Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, January 30, 2010

BENGKEL CEMERLANG DI UNIVERSITI

Assalamualaikum....
untuk yang pertamanya masyitah nak lafaz Alhamdulillah. syukur, akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun hari pertama 'Bengkel Cemerlang di Universiti' kami telah diuji namun ini semua tidak mematahkahkan semangat kami.

Bengkel Cemerlang di Universiti yang berlangsung 28-30 januari 2010 di Kem Merang memangmemberi seribu satu makna yang amat mendalam bagi diri ini. mungkin bukan masa yang sesuai lagi untuk masyitah nak cerita kat sini sebab sekarang ni memang sangat letih. so, masyitah letak sikit je pic dulu eh....

Saturday, January 23, 2010

BINGKISAN RINDU SEORANG ANAK GADIS.....



Buat mak, dalam keheningan malam kak kini dikelilingi suasana yang amat menghimpit perasaan yang benar-benar menggamit kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Dan kala ini, sungguh hati ini rindu menatap wajah kasihmu. Mak kita berjauhan walaupun berdekatan kerana setiap detik yang berlalu kak tak mampu menidakkan kerinduan ini.

Buat mak, bingkisan rindu ini kak tujukan istimewa untuk mak. Untuk mak yang telah membesarkan kak sehingga kak kini hampir mencecah usia 22 tahun, maha suci Allah untuk aturan indah ini buat dua insan yang bergelar ibu dan anak. Pernah terfikir di benak ini, mampukah kak membesarkan permata hati setabah mak?

Buat mak, coretan rindu ini kak lakarkan di ruangan maya untuk menyatakan pada dunia, betapa mak insan istimewa yang menghuni sudut indah di hati insan bergelar anak ini. Biarpun mak tak akan tahu lakaran kasih kak pada mak di ruangan maya ini kerana tahu mak tak pandai main ‘FACEBOOK’ or ‘BLOGSPOT’ tapi kak berharap agar dingin angin malam ini mampu menyampaikan hembusan rindu kak di kejauhan.

Buat mak, tak mampu kak ucapkan dengan kata-kata betapa kak menyayangi dan merindui mak sehinggakan kak tak mampu untuk mendengar suara mak. Semalam pun, sudah cukup untuk mengalirkan mutiara kaca di pipi anak gadismu ini sejurus talian diputuskan. Mak, kenapa kak tak sekuat dan setabah mak dalam menghadapi cabaran hidup?

Buat mak, kak rindukan pelukan mak. Masih terasa lembutnya ciuman mak di pipi kak pada saat terakhir pertemuan kita sebulan yang lalu. Kak redha untuk perpisahan ini, demi mengejar garisan pelangi dan menggapai sebutir bintang. Untuk kak hadiahkan buat insan yang kasihnya tak bersyarat. Ibu……
Buat mak, kak rindu mak………

Saturday, January 16, 2010

Gembirakan Hati Untuk Gembirakan Orang Lain

www.iluvislam.com
Zaffan Khalid*
Editor : kasihsayang

“Risau di hati tidak surut-surut. Macam-macam hal perlu difikirkan untuk program kali ini”, luahnya.

Damai. Tiupan angin menyapa pipi. Tenang sekali air tasik serta pohon-pohon sekelilingnya. Namun, hati yang berbicara seakan bergelora.

“Maaf jika saya mengajukan soalan. Mungkin ada manfaatnya buat kerisauan yang melanda”, sahabat disebelah mengajukan.

Dia diam tanda akur. Matanya merenung jauh. Penuh harapan.

Mengapa Sibuk Berprogram?

“Apakah tujuan awak berprogram pada asalnya?” secara lembut sahabat bertanya. Biar jauh dari intonasi `menuduh` niat asalnya salah, melainkan intonasi untuk lebih memahami.

“Program ini satu amanah untuk saya usahakan sebaik mungkin”, jawabnya bersemangat. Semangat yang diusahakan dari kekuatan dalaman. Perkataan amanah itu berat sekali.

“Program juga tempat untuk kita memberi, bukan?” sengaja sahabatnya membawa sudut pandang yang berbeza.

“Melaksanakan amanah sambil memberi. Setuju”, responnya ringkas seperti memberikan isyarat agar sahabatnya mengulas lanjut.

“Hati perlu gembira tatkala memberi. Tidak saya nafikan amanah berat yang dipikul. Ditambah pula cabaran-cabaran berhadapan dengan masalah dan pelbagai peluang dalam melaksanakan program. Namun, semuanya menjadi lebih bermakna dengan hati yang gembira melakukannya”.

“Enjoy mengadakan program?” soalnya mendapatkan kepastian.

“Yeah, enjoy! Islamically anyway. Hati yang gembira akan menghasilkan suasana positif. Mencambah idea, meransang kreativiti. Jauh dari stress“, sahabatnya menambah sambil tersenyum ceria.

“Oh ya, fikir untuk memudahkan, bukan fikir mudah sambil lewa. Selain itu, don`t be perfectionist! Allah sentiasa mengingatkan kita untuk bergantung padaNya yang Maha Sempurna”, sahabatnya memberikan tips mudah yang biasa tetapi sering dilupa.

“Sedarlah saya, terlalu memandang `berat` amanah ini sehingga lupa untuk melakukannya dengan senang hati”, dia menutup bicara.

Hati Gembira Akan Menggembirakan

“Macamana dengan respon adik-adik semasa perasmian pagi tadi?”, soal saya.

“Hambar. Tidak bersemangat dan lansung tidak menunjukkan reaksi teruja”, dia mencebikkan muka. Mungkin yang merasmikan sedikit kecewa.

“Oh begitu”, ringkas saya nyatakan.

Bagi kekal positif, kata-katanya saya dengar sekali lalu sahaja. InsyaAllah, program belum bermula. Masih punya peluang untuk berusaha menghangatkan suasana. Bukan mengejar glamour. Niat supaya mesej program sampai buat yang hadir.

Justeru, semasa berkata-kata di hadapan, saya perlu punya hati yang gembira. Sekalipun gementar dan pelbagai kerisauan di fikiran, perasaan gembira perlu mengatasi segalanya. Gembira untuk memberi sekaligus membawa manusia mengingati padaNya. Hati yang gembira akan menggembirakan.

Samalah juga seperti seorang tukang masak yang menyediakan makanan. Apabila memasak dengan hati yang senang lagi berzikir padaNya, masakan yang dikategorikan `campak-campak` dan cukup simple boleh jadi cukup menyelerakan! Itulah kuasa hati gembira yang mampu menggembirakan. Dengan izin Allah jua.

Samada AJK modul, teknikaliti mahupun fasilitator, berprogramlah dengan hati yang gembira. Tidak perlu excited semacam atau buat-buat mesra. Just be youself. Hal yang buat-buat tidak akan bertahan lama. Hanya sementara dan tidak kekal andai tidak cuba menjadinya betul-betul mesra misalnya.

Ada yang gembira sambil energetic. Ada yang gembira sambil selamba dan sempoi. Ada juga yang gembira dengan wajah tenang ataupun suka tidur. Gembiralah dengan cara tersendiri asalkan Allah sentiasa di hati.

Buat peserta program pula, hadirlah dengan hati yang gembira. Hati gembira akan lapang menerima segala macam input sepanjang program. Selepas para AJK bertungkus lumus memberi, andai hati yang menerima tidak bersedia, sukar.

Moga Program Berterusan Membawa Kebaikan

“Video penutup, silalah tengok”, pelawa seorang junior.

Tersenyum simpul saya menghayatinya. Video yang cukup simple tetapi bermakna. Lebih-lebih lagi saya pernah turut serta pada satu masa dahulu. Kini giliran mereka pula.

Walau apa jua maklum balas yang diterima, samada positif, negatif yang membina sekalipun membunuh, team penganjur wajar menerima ucapan tahniah atas kejayaan menganjurkan untuk terus memberi. Jangan serik, tetapi carilah ruang untuk gembira memberi lagi. Anggaplah ini satu kejayaan peribadi sekalipun mungkin ada yang tidak hargai.

Akhirnya antara kita dengan Tuhan jua untuk menyentuh hati-hati manusia.




*Zaffan Khalid merupakan salah seorang editor iluvislam.com. Lulusan seni Bina University of Nottingham UK, beliau aktif menulis di blognya, zaffankhalid.iluvislam.com

MALAM IKATAN MESRA MANTECH


Malam ini malam terakhir aku memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden 1 Mantech Club. Rasa baru sebentar aku dilantik sebagai Exco Akademik oleh seniorku kini aku telah melepaskan jawatan yang penuh dengan tanggungjawab yang besar.


Maafkanku sahabat andai aku tidak menjadi pemimpin yang baik untuk semua namun aku mencuba belajar untuk memimpin. Jujur aku akui, bukan mudah untuk bergelar pemimpin yang adil dan berwibawa. Because everything happens we have to act professional, not emotional. Unfortunately, I’m emotional one. Alhamdulillah, at least I tried to control my tamper. Ahaks….


Di malam yang penuh bermakna ini aku rasa gembira melihat masing-masing bekerjasama untuk menjayakan majlis ini. Itu namanya Mantech Club dan aku berharap selepas ini setiap orang akan berusaha memajukan dan menggerakkan diri dan Mantech Club serta meletak kembali Mantech Club di mana sebelum ini ia dijulang tinggi di Sekolah Kejuruteraan. Dan kini, kembalikan kemegahan Mantech Club untuk era Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi.






Dedikasi terima kasih buat Puan Irda Suriani dan Encik Firdhaus yang hadir menyemarakkan kami untuk menggerakkan Mantech Club dan buat Puan Haizal selaku Penasihat Kelab.


Masih sempatkah untukku berbakti kepada Mantech Club sebelum aku mengundurkan diri? Semoga Bengkel Cemerlang di Universiti yang akan berlangsung 28 Januari hingga 30 Januari 2010 bakal berlangsung dengan jayanya dan memberi manfaat kepada setiap orang yang menyertainya.


Buat semua, terima kasih untuk Malam Ikatan Mesra Mantech pada 14 Januari 2010 yang lalu. Di sini kenangan tercipta…..











Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena