Daisypath Anniversary tickers

THE SIGN OF OUR LOVE

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 25, 2008

MY FINAL TOUCH.................



Assalamualaikum.......

Alhamdulillah, setelah penat menyiapkan tugasan yang ditugaskan kepadaku, saat ini dapatku menghela nafas lega. my final project for Computer Aided Design titled "VOLKSWAGEN" selamat disubmitkan. bayangkan, seminggu makan dan tidur tak menentu akhirnya, masyitah berjaya menyiapkannya walaupun report yang ku sediakan direject. huhuhu....tetapi diri ini terima dengan redha. sekurang-kurangnya diberi peluang sekali lagi untuk menyiapkannya dan membaiki kekurangan sebelum ini.

mengingatkan kembali ketika menghantar project ini, diri ini tersenyum. memori yang tak dapat dinilai harganya. dan saat itu terserlah kerjasama dan sikap toleransi kami untuk saling tolong-menolong bagi sama-sama menyiapkan project kami dan disertai dengan macam-macam gelagat kitorang. dan untuk instructor kami, thank you encik! u are cool man! malam sebelum 20hb, my classmates n I hadir seperti biasa ke labcad. apa yang agak diri ini kurang senang bila hanya saya seorang perempuan yang hadir kerana seorang rakanku ke KL untuk aktiviti kokurikulum merangkap partnerku dan 2 orang lagi menghadiri ujian untuk kursus kokurikulum yang dipilih mereka, kayak. memang malam tu masyitah dibuli seperti biasa oleh budak2 lelaki. sabar la....biarpun ku kurang senang dengan situasi itu, mujurlah ada instructorku. dan malam tu, masyitah tidur lewat.........layan report la. huhuhu

9.30 pagi : ku hadir ke labcad untuk menyiapkan sisa-sisa reportku yang masih tidak lengkap. selepas itu, farihah hadir. kesian gak, dia pun baru sampai dari KL tp demi semangat setiakawan dia hadir. apalagi, terus ku arahkan dia menyiapkan cover report n acknowledgement.....hehehe. kira seri la, kita sama-sama letih kan. dan sebelum berakhirnya saat itu, kami mendengar amanat terakhir daripada instructor kami, en aziz. sungguh, saya dan yg lain terharu saat itu. tak sangka kami semua berjaya melepasi semua ini walaupun amat sukar dan payah terutamanya diriku. sempat gak menangis dan menelefon kakakku di KL tatkalaku sudah putus asa. huhu...that was wonderful memory, frens!

11.05 pagi: setelah masing-masing bising menyuruh ketua kelas kitorang sem ni, fahmi untuk telefon en noordin akhirnya dia muncul jugak. hari itu, angin sejuk membelai wajah kami sume dengan disertai hujan sehinggakan memaksa masyitah pulang ke bilik mengambil payung n our reference product. tiba saatnya, "VOLKSWAGEN" ku pilih menjadi project pertama dinilai. Alhamdulillah, sumenya lepas kecuali report. hehehe.....xpe, kesilapan mengajarku untuk membaiki kelemahan yang lalu.

malam ini baru ku berkesempatan untuk mencoret cerita tentang final projectku yang betul-betul memberi kesan dalam hidupku semester ni. petang tadi, en noordin telefon. memang terkejut yang amat. berdebar gak. adakah aku perlu buat sekali lagi? alhamdulillah.....hanya misunderstanding sikit je n sumenya selesai. really hope, i get A+ for dis subject. insyaAllah....

masyitah : nur 2 mie, Ya Allah.....

Monday, November 17, 2008

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSANKU......


Assalamualaikum........

inilah final project saya yg masih dlm pembikinan. just 5% baru siap. what should I do? I have about 3 days to complete it and also the report to be submited. nak create part lagi. x masuk making assemble. huhuhu....dan satu berita baru yang ku dengar dari en Aziz, my instructor yg lecturer kitorang akan percepatkan tarikh submit. tidak!!!!!!!! dan besok pg2 lagi saya, farihah, fahmi n maybe ain akan berangkat menemui lecturer kami merangkap dekan fakulti kitorang. huhuhu....kecut perut! dia x garang n baik tapi....no word could describe about him but one thing i really know is I RESPECT HIM. x tipu, dalam hati terfikir bila la diri ni boleh jadi cam dia. even dia kejar ilmu dunia, tp ilmu akhiratnya juga amat mantap.

balik kepada my final project, saat ini rasa pening sangat. dah agak, even paper dah habis pasti ada lagi perkara yang lebih memeningkan akan berlaku. sedihnya.......

namun, saya berpegang pada berusaha selagi terdaya biarpun semangatnya terasa bagai melayang-layang...........

dan di saat ini, aku pohon ya Allah semoga Kau permudahkan segala urusan ini. ini hanya dugaan kecil dalam menuntut ilmu. bukan apa, maybe bila orang lain tengok this project really easy, right? but not for me. actually, kije design n imagine ni bukan satu keupayaan yang luar biasa bagi diri ini tetapi masalah yg besar sebenarnya. tapi, dah namanya belajar kan......nantikan apa yang akan berlaku selepas ini. insyaAllah, sy akan postkan hasil sentuhan terakhir project sy nanti. doakan semoga ia berjaya diselesaikan dengan jayanya......aja! aja! fighting!

masyitah : really wanna be solehah one but she does not know the right way of that destination. semoga diberi HIDAYAH-MU ya Allah!

Sunday, November 16, 2008

Alhamdulillah.....


Alhamdulillah...... hari ini berakhirnya final exam for me for this sem. fuh, lega but hati ni still berdebar2. macam manalah hasil yg dapat dituai......huhuhu.....

tp, kalau diingatkan masa dlm dewan td. adooo....kepala dah pening semacam. x tau nak jawab ape. sbbnya, byk membaca sangat. hehehe...biasalah, last minute semua nak masuk dalam otak. dan kalau dibenarkan, sure nota pun kalau boleh nak bawak angkut sekali dalam dewan exam. huhuhu......macam test static n strength of materials( fuih, penuh! paper en ismail kan.....). open book dibenarkan. bestnya! tapi kesian jugak n mohon maaf gak untuk my classmates. akak mintak maaf untuk kesilapan formula electric yg disediakan td. rasa bersalah sgt sbb salah tulis but akak tau, adik2 akak sumenya bijak2 blake. insyaAllah, korang mesti boleh buat lebih baik than yg akan buat kan? hehehe....

but, perjuangan masih belum berakhir. masih banyak ilmu yg perlu ku tuntut, bukan ilmu dunia shj malahan akhirat. sesungguhnya diri ini bukan wanita yg penuh ilmu di dada. semoga saya dipermudahkan Allah untuk memperoleh ilmu dan mengamalkannya di jalan yg Dia redhai. amin.....

suke suke gak tp, satu lagi final project must be submited. huhuhu......i can't imagine if this project fail. ada chance to repeat this paper. nauzubillah..........i have to think positive!

doakan semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan selesai dengan jayanya disertai barakah. insyaAllah.........

masyitah : the simple one that really dun understand herself.


Friday, November 14, 2008

MENCARI RUANG MENGISI........


assalamualaikum........

dalam meniti hidup seharian, kita mencari ruang mengisi masa. dan saat ini saya mencuri masa meng'create' blog biarpun sedar my last paper for final exam is about 2 hari lagi. huhuhu....really stress, so saya salurkan tekanan itu di sini. ek?

sudah lama tidak mencatit, mengarang or menulis. diari yang di atas meja study tu pun masih kosong. masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin agar tidak menyesal di kemudian hari. tol x? namun, jujur diakui insan yang sedang menaip tiktiktik ni sebenarnya bukanlah seorang yang bijak mengatur masa. hehehe....kalau tak, masakan kelam kabut je tiap kali buat kerja. huhuhu......perlu buat sesuatu ni.

bercerita tentang final exam, huhuhu.....this sem really tough and i dun know either i can mantain my position sepertimana last sem or not. hehehe....takpe la. dah cuba tapi mungkin tidak berusaha sebaik mungkin becoz this sem byk sgt project yg perlu diselesaikan. sykur, 2 final project sudah diselesaikan dan Alhamdulillah, semalam report untuk Electrical Technology selamat submit biarpun terpaksa berhempas pulas selama sekerat hari just nak siapkan circuit analysis. dan sekali lagi saya terpaksa mencari ruang menyiapkan tugasan yg tergendala ini kerana terpaksa menumpukan perhatian terhadap final exam.

insyaAllah, selepas tamat last paper on sunday saya akan mencari ruang kembali untuk menyiapkan satu lagi final project for solidwork. huhuhu....this one should be submited on 20th nov. alamaknya tak tido malam la saya n my partner, farihah(my junior). doakan kami berjaya menyiapkan this project dengan jayanya ek. selepas itu, barulah diri ini akan mencari ruang untuk mengisi cuti semesterku......dan mencari ruang mengisi diri......

Hello There

"hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. sesekali langkah tersadung, rebah menyembah. sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada anugerah Tuhan. anggaplah sesekali diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan......" insyaAllah
 

Made by Lena