila ditanya.

Aunty mie : kenapa main barang aunty mie tak mintak izin?
Kid : kalau mintak pun memang aunty mie tak bagi kan.
Aunty mie : dah tau tak bagi kenapa ambik jugak?
Kid : yelah..yelah. memang salah kitorang pun.

# kawan saya bagitau kalau dia, memang dah kena cubit2 dah budak2 tu. Anak2 menakan dia biasa buat dan biasa kena. Erm....aunty mie  neh dah garang tapi kalau nak pukul tu rasa macam. Tak boleh lagi. Cubit pun boleh jadi kes dera dak? Hahaha...i love them so much.

Kedua. Latihan menyelamatkan diri. Zaman sekarang anak-anak kita terdedah pada bahaya yang kadang-kala tak kita jangka. Depan rumah pun boleh kena culik. Apatah lagi kalau balik sekolah. Erm...takkan saya nak bukak sekolah dan jadi guru besar lak? Kayanya bakal laki saya. Hahaha...

But, its a reality. Tengok anak-anak hilang, dirogol, diperdagangkan. Saya sendiri takut. So, saya terapkan latihan menyelamatkan diri buat anak-anak menakan saya.

Situasi 2: Ujian Menyelamatkan Diri. Aunty mie pegang angah waznah yang umur 3 tahun dan suruh menjerit ‘TOLONG! TOLONG!” tapi budak tu nangis ja. Aish...geram aunty mie.
Aunty mie pegang along fatnin yang umur 5 tahun lak dan Alhamdulillah, menjadi. Reti pun budak tu menjerit. 

Aunty mie bagitau:
Kalau ada pakcik yang tak dikenali pegang korang,jerit tolong tau bagi orang dengar.

Tiba-tiba angah waznah pun menjerit.


Tolong! Tolong! 

Erm...aunty mie gelak. Konpius. Macam anak kucing nak beranak je bunyi. Tak keluar suara. Macam mana orang nak dengar.

Latihan diteruskan berkali-kali sampai terkeluar suara-suara budak tu dengan jelas. Penat aunty mie tau. Tapi the end of learning, angah waznah tu pulak yang kerjakan Aunty mie sampai mak sedara dia neh pulak yang kena jerit mintak tolong kat mama diorang. Teruk aunty mie kena belasah. Budak tu memang tau...lepas tu siap sound aunty mie sambil gelak-gelak atas sofa.

'padan muka'

Mak Ai!!!! @%$^&#> huh!

Sekian untuk perkongsian hari ini. Hahaha...senget!

Dah lama tak menulih kat sini. Bukan tak sudi. Kekangan masa. Ujian. Buat saya menyepi seketika. Di sini ada kenangan & memorinya yang tersendiri. Saya harap dia menoleh sekejap ke teratak ini. Saya masih mampu berdiri & bernafas tanpanya di sisi. Walau dia masih di hati.

#aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia.

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena