Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 21, 2011

this is for you...

ejah & me

  
k.reza, idah & me
pertemuan kita bukan diatur tetapi sudah ditulisNya
perpisahan kita bukan dipinta namun ini pilihanku
namun,
ukhwah yang terbina sepanjang sebentar detik kita bersama
menyedarkan insan lemah ini
kalian sahabat istimewa......

terima kasih untuk kasih & sayang kalian. semoga dirahmati Allah selalu dan moga berjaya mencapai cita-citamu. doakan masyitah jugak ya!

~MY HERO~


ayah, kak rindu sangat. rindukan ayah. kak tak puas hidup dengan ayah. janji kak pada ayah tak sempat ditunai. kenapa kak asyik nangis teringat kat ayah je. tengah menaip ni pun, kak masih menangis ayah. ayah. ayah. kak boleh ketawa, tapi hati kak tak boleh ayah. ayah, mana anak ayah yang selalu bersemangat nak hidup. cita-cita kak dulu ayah, impian ayah pada kak. kak takut tak mampu jadi kenyataan. kak rindu dengan kata-kata semangat dari ayah.
kak rindu ayah. rindu sangat-sangat.
ya Allah, kuatkan aku....

oh, mak! aku pengantin TAK JADI?

 17 march 2011
Alkisahnya bermula pada khamis malam yang lalu, aku dengan begitu excited nak terlompat-lompat bila abang aku cakap 'okey, kita bertolak balik sekarang'. tak sanggup aku nak menahan rasa nak balik kampung sesangat. tak sabar aku nak menanti kenduri yang bakal berlangsung lusa. entah kenapa sampai aku sanggup 'okey, aku drive!'. tak penah KL-JERTEH k! orang muda, darah muda la....


tapi, yang jadinya hampa....hahaha. puteri bongsu cikgu muktar neh tersangat la nyenyak tidurnya di tepi driver. bangun sekali-sekala melalak ganti radio yang tak boleh siaran. ngeh3...abang aku pun, boleh pulak tadah telinga dengar aku nyanyi. heran....suara aku sedap kot. mana tau, lepas ni aku jadi milik orang suaraku bagai emas dah. gagagaga....

18 march 2011
aku terjaga bila terasa keretaku berhenti bergerak. kelopak mataku dibuka. oh, mak! aku dah sampai rumah. hampir pukul 7.oopg. tersergam indah 'rumahku syurgaku'. i tell u,i memang gila kangan mahu balik umah lebih aku kangan pada boyfren....eh...eh....aku takde boyfren la. lupa lak! tapi, sumpah tak tipu aku rindu sangat-sangat. masuk bilik, fuyyo.....kaler purple! memang cukup garam ku berangan cakap aku balik kawen k. ngeh3...


tidoku hanya 2 jam. lepas tu segan la. makcik-makcik datang tolong untuk buat kenduri, anak dara tuan rumah dok buat tahi mata dalam bilik. memang penat sebab seperti majlis-majlis kawen yang sebelum ini, aku ambik tender basuh pinggan

muka penat lepas basuh pinggan mangkuk
19 march 2011
jeng! jeng! jeng! kepuk kepak kepuk kepak kompang berbunyi. aku yang seringkali diusik oleh saudara mara dan orang kampung tersenyum malu. ye la, manis hape pakai kain batik sambil sibuk buat air. malangnya, aku jadi sakit kepala selepas berangan gagah angkat air dalam botol besar. maaf la makcik-makcik semalam, aku pegi masuk bilik tido. bila bangun aku chat kat ym sekejap. kawan aku suruh aku telan ubat. 'awak tahu tak, saya ni tak suka makan penadol?' dan amat tak suka berjumpa doktor. huahuahua...so, calon suami saya semsetinya bukan seorang doktor!


memang meriah majlis kali ini. 2 ekor lembu tumbang. Alhamdulillah, rezeki. dan aku amat terharu dengan kehadiran ramai saudara mara & sahabat handai. namun, kecewa sebab takde kawan-kawan aku yang hadir. mana nak datang kalo buat hari lagu ni. walaupun sekarang cuti sekolah, musim orang kawen tapi kawan-kawan kau tu bukan budak sekolah. budak-budak u ok?

persalinan purple....my favourite kaler




tapi, malangnya pertanyaan tetamu yang datang kadang-kala buat aku rimas dan segan. bukan aku yang mintak semua ni, benda nak jadi kan.....kompang tak bunyi-bunyi, tapi benda lain yang bunyi.
'pengantin lelakinya mana?'

'mana pengantin perempuan?'

'majlis anak perempuan yang mana satu neh?'


sasarannya, aku! aku je perempuan yang tak kawen lagi dalam rumah ni. aku senyum je dengan pertanyaan tetamu. baju dah cantik, tapi pengantin pula tak kunjung tiba. adakah aku akan jadi perempuan yang ditinggalkan oleh pengantin lelaki pada hari bersejarahnya?

'oh, mak! aku pengantin TAK JADI?'

itu la jawapan yang aku bagi pada mereka yang dok bertanya mana pengantin lelaki sebabnya pertanyaan mereka buat aku berangan, hari ini majlis nikah aku tapi sebenarnya tidak. hari ini adalah kenduri tahlil dan aqiqah tapi sejujurnya ia begitu meriah dan alhamdulillah majlisnya berlangsung dengan selamat.



inilah bahananya bila aku lambat nikah. tapi, sejujurnya aku merindui arwah ayah di samping kami di hari ini. bagai tidak lengkap hari-hariku tanpamu di sisi ayah.

ayah sempat mewalikan semua pernikahan kakak-kakakku kecuali aku(itupun kalau aku ada jodoh)....=(


stop dreaming, aku tak kawen lagi rupanya semalam.......ala

ada makcik berkenan nak wat menantu tak? haha....promote nampak!
 hahaha....entry ini sekadar gurauan & hiburan untuk mengubat hatiku yang dilanda kesedihan sejak kebelakangan ini.

Wednesday, March 16, 2011

Bila Boring

Sesuatu yang akan aku pegang dan belek setiap kali keluar jalan-jalan
Telefon
(bukan sbb tunggu panggilan or kena update keberadaanku pd mana2 boyofren, tp habit tgk jam & takut2 mak telefon. Tak angkat kang, mak risau)

Suatu impian yang aku ingin sangat miliki
Mini library kat rumah
(bukan sbb buku byk sgt, tapi aku mmg sangat2 gemar simpan buku zaman2 jepun. Yang sadisnya, baru-baru ini segerombolan anai-anai telah menyerang khazanah bukuku. =( …….harap2 buku2 kesayangan sy korang tak dajalkan ye. Tunggu sy balik hujung minggu ni)

Mimpi yang selalu aku tunggu-tunggu tiap malam
Mimpi kena patuk ular
(hahaha…orang ckp, mimpi lagu tu ada orang nak masuk pinang den. Giler seh…….)

Kereta yang selalu aku berangan nak miliki
Suzuki swift
(tapi, bila ukur baju di badan sendiri aku rasa…takpe la. Biar jadi angan-angan mat jenin je la. Sob…sob..sob)

Kawan paling istimewa
Wan nur hazliza wan abdul kadir
(aku tak tau bakpo, budak yg selalu habis bateri telefon sokmo bila kecek ngan aku ni jugak la jadi kawan baik aku sampai sekarang. Missing memories di smakawa, dear!)

Geng zaman sekolah yang aku takkan lupakan
Leong, diane & wiwie (2shafie)
(pasti kalian sdg meniti kejayaan masing-masing. Teringat impian kita nak mengelilingi dunia berempat. Tak tau korang masih ingat atau tak but those memories always remind me, we are so noty mase tu….haha)

Aku paling tidak suka bila orang jawab
Tak tahu
(tension mendengarnya)

Satu benda yang paling aku jeles ngan kakak-kakakku
Diorang dah kawen
(sumenya dah kawen, aku sorang terkontang-kanting sorang2 ni. Mlm2 takde org nak layan aku berckp time nak tido. Tahu tak, aku takde adik perempuan. Best tapi bila keseorangan gini…..boring pulop)

Gelaran sewel yg anak-anak sedara aku bg kat aku
Tiger
(ayat biasa diorang dengar bila aku marah ‘nak aunty mie jadi tiger ke?’ atau ‘nampak tak aunty mie nak marah neh?’ ataupun ‘bertukar wajah kang!’….hehehe……aku sgt2 suka membuli budak2 tu, akhirnya aku yang dibuli)

Seseorang yang paling aku rindui
Ayah
(Full stop)


Saturday, March 5, 2011

mantech@udm part III









berjauhan tak bermakna melupakan
bersama pula kadang-kadang boleh melukakan
perpisahan jua penemu titik erti
kamu dan saya



Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena