Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, January 29, 2009

jauh di sudut hati ini......



sudah lama tak mencoret di blog ini. bukan tidak punya masa tapi entahlah....cuti seminggu di rumah tidak digunakanku sebaik mungkin barangkali. lusa dah nak bertolak kembali ke kampus, baru mula kembali rasa bahangnya.......

entah kenapa malam ini terasa nak mencoret sedikit rasa hati. ku kira tiada yang sudi membaca blog ini. harapnya.........betapa jauh di sudut hati ini...

sudah lama ku pendam di hati ini. mengapa aku tidak mampu menjadi muslimah sepertimana yang dikehendaki dan diperkatakan di dalam Al-quran? mengapa aku tidak mampu menjadi wanita solehah. tatkalau ku terserempak dengan wanita-wanita yang baik akhlaknya pada perkiraanku di kampus aku rasa amat cemburu. mengapa Allah tak pilih aku menjadi salah seorang muslimah yang berada di jalanNya. aku wanita yang alpa, lalai dan selalu melakukan dosa dan kesilapan. sudah berkali-kali ku bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya namun aku gagal.

aku rasa, aku semakin jauh daripada cintaNya. ampun aku ya Allah, kembalikan aku ke jalan yang kau redhai ya Allah. mengapa semakin meningkat usiaku namun aku semakin jauh dariMu. aku sedih ya Allah, aku nak jadi kekasihMu taapi aku tak layak. kenapa aku selalu melakukan kesilapan?

dulu, aku bercita-cita untuk menjadi isteri pada usia yang muda pada seorang lelaki yang boleh memimpinku di dunia akhirat. seseorang yang boleh menyedarkan aku realiti dunia dan akhirat. seseorang yang boleh menerima diriku seadanya. namun kini, tatkala usiaku menginjak hampir 21 tahun aku rasa aku rasa aku tak layak untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki itu. bagaimana nak menjadi isteri solehah andai dengan kedua ibu bapaku pun aku masih tak cukup solehah mahupun menurut segala perintahNya. aku seakan terkapai-kapai di dalam duniaku sendiri. mencari apa itu erti mencintai Allah....dan aku tak mengerti apa yang harus ku lakukan dengan hidupku. Alhamdulillah, Allah masih mengingatkan aku couple itu haram. dan sehingga kini, aku masih menantikan saat itu. semoga aku dapat berikan cintaku buat insan yang bergelar suami.

aku bukan hipokrit dalam dunia realitiku. aku cuba berubah dari zaman remajaku kepada yang lebih baik. masih ku ingat 2006, tahun penuh ujian buatku. tatkala itu aku dapat rasakan betapa Allah itu menyayangi aku. mengujiku lantas memberiku kekuatan agar terus menghadapi satu persatu dugaan itu dengan tabah. di situ bermula transformasi hidupku. ku cuba menukar pakaianku yang hanya berselendang pendek kepada tudung yang lebih labuh dan syukur aku dapat mengekalkannya sehingga kini. namun aku tak suka orang panggil aku ustazah mahupun menganggapku kebal dengan iman kerana sesungguhnya akulah selemah-lemah manusia yang selalu tersungkur dengan kenikmatan dunia. pujian-pujian yang ku dengar sebenarnya menambahkan rasa benci terhadap diriku kerana semua itu ibarat memancung kepalaku di mata mereka sebenarnya.dan aku kembali kecewa, aku rasa aku masih jauh daripadaMu ya Allah. dan aku masih mengulangi dosa-dosaku. dan aku rindu akan rasa takutku terhadapMu yang pernah aku rasai sebelum ini. kadang-kala aku terasa ingin menjadi seperti dulu, kerana aku tak ubah aku yang dulu. aku rindukan kasihMu ya Allah......pimpin aku agar aku bisa mendakap cintaMu.

apa yang harus ku lakukan ya Allah? blog ini tidak mampu memberi apa-apa jawapan padaku namun cukuplah ia menjadi wadah untukku menyalur rasa hati ini. bukan menagih simpati apatah lagi membuka pekung di dada namun aku kini buntu. akan semakin hanyutkah aku?

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena