Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 25, 2011

Sejak Kebelakangan Ini....Masyitah.....

sejak kebelakangan ini makin tak sempat atau pun tak ada idea atau pun aku bagai terpinga-pinga melalui hidup neh sampai mood nak mengarang kat blog neh rasa macam....rasa macam....entah la. 

sejak kebelakangan ini jugak masyitah rasa makin tak ada mood nak pergi kerja. kadang-kala sikap engineer yang buat saya menjalankan kerja macam tak ikhlas je. bila kerja kita buat tak ikhlas, hasil pun ala kadar dan rasa dalam diri aku neh macam tak bertanggungjawab. rasa macam berdosa. kenapa masyitah berubah neh?

sejak kebelakangan neh saya asyik terpikir kenapa saya selalu pikirkan perasaan orang lain, tapi orang lain tak pikirkan perasaan saya? sedih neh....sedih. masyitah kalau marah orang pun, diri sendiri yang tak tenang. adooo.....

sejak kebelakangan neh, aku selalu rasa aku je sayang sume orang tapi orang tak sayang aku pun........kenapa jadi sensitip tahan langit ke-7 neh?

dan sejak kebelakangan neh jugak macam rasa nak jadi cikgu tadika(dulu sumpah taknak! haha).......baik layan budak-budak daripada layan orang besar yang buat saya macam budak kecik.



Monday, June 13, 2011

Mood Saya Memang 'PELIK' Bila Waktu Pagi

nak kata pelik rasanya saya normal je. tapi bab Ratu Moody boleh la serah kat tuan punya badan neh. bila nak berubah masyitah pun tak tahu. sejak zaman sekolah sampai masuk universiti pastu dah masuk alam pekerjaan mood masih tak berubah-ubah. pagi-pagi mesti 'PELIK' walaupun ada perubahan la sikit.

zaman sekolah
'jangan tegur aku time pagi sebab aku tension. nanti aku marah orang'

zaman universiti
'jangan banyak tanya ngan kak tah pagi-pagi. bengang neh'

zaman kerja
'jangan cakap ngan aku bila pagi. aku dah under depression dah neh'

bila masyitah boleh berada dalam keadaan ok untuk bercakap?

balik sekolah.

balik kuliah.

balik kerja.

apa nak jadi la. kenapa aku membesar di bawah tekanan sokmo neh. nak kata mak ayah aku dera aku, takde la pulak. siap ikut je kehendak yang aku buat sampai kadang-kala aku sendiri rasa aku la anak yang paling banyak ragam. kenapa ye?

sekarang sampai tahap aku rasa taknak pergi kerja, aku akan baca Al-Fatihah sepanjang masa. Solat hajat minta diberi kekuatan dan semangat dalam mengharungi hidup. even ada engineer yang jeling-jeling aku naik lewat sikit bila turun solat, aku dah taknak kata apa dah. semoga aku diberi petunjuk dalam menghadapi ujian ini....ketenangan itu pasti ada. kita yang kena berusaha mencarinya. mungkin aku masih lack something in my life.

*sebab moody punya pasal, hari ni masyitah tersilap jeling kat 'abang good looking' kat opis. lama pastu baru sedar. sume orang aku tengok macam nak terkam. tak padan ngan budak baru je....hehe....sempat nak menggatai tu. saja-saja je.......hati saya milik Allah. may Allah show me the right person wif the right time.

Wednesday, June 8, 2011

Selamat Pengantin Baru

dalam keboringan mengadap pc di opis, mata bagai berpinar-pinar membaca '2A HSA, Rework PCBA, JAM-4K, Media, DPPM Pareto etc.......ponim kepala masyitah. engineer asyik jeling kelih2. takut AMI tertido kot. 

haha.....tiba-tiba idea datang untuk membuat entry pengantin baru. al-maklum la, musim orang kawen. masyitah cuma nak ambik berkat je. mana tau terkena sipi-sipi seri orang nikah neh, sampai seru. hahaha......berkat pengantin baru yang kitorang (sya, farihah, aku, sue & epi) ambik kat Masjid Kristal masa praktikal hari tu tempiasnya mengena pada farihah dulu. tahniah la adikku sorang ye. meh nak highlight pic sebelum kawen kitorang. eh sebelum farihah kawen....saloh pulop. =)
 rasanya bagai semalam kita bergelar penuntut dan berguling-guling sampai 4, 5, 6 pagi siapkan design dan project kat hostel. menangis, ketawa, gembira, marah dan bengang serta bermacam-macam lagi rasa bagai masih terasa. hari ini, kau sudah bergelar seorang isteri wahai sahabat......


tahniah. semoga bahagia melayari dan mengemudi nakhoda kalian sehingga ke destinasi syurga.

 
akak mintak maaf tak dapat pegi masa nikah hari tu, tapi akak akan cuba pergi lepas raya nanti. InsyaAllah.
semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali. waa....langkah bendul akak neh, cincin sebentuk. hahaha


~semoga bahagia~

`lagu saat lafaz sakinah akak letak sebab akak sukakan lagu tu. saat seorang ayah melepaskan anak perempuannya pergi pada seorang lelaki. Alhamdulillah, ayah farihah masih ada saat menyerahkan anaknya pada seorang suami. never forget him even you are somebody to another man because sehingga akhir usia, hanya dia satu-satunya lelaki yang akan bergelar ayah buat kita~

Saturday, June 4, 2011

terkesima ngan lelaki ini

jumaat CUTI tapi disebabkan aku dianugerahkan sikap bertanggungjawab dan risau dan penakut yang melampau maka aku pergi bekerja tanpa bayaran. orang lain CUTI weh.....engineer cakap 'send email before pukul 12. kerja mudah copy paste je tu. dah berapa hari neh'. holas, kije mudah. aku kije tak sampai sebulan lebih, product apa yang ada kat situh pun aku tak kenal lagi. meraba dalam terang aku buat kije. sampai mata pun dah bengkak-bengkak ngadap pc. serius, aku ni susah sikit nak diajar sebab zaman belajar dulu aku yang selalu mengajar dan pending bila terima arahan sebab selalu aku yang memberi arahan. begini rupanya bila terima arahan......haha

habis kije semalam, aku mengheret si kuningku menuju ke gombak. siap order nasi tengah hari lagi. lapar sebab dah beberapa hari tak menyantap dengan penuh selera dan nafsu sebab memikirkan kerja yang tak siap-siap. biarpun hanya berlaukkan telur goreng(saya tak suka makan telur, tapi bukan bermaksud saya tak makan). wah, berselera macam orang batu first time jumpa nasi la.

misi ke gombak bukan untuk saja-saja. wanna jumpa pakwez handsome la. siyes, terkesima dengan lelaki-lelaki ini. mula-mula sopan boleh buat calon suami. lama kelamaan dia makin menunjukkan belangnya. ingatkan aunty mie yang ada belang tiger neh dah boleh buat dia gerun. takdaknya. suka-suka hempuk muka aunty mie. huwaaa....aunty mie selau tinggal umah mama as & umi tie. anak-anak sedara yang selalu aunty mie wat main perempuan. dengan umi teh, aunty mie perlu berseronok dengan budak-budak lelaki....

ahmad muaz aunty mie bagi 99% performance. baik. tak banyak ragam. tapi ahmad irfan....huwaaa. tension aunty mie. tapi....aunty mie seronok. seronok kacau korang.

hehe....sedang bersiap nak pergi keluar makan pizza. hari ini aunty mie belanja! sebab zaman belajar dulu umi korang selalu support aunty mie. dalam apa jua perkara, SHE IS MY BEST SISTER & FREN. thank you....sofiah

terkesima sekejap aunty mie dengan ahmad irfan & ahmad muaz....begini rupanya ada anak. sebelum ni feel ngan anak perempuan, ini dengan anak lelaki. boleh tahan. haha

jom, pergi makan!



Wednesday, June 1, 2011

owh hidup anak mak neh......

saya tak rasa demam kali ini akan pulih dengan cepat atau sebaiknya. hidung neh asyik nak keluar mukus aje. haha......masuk opis, aircond. kalau aku tahu kat mana remote kontrol benda alah tu, memang aku wat 37darjah celcius. batuk-batuk makin menjadi-jadi. macam nenek tua je. nasib baik opis floor besaq. setakat aku batuk, orang tak ambil pot. tapi bila aku jatuhkan keyboard tadi, gila malu......tak boleh duduk diam

kerja tak siap-siap. aku rasa 24 hours sehari, 18 hours aku mengadap pc.......berhenti solat  dan tidur je. huahuahua....saya tak mahu hidup macam robot yang diprogramkan. saya tak mahu jadi workholic. malahan saya bukan iron girl(wah girl. hehe...saya mungkin dah tua, namun hatinya masih jiwa remaja) saya hanya gadis biasa yang slow dan kadang-kadang sengal(inilah rasa saya bila menulis entry ini). tapi saya bukan lemah lembut......cuma sometimes agak pending bila diberi arahan(selalu saya je yang beri arahan. huhu)

kalau boleh jadi surirumah sepenuh mase....after 20 years eh. sekarang saya nak rasa susah sakit letih penat malas hidup bujang sambil bekerja. tapi sekarang macam dah....macam dah penat je. mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia, sampai hampir terlupa dengan hakikat keperluan akhirat. inilah yang paling aku sedihkan. jangan khayalkan aku dengan kehidupan duniawi sementara ini.

sedang belajar menghargai hidup......owh, menghargai insan yang aku sayang. mak & laptopku. hehe. siapa yang boleh ubah rutin hidupku neh? saya lebih sukakan dunia belajar sebab saya suka feel membaca buku dan buat assigment. insyaAllah, moga akan tiba waktu itu.....nak pergi oversea boleh tak? mak, kawenkan kak cepat-cepat......haha . syarat untuk pergi oversea.

something missing in my life. in my heart. what is it? i dont know. entry ini sekadar coretan kosong budak demam yang rindu kat mak. takde orang nak sibuk-sibuk suruh makan ubat. mak dok jauh. nak telefon mak pun tak sempat. konon busy je....owh, hidup!

 bahagia jadi kanak-kanak. takde masalah. hidup gembira, menangis bila kena marah. seronok jugak jadi anak kucing. orang bagi makan lagi.....xpayah ambik sendiri. silap gaya makanan kucing mahal daripada makanan tuannya. owh anak mak neh.....mata berpinar-pinar, hidung soksek, hati sedih, badan penat. nak balik kampung......=)

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena